Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Friday, 11 March 2016

Perihal Tun Dr Mahathir Dengan Pembangkang


Aku teringat apa yang Tun ajar dulu. Dan semua pakai teori Tun. Tun ajar apa maksud "marriage of convenience". Dalam Incikposmen ni pun ada beberapa posting yang dibuat menceritakan maksud itu.

Maksudnya ialah kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat pada ketika itu hanyalah "marriage of convenience". Ketika itu memang jelas ianya begitu. Kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat sememangnya jelas, terang lagi bersuluh yang ia adalah rapuh. Walaupun ketika dalam masa-masa tertentu itu momentum politik mereka dilihat meningkat dan memuncak.

Para penyokong-penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di atas tanah sana merasa selesa dan merasakan Pakatan Rakyatlah harapan mereka untuk menumbangkan Barisan Nasional. Realitinya sekarang Pakatan Rakyat tiada lagi dan yang tinggal hanyalah Pakatan Harapan.

Artikel Incikposmen di sini secara sinikal menjelaskan hubungan "marriage of convenience" di antara PAS dan DAP. Yang menjadi punca kenapa ia dipanggil sedemikian rupa. 

Friday, 18 December 2015

Kerjasama tak semestinya bersatu.


Kecoh tentang PM dan DS Hadi Awang berada atas satu pentas. Macam biasa, terdengarlah isu penyatuan parti PAS dan UMNO. Akan ada orang yang menyebut tentang PAS dan UMNO berada dalam satu wadah politik yang sama. Seperti PAS masuk BN. 

Dan macam biasalah juga akan ada sebilangan ahli-ahli PAS yang tidak akan bersetuju dengan penyatuan seperti ini. Mereka akan memberikan dalil-dalil dengan merujuk kepada apa yang berlaku pada suatu ketika di zaman dahulu kala. Cerita yang akan keluarlah kisah bagaimana PAS ditendang oleh UMNO pada suatu ketika dahulu. Mereka yang mengungkit-ungkit kisah seperti ini adalah tipikal. Kebanyakan mereka inilah yang kecewa PAS keluar daripada Pakatan. Kebanyakan mereka inilah jenis yang keluar PAS dan masuk PAN, tetapi masih ada yang "ditinggalkan" dalam PAS. 

PAS juga perlu sedar mereka ada ahli-ahli yang macam ini. Mereka juga perlu sedar bahawa ada malah ramai ahli-ahli mereka ditarbiyah dengan tarbiyah politik kebencian sebelum ini. Mereka ditarbiyah untuk melihat UMNO dan Barisan Nasional sebagai musuh nombor satu.

Ada pula ahli PAS dari kalangan instant disebabkan momentum politik DSAI dahulu. Mereka ini tidak mempunyai pegangan yang kukuh dan tidak faham kenapa PAS itu jadi PAS. 

Friday, 6 November 2015

PAS semakin matang?


Apa salahnya PAS bekerjasama dengan UMNO dalam hal perkara yang melibatkan kebaikan dan juga kepentingan umat?

Dari aspek manakah yang menjadi kesalahan atau dosa kepada kerjasama yang baik dan dianjurkan dalam Islam seperti itu?

Seorang ahli PAS telah menyatakan kepada kenalan saya yang beliau merasakan kekecewaan kerana PAS kini lebih berminat untuk bekerjasama dengan parti UMNO berbanding dengan melibatkan diri dalam pembentukan Pakatan baru yang dibentuk bersama-sama Parti Amanah, DAP dan PKR. 

PAS kini bukanlah PAS yang diharapnya dahulu sentiasa bermusuhan dengan UMNO dan memandang UMNO sebagai satu musuh yang sebenar-benar musuh dan wajib ditumbangkan dengan apa cara sekalipun. PAS dahulu dilihat mengeluarakan kenyataan sehingga sanggup berkerjasama dengan syaitan untuk menjatuhkan UMNO.

Thursday, 23 July 2015

Unsur PAS VS DAP ++ dalam cerita koboi.

Duel Maut.. 

Adakah PAS redo dengan kehadiran GHB?

Adakah UMNO dan Barisan Nasional bahagia dengan adanya GHB?

DAP tak payah tanyalah ye.

Puak-puak Anwarinas ni biasalah tu, bila dah tubuh dan dapat sponsor dia pun mulalah menyeru kepada jangan berbalah dan jangan menyerang satu sama lain.

Kononnya PAS dan GHB perlu bersatu menentang musuh utama mereka UMNO dan Barisan Nasional.

Asal Plot Cerita Koboi.

Cerita koboi yang diramalkan sebelum ini, dimana PAS dan DAP akan melakukan duel maut terakhir selepas mereka yang asalnya bermusuhan melakukan kerjasama songsang semata-mata untuk menghadapi common enemy mereka, UMNO dan Barisan Nasional.


Namun imaginasi nakal filem koboi itu tidak berlaku, sebab kerjasama itu telah terlerai sebelum mereka menumbangkan musuh-musuh. Malah PAS dan DAP sedang bertembakan antara satu sama lain.

Saturday, 13 June 2015

Petanda Yang Diramalkan - Perang Ideologi DAP vs PAS


Baru sahaja Incikposmen mengeluarkan satu artikel berkenaan ramalan apa yang berlaku kepada PAS dan berlakunya perang ideologi sebagaimana di sini, Blog Lim Kit Siang telah mengeluarkan satu penulisan berkenaan panggilan kepada DAP untuk melakukan perang saraf itu. 

Friday, 12 June 2015

Ramalan : Apa Yang Bakal Terjadi Kepada PAS.


Ketika ini banyaklah analisa, komentar, artikel dibuat oleh para blogger yang datang daripada berbagai latarbelakang. Tidak kiralah mereka itu insider kepada PAS atau pun outsider.

Incikposmen sendiri pun ada mengeluarkan beberapa artikel atau pun komentar berkenaan perkara ini. Walaupun Incikposmen bukanlah satu blog politik yang dibayar oleh orang-orang tertentu, blog ini merasakan pentingnya keprihatinan terhadap isu semasa yang melibatkan ummah.

Ini kerana kehidupan dunia ini hanyalah sementara, tujuan kita hidup bukanlah semata-mata bersantai-santai menikmati secret recipe, noodle station, starbucks, kfc dan bersiar-siar dan shopping dalam mall. Atau pun semata-mata menjalankan bisnes yang menguntungkan berlipat kali ganda. Atau berlumba-lumba mendapat pengaruh politik. Bagi yang berkerja kerajaan pula, menerima gaji, naik pangkat dan kuasa.

Kematian itu adalah sesuatu yang pasti dan akhirnya kita ditanya mengenai amalan sewaktu di dunia.

Sedangkan keprihatinan kita terhadap ummah dan agama yang benar ini adalah antara modal kita menghadapi persoalan itu. 

Berbalik kepada persoalan tadi...

Friday, 5 June 2015

Pakatan = PKR + DAP + PASMA , Kata Ronnie Liu


Kemenangan geng ulama dalam Parti Pas pada muktamar baru-baru ini menunjukkan kebangkitan kembali kelompok itu dalam era politik masakini. Kumpulan yang dulunya dipandang rendah kerana anggapan mereka ini tidak pandai berpolitik, mengatur strategi dan membina dan melaksanakan propaganda berbanding kumpulan professional dalam PAS.

Pada awalnya, kalangan geng ulama ini tertipu dengan agenda DSAI dan proksi-proksinya dalam PAS, sehingga arwah Tok Guru mereka berjaya disarungkan t-shirt kuning bagi mempromosikan perhimpunan Bersih++ yang diketuai oleh Ambiga dan dimonopoli oleh DAP dan mereka yang memperjuangkan human right ala barat.

Friday, 29 May 2015

PAS sedang berhijrah ke "Dark Side" - dakwa Obi One Kenobi


Hambik kau.. Dark side tu. Patutnya berhijrah ke arah kebaikan la kann..

Anehnya siapa yang tuduh penghijrahan ke Dark Side ni? Mereka ni lah yang menyokong demokrasi LGBT, liberalism, anti Raja, anti  negara Islam, anti ulama, anti hudud dan sebagainya. Tapi mereka menuduh pihak lain pula berhijrah ke alam kegelapan.

Tuesday, 23 September 2014

Guan Eng kata PAS khianat : Bila PAS nak tarbiyah DAP ni? - Pak Long

Mampukah PAS membebaskan diri
dari dikawal orang lain?
Sejak "tahaluf siyasi" PAS bersama-sama DAP selepas terpengaruh dengan pesona Dato' Seri Anwar Ibrahim dan terhanyut dengan konsep asing makkal sakhti, PAS lebih dipengaruhi oleh parti DAP berbanding DAP dipengaruhi oleh Parti PAS.
"DAP berasa kesal dengan pengkhianatan empat orang ahli exco Selangor PAS terhadap prinsip solidariti dan demokrasi serta kegagalan untuk setia bersama enam lagi exco DAP dan PKR yang dipecat secara tidak adil oleh bekas MB yang kehilangan sokongan majoriti DUN Selangor." Kata Lim Guan Eng.
Sumber Malaysian Insider.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...