Kemenangan geng ulama dalam Parti Pas pada muktamar baru-baru ini menunjukkan kebangkitan kembali kelompok itu dalam era politik masakini. Kumpulan yang dulunya dipandang rendah kerana anggapan mereka ini tidak pandai berpolitik, mengatur strategi dan membina dan melaksanakan propaganda berbanding kumpulan professional dalam PAS.
Pada awalnya, kalangan geng ulama ini tertipu dengan agenda DSAI dan proksi-proksinya dalam PAS, sehingga arwah Tok Guru mereka berjaya disarungkan t-shirt kuning bagi mempromosikan perhimpunan Bersih++ yang diketuai oleh Ambiga dan dimonopoli oleh DAP dan mereka yang memperjuangkan human right ala barat.
Hanya beberapa orang daripada geng ulama pada ketika itu yang menongkah arus melawan ombak tsunami yang seolah-olah akan membenam BN dan juga termasuklah geng ulama itu sendiri kerana tidak sedar. Salah seorang daripada yang menongkah arus pada ketika itu ialah yang memenangi Ketua Pemuda PAS sekarang ini. Ust Nik Abduh sanggup membuat satu artikel ketika itu menyatakan ayahandanya TGNA telah dipengaruhi oleh orang-orang sekelilingnya. Akibatnya Nik Abduh dikecam dan dikeji sehinggalah pada satu ketika beliau dilihat berhenti menulis blog.
Strategi geng ulama kemudiannya menggunakan satu facebook yang digelar sebagai El-Haraki. Strategi ini tampak berkesan sejak awal lagi dan berjaya menjaga sokongan grass root terhadap geng ulama dan majlis syura daripada terpengaruh dengan anasir Anwarinas, parasit-parasit, erdogan-erdogan, macai DAP atau apa jua gelaran yang dikenakan terhadap kumpulan yang anti-ulama ini.
Pengaruh facebook El-Haraki ini tidak boleh dipandang ringan sehingga salah seorang Anwarinas menggelarkannya sebagai facebook hantu. Keupayaan mengelolakan facebook seperti ini dilihat menakjubkan kerana berdasarkan sejarahnya, puak-puak konservatif dalam PAS ini tidak mahir dengan teknologi baru dan selalunya ketinggalan berbanding professional, modernist dalam PAS, PKR dan DAP.
Selain mereka yang digelar Anwarinas, mereka daripada DAP juga menaruh minat untuk membuat investment dalam Parti PAS. Ini, secara mudahnya dapat dilihat melalui reaksi akrab dan interaksi pemimpin DAP dengan pemimpin-pemimpin Anwarinas di dalam PAS. Hanya yang ada masalah dengan akal mereka atau penyokong Anwarinas sahaja yang akan menafikan perkara ini.
Pasca kemenangan kumpulan Geng Ulama.
Ada yang melihat kemenangan mereka ini sebagai ancaman. Sudah tentu DAP terasa terancam dengan kemenangan mereka ini. Ini merosakkan perancangan mereka untuk mentarbiyah Pakatan Rakyat mengikut ideologi mereka. Tidak hairanlah jika ada pemimpin DAP menjerit menuduh geng ulama ini sebagai macam ekstrimis atau terrorist.
Usaha mungkin dibuat oleh mereka bagi menjayakan perancangan DAP. Mereka mempunyai dana yang besar dan telah pun membina satu platform bernama Pasma untuk itu.
Satu lagi kumpulan daripada orang UMNO. Yang tidak faham sifat dan fitrah geng ulama ini. Mereka melihat kebangkitan geng ulama ini sebagai ancaman kepada UMNO. Mungkin dalam aspek mendominasikan sokongan orang-orang Melayu.
Tetapi tidak semua di dalam UMNO berfikiran sedemikian. Mereka yang ikhlas dan jernih pemikirannya akan melihat dengan hikmah. Sudah tentu adanya jambatan pertemuan di antara dua kumpulan yang bersama-sama mendakwa memperjuangkan Islam dan Melayu. Hakikatnya persamaan di antara kedua-duanya itu adalah lebih banyak berbanding dengan perselisihan yang digembar-gemburkan.
Jelas jika berkuasa DAP akan mengharamkan apa juga perjuangan kepada agama, bangsa dan tanahair yang difahami oleh umat Islam sekarang. |
Persoalannya, bagaimanakah untuk bergerak ke arah itu. Sedarlah umat Islam sekalian, kita di akhir zaman.
Geng Ulama VS ( ( Anwarinas + PKR Sosialis + DAP ) - UMNO) ) = UMNO + PAS ?
No comments:
Post a Comment