Sunday 21 June 2015

Ore Arab Kecek Kelate dehh..


Oleh kerana berasa kasihan terhadap ramai pelajar melayu di Mesir yang gagal menguasai bahasa arab dengan baik, pemuda arab ini mencari satu jalan untuk membantu pelajar-pelajar melayu berkenaan. Nama beliau ialah Mohamad Abdul Aziz seorang graduan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar.

Salah satu cara ialah belajar kecek Kelate, supaya beliau  dapat berkomunikasi dengan baik dengan pelajar-pelajar melayu dan membantu mereka menguasai bahasa arab dengan baik.

Bagi menguasai kecek Kelate, beliau suka makan budu. Dengan makan budu itu beliau fasih berbahasa melayu dialek Kelantan. Beliau juga berpandangan pelajar-pelajar melayu ini tidak makan makanan arab sebab itulah mereka sukar menguasai bahasa arab.
Klip Video di bawah.



Sebenarnya beliau kena datang lagi ke Malaysia dan melihat orang-orang melayu memenuhkan restoran-restoran nasi arab yang tumbuh macam cendawan selepas hujan dan lihat betapa fasihnya bahasa arab mereka. 

Apa-apa pun usaha beliau itu membantu pelajar-pelajar melayu tersebut adalah satu amal yang terpuji dan haruslah mendapat sanjungan dari rakyat Malaysia keseluruhannya dan orang-orang melayu khususnya. Khusus lagi ore-ore Kelate. Samo make budu..

Lain-lain
Urang putih cakap nogori.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...