Thursday, 25 June 2015

Kisah Bisnes : Manufacture and Marketing


Sebelum puasa haritu aku sempat singgah ke satu kafetaria ni. Singgah nak makan kejap. Jumpa la mihun sup. Kemudian aku pun cari la air nak minum. Cari pula gerai minumannya sebab dekat situ memang ada beberapa gerai. Kawasannya bersih dan aku memang suka makan di situ.

Makanya berjumpalah aku dengan seorang pengusaha gerai ni. Sebab aku order minum daripada dia. Hot Coklat. Rupanya segala air minuman ni dari 3 in 1. Dia ada macam-macam, mocha, coffee, hot choclate, tea dan macam-macam lagi yang aku tak sempat nak tengok. Yang menariknya ialah bila mak cik ni cakap semua itu adalah produk dari kilang dia.

Mak cik ni manufacture produk dia dan market sendiri !! 
Selain 3 in one, dia ada juga produk lain seperti karipap dan lain-lain frozen food. Aku sebut karipap sebab itulah yang aku makan aritu. Dia belanja. Memang sedaplah.

Walaupun aku punya bisnes bukanlah jenis yang macam ni tapi mak cik ni dah mengagumkan aku. Bukan senang nak jumpa orang yang dapat buka kilang dan kemudian pasarkan sendiri produk dari kilang dia. Buka outlet sendiri dan cawangan franchise.

Makcik ni kata dia bertuah bila dapat pinjaman loan hasil pertolongan DS Zahid Hamidi. Dengan pinjaman itulah dia buka kilang. Dan sekarang ini sedang mengembangkan perniagaan dia dengan membuka cawangan-cawangan outlet. Siap ada sistem franchise dan agen lagi.

Kita doakan perniagaan makcik ni semakin berjaya dan maju. Aku tak nak mentionlah nama sesiapa sebab pengajaran kita ambil daripada umumnya lafaz. Kita harap ramai lagi umat Islam seperti makcik ini memajukan diri dan keluarga dengan bidang perniagaan. 

2 comments:

  1. kedai mana karipap sedap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi melindungi kepentingan peniaga-peniaga karipap lain yang mencuba nasib di bulan Ramadhan ini, lokasi dirahsiakan buat setakat ini. Huhuhu..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...