Dari Abu Hurairah, Rasululloh Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda : Semua amalan bani adam untuknya kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku akan membalasnya, puasa adalah perisai, jika salah seorang dari kalian sedang berpuasa janganlah berkata keji dan berteriak-teriak, jika ada yang mencercanya atau memeranginya maka ucapkanlah :Aku sedang berpuasa. Demi zat yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah Azza wa Jalla dari pada bau misk, orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan, jika berbuka mereka gembira, jika bertemu Rabbnya mereka gembira karena puasa yang dilakukannya. (Al-Bukhari dan Muslim).
“puasa itu untuk-Ku”
Semua amalan kita adalah untuk kita (ganjarannya). Allah sangat permurah dan membayar faedahnya (pahala) kepada kita.
Berbanding ibadat lain, puasa adalah satu ibadat yang tersembunyi. Misalnya kita boleh berpura-pura puasa di hadapan orang dan boleh tinggal puasa waktu bersendirian. Kerana itu dikatakan ibadat puasa itu untuk Allah.
Semua pahala atau ganjaran amalan ibadat lain (selain puasa) Allah beri melalui sesuatu, tetapi pahala puasa diberi secara “direct” dari Allah.Tafsiran lain ialah balasan bagi puasa ialah Allah, bermakna tuhan menjanjikan dialah balasan bagi orang berjaya puasa, iaitu tuan syurga.
“puasa adalah perisai”
“Puasa adalah perisai (yang melindungi pelakunya dari keburukan).” (HR at-Tirmidzi)
إنما الصيام جنة يستجن بها العبد من النار
“Puasa itu adalah perisai yang dapat melindungi diri seorang hamba dari api neraka” (HR. Ahmad no. 15299; hasan lighairihi. Lihat Shahih At-Targhib no. 981).
Puasa “block” manusia dari perkara yang tidak baik. Puasa yang baik dapat menghalang dari masuk neraka.
jika salah seorang dari kalian sedang berpuasa janganlah berkata keji dan berteriak-teriak, jika ada yang mencercanya atau memeranginya maka ucapkanlah :Aku sedang berpuasa.
Ringkasnya “Jangan bergaduh semasa berpuasa”
bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah Azza wa Jalla dari pada bau misk
Bau mulut musuk kerana tiada makanan dalam perut.Misk ialah minyak atar kasturi.Dalam mazhab Syafie makruh bersugi kerana ingin kekalkan bau yang Allah suka. Namun Rasulullah s.a.w tetap bersugi semasa bulan puasa dan mazhab lain tidak memakruhkannya kerana bimbang ada yang mulut busuk dan boleh menggangu sembahyang jemaah. Boleh bersugi dengan berus gigi biasa cuma tidak boleh menggunakan ubat gigi.
orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan, jika berbuka mereka gembira, jika bertemu Rabbnya mereka gembira karena puasa yang dilakukannya.
Doa sebelum makan hanya dalam bulan puasa. Luar bulan puasa Nabi cuma berdoa selepas makan. Doa seperti “Allahumma bariklana fima Razaktana” sepatutnya dibaca selepas makan kerana “razaktana” bermaksud telah memberi rezeki. Lagipun amalan Kristian membaca doa sebelum makan. Dalam Islam cuma baca Bismillah sebelum makan.
sumber : nasbunnuraini.wordpress.com
No comments:
Post a Comment