Kita tiba lagi bagi sesi perkongsian ilmu seterusnya. Sebelum ini saya telah bicarakan berkenaan 3 unsur penting dalam posting yang lepas. 3 unsur ini adalah asas kepada satu perbuatan atau pun dalam menjalankan sesuatu urusan.
Kali ini kita akan lihat salah satu daripada 3 unsur berkenaan dan lihat bagaimana aplikasinya dalam perbincangan secara berkumpulan dalam urusan bisnes.
Unsur atau sifat ilmu.
Dengan unsur ini setiap insan itu mengetahui sesuatu. Dalam perbincangan untuk satu team bagi menyelesaikan masalah, pentakrifan masalah itu penting.
Bagaimana satu team hendak mentakrifkan masalah sekiranya asas pentakrifan itu tiada dan team itu pun akhirnya menjadi teraba-raba. Contohnya satu organisasi itu sudah tentu adanya visi dan misi. Tetapi dalam membincangkan visi dan misi ini pun ramai yang teraba-raba dan jadi tidak menentu tentang apakah itu visi dan apa itu misi. Walaupun perbincangan itu dibuat setiap tahun.
Saya melihat sendiri ramai yang tidak dapat mengkategorikan sesuatu itu dalam istilah yang sepatutnya. Maka jadilah bercampur-aduk. Itulah yang saya teorikan daripada awal yakni dalam posting lepas, kita sudah hilang ilmu. Walaupun kita mewarisi ilmu berkenaan tetapi hanyalah dalam bentuk hafalan semata dan kita tidak memahaminya.
Ikut pemerhatian saya, dalam berkata-kata semasa perbincangan berkumpulan, ramai yang tidak mengkategorikan takrif dibawah ini dengan jitu.
- Isim (Nama)
- Zat (Jasad / orang / imej / entiti / struktur)
- Sifat (Apa yang menjadi sifat kepada zat)
- Perbuatan. (Apa yang zat itu lakukan)
Walaupun ramai yang tahu 4 kategori di atas, tetapi ramai tidak ambil peduli yang setiap sesuatu dalam alam ini tertakluk kepada 4 kategori di atas.
4 kategori di atas adalah exhaustive atau pun lengkap.
Oleh itu, jika anda memperkatakan sesuatu, anda sedang memperkatakan yang mana satu daripada empat kategori itu?
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment