Diantara dosa melihat Farah Ann melakukan gimnastik dengan aksi slow motion dan satu lagi memilih berbuka di restoran korea yang tak diketahui halal atau haramnya.
Nescaya aku memilih dosa melihat Farah Ann dalam aksi sebegitu. Walaupun ramai yang kata pilihan kedua itu bukan dosa.
Itu kata mereka. Nak tau ramai ke tak ramai cuba tengok kat mall masa nak berbuka.
Sejak bila pula adanya restoran jepun atau korea yang dah dapat sijil halal? Atau diketahui makanan mereka itu halal?
Aku tahu pilihan aku itu tidak populis pada pandangan netizens, kalau ada butang dislike tu dah ada beribu dislike. Tapi bagi aku itulah hakikatnya. Banyak outlets makanan korea, jepun yang dibawa ke Malaysia tidak mendapat sijil halal kerana mereka tidak dipaksa untuk mendapatkannya. Mereka masih boleh buka outlets tanpa menunjukkan sijil halal (atau sijil haram?).
Sedangkan boleh saja franchise korea dan jepun itu sejibik-sejibik diambil daripada Korea dan Jepun sana. Seolah-olah orang kita ni pergi Korea dan Jepun terus masuk ke restoran atau outlet mereka dan terus makan.
Kalau aku pilih dosa yang pertama, kemudiannya aku bertaubat dan mohon ampun kepada Tuhan aku yakin akan diampunkan.
Tetapi jika aku pilih yang kedua, aku telah memakan barang yang haram. Barang yang haram tetap haram walaupun kita tahu atau tidak. Kalau termakan itu mungkin lainlah kesnya. Tapi itu pun ada kesan pada kerohanian pada pandangan ulama sufi.
Tapi kes tak bertanya atau tak selidik langsung itu bukan satu alasan.
Memakan benda haram akan menjadikannya darah daging. Makan banyak benda haram dengan sengaja ni lagilah parah, hati pun boleh terpesong dan susah mendapat hidayah.
Bila dah susah dapat hidayah, jangankan boleh pilih dosa melihat Farah Ann melakukan aksi gimnastik lagi tapi bermacam variasi dosa yang kecik dan besar akan lebih cenderung kita buat. Tak payah dipaksa-paksa pun.
Jangan bisinglah pasal rasuah, zina, perlakuan sumbang, akhlak buruk dan macam-macam lah zaman ni.
(Bila time Farah Ann gimnastik, bersyariat sungguh pula korang ye..)
Dari sudut lain, menjaga diri daripada makanan haram atau pun syubhat ini antara amalan yang paling afdhal, ia dapat mengalahkan banyak amalan soleh yang lain. Amalan soleh yang lain pula kalau diri kita tak menjaga soal makan, ia menjadi rapuh kerana hati kita mudah terjerumus.
Aku pernah mendengar, seorang ulama dapat bermimpi berjumpa Rasulullah SAW sejak remaja lagi. Apabila ditanya apakah beliau mengamalkan amalan khusus sejak itu lagi. Beliau berkata tidak, tetapi mungkin antara faktornya sejak kecil lagi beliau menjaga makan daripada memakan makanan meragukan.
Aku sebenarnya risau, tengok ramai orang kita yang memenuhi restoran atau outlet yang tidak diketahui halal-haramnya, ataupun sebenarnya lebih diyakini haram.
Janganlah kita mengikut perangai orang ramai, sebab ramai makan kat situ kita pun bawak keluarga kita makan di situ. Sedangkan makanan itu pula haram, dah anak-anak pun makan benda haram pula.
Aku terfikir pula, adakah fenomena ini yang menjadi punca kepada masalah-masalah yang melanda negara seolah-olah kita sudah hilang keberkatan. Darah daging kita mengalir darah dari makanan haram. Hati kita mudah terpesong. Berkat pun hilang.
Nak kata zaman dulu tak ada maksiat, dulu dahsyat juga dengan konsert rock and rollnya. Industri hiburan dulu lagi hebat. Dulu pun dah ada gimnastik, renang wanita dan macam2 lagi sukan2 seksi.
Tapi dulu mana ada outlet2 Korea dan Jepun yang tak ada lambang halal ni.
Sedangkan makanan yang halal itu pun, kalau diikutkan masih ada yang meragukan. Contohnya kalau produksi sembelihan ayam itu secara besar-besaran. Pihak Jakim pula bukannya ada setiap masa untuk memantau di situ. Ni apatah pula jika outlet tu memang baru masuk dari Korea?
Bila masa pula bahan-bahan yang dibawa masuk dari Korea itu sudah menjadi halal? Atau diubah bahan yang tidak halal diganti dengan yang halal?
Sebagai pengguna Islam kita wajib memilih yang pasti halal. Pilihlah yang ada tanda halal Jakim yang sah. Itu sekurang-kurangnyalah.
Ni juga untuk mengingat diri sendirilah supaya mendisiplinkan diri daripada benda-benda macam ni.
No comments:
Post a Comment