Friday 27 October 2017

Bukti Malang Tidak Berbau, Ajal Hanya Tuhan Yang Tahu


Siapa sangka lori dari lane paling kiri boleh tiba-tiba meluru laju ke arah lane keempat paling kanan dan merempuh pembahagi jalan sehingga melanggar kereta yang mendatang di lane bertentangan.

Pemandu kereta yang malang itu sudah tentu tidak menjangka keretanya akan dirempuh lori dari arah depan yang datangnya dari lane sebelah. Apatah lagi kejadian itu berlaku di atas lebuhraya yang mempunyai pembahagi jalan.


Pemandu lori tidak menyangka akan melanggar kereta tersebut dan pemandu kereta pun tidak menyangka akan dilanggar oleh lori berkenaan dalam keadaan sedemikian rupa.

Sepertimana kata-kata kebanyakan, Malang Tidak Berbau. Kehidupan hanyalah sementara dan apa jua boleh berlaku. Manusia hanyalah hidup di alam maya ini ibarat hanyalah beberapa saat cuma. 

Sunday 22 October 2017

Maksud dan Makna Metafizik - Sheikh Hamza Yusuf

Metafizik adalah satu terma yang digunakan dalam abad pertama Sebelum Masihi oleh Andronicus of Rhodes, iaitu editor dan penyusun kepada hasil-hasil kerja Aristotle, merujuk kepada hasil tulisan Aristotle terhadap bidang teologi (berkaitan ketuhanan), yang mana Andronicus telah susunkan selepas tulisan Aristotle terhadap ilmu fizik; 

Terma tersebut secara literalnya membawa makna "apa yang menyusuli fizik". Asalnya hanyalah untuk menunjukkan kedudukan buku hasil tulisan Aristotle mengenai teologi selepas buku Fizik tersebut. Namun demikian, label tersebut kekal digunapakai sebegitu.

Kemudian setelah masa berlalu, ia dikenali ramai sebagai "bidang kajian ilmu terhadap apa yang disebalik dunia fizikal". Aristotle sendiri seringkali merujuk perkara tersebut sebagai "teologi" dan kadangkala sebagai "falsafah yang terawal".

Tuesday 17 October 2017

Macbook Air 11" yang memang legend

Gambar Wiki
Kebanyakan kawan aku ni aku tengok kalau nak beli laptop tu mesti ada mentaliti gamers.

1. Skrin nak luas.
2. Storan GB nak besar.
3. RAM nak tinggi.
4. Ada kad game yang powerful supaya dapat gerakkan enjin game yang up to date.

Padahal dia orang ni dah bekerja dan beranak pinak. Entah bila masa pula dia orang ni main game.

Sebenarnya itulah mind set yang telah terbentuk dalam kebanyakan orang kita generasi baru ini apabila membeli sebuah laptop. Ramai yang tidak sedar-sedar akhirnya pilihan laptop yang dibeli tidak praktikal dan akhirnya menjadi alat mainan anak-anak untuk bermain game.

Sedangkan tujuan asal membeli laptop untuk menambah keberkesanan dan produktiviti telah hanyut di laut dalam.

Sunday 15 October 2017

Pandangan Perundangan Dari Mantan Ketua Hakim Negara Berkaitan Isu Dobi Muslim Sahaja

Gambar dari Blog Tun Abdul Hamid
Pandangan Mantan Ketua Hakim Negara ke-12 itu 
yang disiarkan di Blog beliau. 
Link seperti di bawah.



SALAHKAH JIKA PENGUSAHA LAUNDRET 
MELETAKKAN TANDA “UNTUK ORANG ISLAM SAHAJA”?


Jawapan saya: Tidak.

Sepanjang ingatan saya, saya tidak pernah berjumpa satu peruntukan undang-undang di Malaysia yang mengatakan perbuatan itu salah di sisi undang-undang. Tolong tunjuk kepada saya jika ada.

Pengusaha laundret adalah seorang individu, bukan pihak berkuasa kerajaan. Peruntukan Perlembagaan mengenai kesamarataan (Perkara 8) tidak terpakai kepada seorang individu. Peruntukan itu hanya terpakai kepada kerajaan.

Mari kita lihat peruntukan berkenaan.

Klausa (1) mengisytiharkan bahawa setiap orang adalah sama rata disisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. 

Klausa (2) pula melarang adanya diskriminasi, antara lain, atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan dalam sesuatu pihakberkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perkara yang tersebut dalan klausa itu.

Perhatikan bahawa semua larangan itu tidak berkenaan dengan seorang individu. 

Pandangan Stephen Hawking Tentang Tuhan



Source and credit : Joseph Butler youtube

Pertanyaan

Professor Hawking, dalam perenggan terakhir dalam buku anda. Anda ada mengatakan "Jika kita menemui satu teori yang lengkap dan menyeluruh mengenai alam semesta, maka sudah tiba masanya kita memahami sebagai satu prinsip yang lebih luas kepada setiap orang dan bukannya terhad kepada kelompok saintis sahaja."

Dan jika itu berlaku, kita semua akan mula bercakap tentang KENAPA? dan bukannya BAGAIMANA? lagi. 

Dan saya membacakan tulisan anda "Jika kita bertemu kepada jawapan kepada soalan itu (KENAPA?), yakni keadaan yang paling kemuncak kepada tahap pemikiran manusia, dan kita bakal mengetahui tentang fikiran Tuhan pencipta alam semesta." 

Adakah anda fikir Tuhan boleh masuk campur dalam urusan alam semesta ikut kehendak-Nya. Atau Tuhan juga adalah tertakluk kepada undang-undang sains?

Stephen Hawking menjawab :

Thursday 12 October 2017

Misteri Stephen Paddock - Suspek Kes Tembak Orang Awam di Nevada, Las Vegas


Suspek di dalam kejadian tembakan terhadap orang ramai dalam sebuah konsert penyanyi lagu country di Nevada, Las Vegas, Amerika Syarikat baru-baru ini dikenali sebagai Stephen Paddock.

Individu bernama Stephen Paddock ini menimbulkan tandatanya mengenai motifnya melakukan perbuatan yang sama sekali tidak dijangkakan oleh sesiapa pun yang mengenali dirinya. Walaupun kumpulan Daesh cuba mengambil kesempatan dengan mendakwa individu yang seorang penjudi profesional itu telah masuk Islam beberapa bulan sebelumnya dan tindakannya itu menjalankan kerja-kerja jihad Daesh tetapi pihak siasatan Amerika Syarikat sehingga kini amat sukar mempercayai dakwaan Daesh itu.

Semuanya Akan Disoal Jawab Kelak Tidak Kira Apa Martabat Di Dunia

Kredit : Positif Art Music Youtube

Wednesday 11 October 2017

Makna Dan Terjemahan Lagu Lau Kana Bainana Al-Habib لَوْ كَانَ بَيْنَنَا الْحَبِيْب




TAJUK LAGU : لَوْ كَانَ بَيْنَنَا الْحَبِيْب
 Jikalau Al-Habib (Rasulullah) berada di antara kita

Pendahuluan

Lagu ini adalah qasidah Arab yang mengandungi makna yang sangat indah dan dalam. Mungkin terjemahan kepada bahasa Melayu tidak dapat memberikan justifikasi yang seadilnya kepada makna gubahan ayat yang indah ini. 

Makna yang indah ibarat makanan yang lazat. Jika anda berasal daripada Malaysia dan tidak pernah makan nasi lemak kulineri nasional, mungkin anda dikira sangat rugi kerana tinggal di Malaysia tetapi tidak pernah merasai kelazatan nasi lemak. 

Ibarat juga mereka yang tinggal di Kelantan tetapi tidak pernah makan nasi kerabu. Tinggal di Terengganu tapi tak pernah merasai kelazatan keropok lekor. Tinggal di Sumatera Barat tapi tak pernah makan nasi padang. Tinggal di negeri Arab tapi tak pernah menjamah juadah nasi Arab. Tinggal di Turki tapi tak pernah merasai kebab yang lazat. 

Saturday 7 October 2017

Meneliti Penipuan Bisnes Pemaju Perumahan Gaya Piramid


Tawaran Harga Rumah Murah

Harga ditawarkan RM50 ribu untuk sebuah rumah.
Terbuka untuk 120 pembeli terawal sahaja

Harga Rumah asal adalah RM150 ribu. 

Macamana boleh lebih murah?

Sebab menggunakan teknologi khusus lagi istimewa yang dibangunkan di luar negeri dan terbukti lagi penggunaannya. 

Syarat-syarat Penyertaan
1. Ada tanah sendiri
2. Mesti ada duit (tunai)
3. Kena menunggu 6 - 12 bulan untuk proses pembinaan rumah yang lengkap.

Sekiranya bayar secara staging/staggered/ansuran berperingkat, perlu bayar harga asal iaitu RM150 ribu.

Lain-lain syarat : Tanah perlu diratakan / disediakan sendiri.

(Contoh Makcik Langkawi tanggung kos sendiri sediakan tapak)

Untuk pengetahuan syarikat sahaja

Kisah Bisnes : Siri-siri Dumbfounded



Dumbfounded ni tercenganglah. Ada rasa kebodohan sedikit walaupun yang bodoh tu orang lain buat ke kita. Ini cerita titik hitam sejarah perniagaan orang-orang Melayu.

Terkejut lagi tercengang bila melihat kes satu Datuk yang ada Doktor Falsafah yang didakwa menipu lebih kurang 400 pembeli rumah dengan Syarikatnya yang terkenal satu Malaysia.

Daripada kira-kira 400 tu pula, sehingga kini ada 201 laporan polis yang dibuat. Kemungkinan besar daripada pembeli-pembeli rumahlah atau sesiapa berkepentingan yang rugi atas transaksi dengan Datuk tu tadi.

Sebenarnya Datuk ni didakwa menipu macam-macam, daripada anugerah Datuk dari Istana Pahang sehinggalah status ketulenan PHD yang dimilikinya. Tapi itu mungkin tak ada kerugian dari pihak orang lain, melainkan dakwaan dari diri Datuk itu sendiri. Kalau ada pun hanya melibatkan Istana Pahanglah. Setakat ini tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Istana Pahang mengesahkan atau menafikan penganugerahan Datuk itu.

Tapi mungkin itu isu peribadilah, walaupun ada dakwaan menipu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...