Sunday 15 October 2017

Pandangan Stephen Hawking Tentang Tuhan



Source and credit : Joseph Butler youtube

Pertanyaan

Professor Hawking, dalam perenggan terakhir dalam buku anda. Anda ada mengatakan "Jika kita menemui satu teori yang lengkap dan menyeluruh mengenai alam semesta, maka sudah tiba masanya kita memahami sebagai satu prinsip yang lebih luas kepada setiap orang dan bukannya terhad kepada kelompok saintis sahaja."

Dan jika itu berlaku, kita semua akan mula bercakap tentang KENAPA? dan bukannya BAGAIMANA? lagi. 

Dan saya membacakan tulisan anda "Jika kita bertemu kepada jawapan kepada soalan itu (KENAPA?), yakni keadaan yang paling kemuncak kepada tahap pemikiran manusia, dan kita bakal mengetahui tentang fikiran Tuhan pencipta alam semesta." 

Adakah anda fikir Tuhan boleh masuk campur dalam urusan alam semesta ikut kehendak-Nya. Atau Tuhan juga adalah tertakluk kepada undang-undang sains?

Stephen Hawking menjawab :

Untuk menanyakan soalan adakah Tuhan tertakluk kepada undang-undang sains samalah seperti menanyakan adakah Tuhan boleh mencipta sesuatu objek yang sangat berat sehingga Tuhan sendiri tidak dapat mengangkat objek itu. 

Saya berfikir adalah tidak berguna untuk membincangkan apa yang Tuhan boleh atau tidak boleh lakukan. Sebaliknya, lebih baik kita meneliti apa yang Dia perbuat kepada alam semesta yang kita sedang jalani kehidupan sekarang ini. 

Berdasarkan pengamatan kami (para saintis), alam semesta berjalan mengikut satu undang-undang yang telah ditentukan. Undang-undang ini mungkin telah diciptakan oleh Tuhan, tetapi nampaknya Tuhan tidak masuk campur dalam urusan alam semesta dengan cara melanggar undang-undang tersebut. Sekurang-kurangnya selepas Tuhan telah menentukan bermulanya perjalanan alam semesta ini. 

Ulasan

Sebagai saintis barat yang mungkin tidak memeluk apa-apa agama tetapi melalui proses pengamatan saintifik, Hawking dapat mengamati satu kuasa yang lebih besar mengaturkan alam semesta. Alam semesta ini diaturkan mengikut undang-undang tertentu yang dilihatnya tidak berubah sejak ianya bermula pada satu ketika.

Oleh kerana Hawking tidak percaya kepada adanya wahyu yakni adanya mesej yang disampaikan oleh Pencipta alam semeta melalui utusan, maka pandangan Hawking tidaklah mencakupi kemungkinan adanya utusan Tuhan (Rasul dan Nabi) dan wujudnya peristiwa mencarik adat yang berlaku atas kehendak Tuhan. Hawking juga tidak berdasarkan kepada wahyu yang mengandungi tentang sifat-sifat ketuhanan yang mana Tuhan sendiri bercerita tentang diri-Nya. 

Pengamatan Hawking tanpa wahyu itu mendapati alam semesta beroperasi tanpa melanggar undang-undang yang selama ini diikutinya. 

Pada satu sudut, ia menepati dengan apa yang disampaikan oleh wahyu iaitu sunnatullah tidak berubah. Mungkin inilah yang dimaksudkan atau apa yang diamati oleh Hawking.

Pada satu sudut, pengamatan Hawking itu mungkin pula ia tidak mencakupi penemuan terbaru manusia iaitu Lubang Hitam (Black Hole). Satu fenomena pada alam semesta yang dikaitkan dengan satu lubang sekecil lubang jarum atau lebih kecil seperti atom yang menelan segala-gala objek disekelilingnya. Termasuk sebesar-sebesar planet. 

Para saintis seperti Michio Kaku berpandangan segala teori sains dan fizik kesemuanya musnah ditelan oleh lubang hitam ini. Maksudnya fenomena lubang hitam ini melanggar segala teori sains dan fizik yang difahami manusia terpakai kepada alam semesta.

Para saintis beraliran barat mula berspekulasi tentang lubang hitam. Termasuk kemungkinan wujudnya alam semesta berbeza dari alam fizikal yang kita diami sekarang ini. Pada satu segi mereka mula menerima konsep alam ghaib yang menjadi taboo kepada fahaman sains barat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...