Saturday, 7 October 2017
Kisah Bisnes : Siri-siri Dumbfounded
Dumbfounded ni tercenganglah. Ada rasa kebodohan sedikit walaupun yang bodoh tu orang lain buat ke kita. Ini cerita titik hitam sejarah perniagaan orang-orang Melayu.
Terkejut lagi tercengang bila melihat kes satu Datuk yang ada Doktor Falsafah yang didakwa menipu lebih kurang 400 pembeli rumah dengan Syarikatnya yang terkenal satu Malaysia.
Daripada kira-kira 400 tu pula, sehingga kini ada 201 laporan polis yang dibuat. Kemungkinan besar daripada pembeli-pembeli rumahlah atau sesiapa berkepentingan yang rugi atas transaksi dengan Datuk tu tadi.
Sebenarnya Datuk ni didakwa menipu macam-macam, daripada anugerah Datuk dari Istana Pahang sehinggalah status ketulenan PHD yang dimilikinya. Tapi itu mungkin tak ada kerugian dari pihak orang lain, melainkan dakwaan dari diri Datuk itu sendiri. Kalau ada pun hanya melibatkan Istana Pahanglah. Setakat ini tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Istana Pahang mengesahkan atau menafikan penganugerahan Datuk itu.
Tapi mungkin itu isu peribadilah, walaupun ada dakwaan menipu.
Tapi macamana pula dengan kegiatan Datuk ni yang membuat promosi besar-besaran mengenai rumah teknologi DBInya yang masuk ke bermacam-macam channel TV dan diinterview secara live oleh TV. Membuat promosi besar-besaran dengan memanggil VIP dan tokoh politik hadir ke majlis. Tahap confidentnya itu sudah tentu membuatkan orang ramai berasa yakin dengan produk syarikatnya.
Dumbfounded ni juga sebab satu soalan bermain di fikiran aku. Kalaulah tidak disebabkan PPIM yang membawa kes ini ke pengetahuan umum, adakah Datuk Dr ini akan terus dengan promosi rumah murahnya dan pembeli-pembeli akan semakin bertambah sehinggalah lebih 500 atau mencecah beribu-ribu orang?
Malah sehingga kekecohan berlaku dalam seminggu dua lepas pun, dikhabarkan aktiviti promosi rumah murah ini juga masih berlaku. Sebab tak semua orang akan sedar perkara seperti ini, mungkin makcik-makcik dan nenek di Kampung-kampung tak sedar dan berminat untuk mengeluarkan wang simpanan untuk membeli rumah dari company Datuk Dr ini.
Dumbfounded yang lain ialah apabila dengan mudahnya Datuk Dr ni memberikan alasan taici kepada pihak lain yang didakwa menipu dirinya. Rupanya kononnya selama ini Syarikat dia hanya mempromosikan model-model rumah tetapi bukanlah dia bertanggungjawab membina rumah-rumah tu?
Ada juga tersebar rakaman percakapan yang dikaitkan dengan Datuk Dr ini bunyinya dengan berkobar-kobar menyatakan semua yang dilakukan adalah strategi briliant dengan cara wayang pacak semata-mata. Katanya juga pihak yang ingin menjatuhkan dirinya adalah "membunuh Melayu".
Dumbfounded yang seterusnya ialah, takkanlah dari kalangan staf atau officer syarikat Datuk Dr ni yang tak merasakan syarikatnya menjalankan penipuan. Semua mereka ini dah kena mandrem ke apa? Ada tu akauntan. Peliknya takkan dia tak pelik beratus-ratus pembeli rumah dah bayar duit tapi rumah tak siap dalam masa yang dijanjikan. Bukan ke itu menunjukkan ada something fishy kann..?
Ada juga yang mendakwa Datuk Dr ni buat rumah macam skim piramid, dalam 3 orang pembeli yang membayar harga rumah hanya satu rumah akan dibina oleh kontraktor yang dilantik. Tapi jika benar itu berlaku sudah tentu ada rekod perjalanan jual beli rumah itu dalam akaun syarikat. Kita tunggulah hasil siasatan pihak polis ke atas Datuk Dr yang sedang kena reman ni.
Apa yang dikhuatirkan ada peniaga-peniaga Melayu yang menjadikan Datuk Dr ini sebagai idola. Mereka memandang perjalanan bisnes Datuk Dr ini adalah sebagai model yang boleh dicontohi dan diteladani. Membuat marketing dengan strategi penipuan tetapi pada masa yang sama bermain wayang pacak yang menunjukkan kepada orang ramai yang menjadi mangsa bisnes mereka adalah real.
Apabila telah mendapat berjuta-juta ringgit, mereka membawa lari duit mangsa (termasuklah duit simpanan makcik-makcik di kampung yang mendambakan sebuah rumah yang sempurna). Pelbagai alasan diberikan contohnya syarikat ditipu oleh syarikat kontraktor.
Kemudian kepada orang lain, bercerita mengenai betapa briliantnya strategi peniagaanya yang boleh membawa keuntungan berjuta-juta dalam hanya beberapa bulan.
Ini sebenarnya adalah srategi syaitan yang direjam. Peniaga-peniaga yang meng-idolakan orang seperti ini adalah pengikut-pengikut syaitan samada mereka sedar atau pun tidak. Menisbatkan gaya perniagaan ini sebagai bisnes orang Melayu menaikkan martabat ke maqam syaitan yang lebih tinggi.
Dumbfounded terakhir adalah bagaimana orang macam ni boleh wujud sedangkan setiap tahun pelbagai Akta dan perundangan diluluskan parlimen mengenakan bermacam-macam denda, penjara, restrictions, peraturan, kawalan, mekanisma dan penubuhan terlalu banyak jabatan dan unit dah.
Sedangkan kalau memandu balik ke Pahang pun dah boleh kena tembak AES. Dari belakang tu!!
Kewujudan orang seperti ini yang kemudiannya dipuja-puja dan diidolakan ramai peniaga menyebabkan ramai peniaga-peniaga yang menjadi syaitan. Kalau ramai yang mengidola jangan hairanlah kalau selepas ini akan muncul lagi watak-watak peniaga penipu besar-besaran seperti ini.
Dah lah mangsa-mangsa yang ramai sampai laporan polis 200 lebih. Dah boleh dikatakan mengancam ketenteraman awam. Tindakan undang-undang perlu dikenakan bagi mengelakkan orang ramai dimangsakan dan menjadi pengajaran kepada sesiapa yang ingin memangsakan makcik-makcik kampung yang tahu apa-apa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
English Section (Mixed)
- In defence of true teaching of Islam
- What is Westworld all about? 18 ++
- Kingsman : About reducing population
- The Science of "Angels and Demons".
- A visit to the scenic Putrajaya (1).
- If God Really Exists, How About His Level Of Supremacy?
- ROHINGYA : THE BEGINNING OF GLOBAL POPULATION REDUCTION AGENDA ?
- A little girl speaks her mind about the universe and concept of God.
- Meaning In English : Malay Song Selamat Malam Rohingya
Ulasan Filem, Drama Siri
Sains dan Tadabbur Alam
- Hubungan Akal dan Jantung (Hati)
- Misteri Gerhana Bulan Darah
- Bersedia Menghadapi Impak Penemuan Saintifik Terbaru
- Discovery Channel.. fahaman sains Morgan Freeman dan umat Islam kini.
- Atom Wujud Tanpa Tempat (khusus)
- Maksud dan Makna Metafizik - Sheikh Hamza Yusuf
- Apa itu Dark Matter dan Dark Energy?
- Tiga Tahap Kesedaran - Michio Kaku
- Teori Lubang Hitam Sebagai Pintu Alam Malakut
- Rahsia Binari
- Sains Berasaskan Pemikiran Manusia & Kisah Telur Ayam
Segalanya Bisnes
- Bisnes : Cerita Rebranding Produk
- Bisnes : Budaya bisnes penuh penipuan vs ajaran Islam Gambar Hiasan Semata
- Kisah Bisnes : Strategi Blue Ocean dalam Bisnes
- Permintaan Dan Tawaran
- BISNES : HUKUM MENGGUNAKAN PERISIAN CETAK ROMPAK ATAS TUJUAN PERIBADI
- Bisnes : Zaman Globalisasi Yang Mengancam Bisnes Terkawal
- Tips bisnes : Ada kalanya, connection bukan faktor penentu.
- Kisah Bisnes : Mentaliti Yang Salah
- Kisah Bisnes : Ajaran Sesat Yang Tidak Terdaftar-daftar?
Lirik dan Makna Lagu
- Terjemahan Qasidah Khairul Bariyyah - Abdul Salam Al-Hasani
- Terjemahan Qasidah Allahu Allahu Assubhu bada
- Terjemahan Dan Makna Qasidah Allah.. Allah.. Ma Lana Maulan Siwa Allah
- Lirik dan makna nasyid Bada’na بَدَأْنَا - Nadamurni Rabbani
- Makna dan terjemahan : Nasyid Hayya Bil Jihad - Brothers
- Terjemahan Lirik Nasyid Man Ana - Brothers
- Lirik Nasyid Imad - Qalbi Yunadi (Album Munaya)
- As-Subhu Bada - Owais Qadri ( Lirik dan Terjemahan )
- Assalamualaika Ya Rasulallah - Maher Zain ( Lirik dan terjemahan )
- Terjemahan Qasidah Burdah - Mesut Kurtis
- Makna dan Lirik Lagu Deen Assalam : Sulaiman Al Mughni
- Nasyid : Araftuka ( عرفتك ) - Lirik dan Makna
- Ya Badra Tim - Melihat Makna dan Terjemahan يا بدر تم
- Ya Robbi bil Mustofa Balligh Maqosidana - Lirik dan Makna
- Terjemahan Lirik Lagu 'صلوا على خيرالانام' Sollu ala Khairil Anam
- Makna Dan Terjemahan Lagu Lau Kana Bainana Al-Habib لَوْ كَانَ بَيْنَنَا الْحَبِيْب
- Meneliti Makna dan Maksud lirik lagu Kun Anta كن انت #Kun Anta
- Makna dan Maksud Lirik Ya Hanana يَا هَنَانَا
- Meaning In English : Malay Song Selamat Malam Rohingya
- Ya Taiba - Lirik dan Makna
Sejarah, Cerita dan Hikayat
- Minister Kristian mendapat petunjuk melalui seorang kanak-kanak Islam
- Ulasan Buku - Origin (Asal-usul) : Dan Brown
- Mat Salleh ingin mencuba guru silat tapi terperanjat kerana berakhir terlentang di atas lantai
- Teori siapa Hang Tuah
- Misteri Gusti Putri Raden Ajeng Retno Dumilah
- Sejarah kopi dan jenis-jenis kopi
- Banduan Teragung Indonesia.. Gayus Tambunan.
- Cerita sains fiksyen : Satu makhluk yang tiada..
- Kisah Gambar Yang Dipertuan Agung pada duit kertas negara Malaysia.
- Kisah-kisah mistik Shamsiah Fakeh
- Indonesia rindu kesultanan, bangsamoro berperang tegakkan kesultanan, ada rakyat Malaysia nak buang Sultan?
- Pandangan Pak Long tentang ceramah Puan Zaharah Sulaiman
- Kisah Ahmad Ibnu Fadlan Bertemu Orang-Orang Viking
No comments:
Post a Comment