Gambar Wiki |
1. Skrin nak luas.
2. Storan GB nak besar.
3. RAM nak tinggi.
4. Ada kad game yang powerful supaya dapat gerakkan enjin game yang up to date.
Padahal dia orang ni dah bekerja dan beranak pinak. Entah bila masa pula dia orang ni main game.
Sebenarnya itulah mind set yang telah terbentuk dalam kebanyakan orang kita generasi baru ini apabila membeli sebuah laptop. Ramai yang tidak sedar-sedar akhirnya pilihan laptop yang dibeli tidak praktikal dan akhirnya menjadi alat mainan anak-anak untuk bermain game.
Sedangkan tujuan asal membeli laptop untuk menambah keberkesanan dan produktiviti telah hanyut di laut dalam.
Sebenarnya, hari tu aku tengah buat keje dengan Macbook aku ni ada lah minah ni tanya kan pasal Macbook aku ni. Aku bukan nak berbangga atau apa, lagi pun Macbook ni dah lama dah. Dah pupus dah pun.
Aku cakap Macbook Air versi 11 inci macam ni dah takde dah. Yang Apple keluarkan sekarang adalah Macbook. Macbook tanpa perkataan Air tu. Dia memang ada kelebihanlah. Skrin monitor lebih luas walaupun sama 11 inci. Dan beberapa specs lagi yang lebih power.
TAPI dia ada kelemahan yang ketara buat alam Melayu se-Jawa Nusantara ni. USB port dia dah pupus. Pengguna kena beli alat khas harga nak dekat RM300 untuk guna pendrive USB. Bagi aku tak praktikallah. Lainlah kalau operasi syarikat orang tu memang tak pakai pendrive USB.
Apalah nama device ni. Untuk cucuk USB Thum / Pendrive pada Macbook baru yang tak ada port USB. |
Macbook yang menggantikan Macbook Air 11 inci. Ni lah yang dah takde USB Port. |
Kelihatan sebuah Macbook Air 11 inci yang tidak dikenalpasti siapa punya sedang bersembunyi di sebalik kertas A4 dengan efektif sekali. |
Macbook Air yang 11 inci ni akhir sekali aku tengok adalah Lazada jual haritu. Baru dalam kotak, ada la dalam 6 biji. Harga bawah 4k. Tapi yang tu masih guna 4GB ram. Sebenarnya Macbook 4GB ram ni masih berfungsi macam 5 - 6 tahun dulu masa mula beli. Masih efisien. Itulah kelebihan Apple ni.
Tapi yang dekat Lazada ni dah habis dah. Tak tau lah kalau ada yang nak jual stok yang dia simpan.
Satu lagi kenangan aku ialah seorang member ni yang tak pernah sentuh Macbook apa jenis pun. Yang dia faham zaman ni semua pegi tujah skrin monitor. Bila dia tengok Macbook aku ni dia pelik. Siap tujah skrin monitor lagi.
Tapi itulah, pilihan masing-masing sebab duit poket masing-masing. Ada kompeni nak belikan tu pakai sajalah kan.
Ini sajalah tribute aku untuk Macbook tahun ni. Alhamdulillah setelah bertahun-tahun masih berfungsi macam mula-mula beli. Kalau ada masalah pun yang kecik saja. Maklumlah benda ni makhluk je pun.
No comments:
Post a Comment