Sunday 31 August 2014

Respon kepada Helen Ang oleh Pak Long@incikposmen

Satu artikel berkenaan nama Persekutuan Tanah Melayu digarap oleh Helen Ang, seorang blogger yang aktif bercerita tentang kenegaraan, patriotism dan isu-isu semasa, politik dan sosial.

Apa yang menariknya bagi Pak Long ialah pertanyaan yang dilontarkan oleh Helen Ang. 


Malays gave up country name ‘Tanah Melayu’ in 1963, any regrets?

Saturday 30 August 2014

TERBANG, A Malaysian story - #flyinghigh MERDEKA oleh Malaysia Airline System (MAS)


Konsep video Merdeka oleh MAS ini diketengahkan ketika MAS sedang menghadapi perit getir cabaran akibat nahas udara MH 370 dan MH 17. 

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-57 - DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA.


Dikatakan orang, untuk mencapai kemerdekaan itu lebih mudah daripada mengisi ruang kemerdekaan itu sendiri. Merdeka bermakna negara tidak lagi dijajah oleh sebuah negara yang lain. Merdeka bererti kita bebas memilih dan membuat sesuatu berdasarkan pilihan kita itu.

Serangan terhadap MAS, penafian MasterChef dari Ipoh!!

Ping Coombes, MasterChef UK 2014

Friday 29 August 2014

Teknik menarik ambil gambar guna handpone!

Sempena cuti panjang Merdeka ni sure ada antara korang semua yang akan pergi jalan-jalan dan melancong. Tak kurang jugak yang akan hadir ke Dataran Merdeka untuk lihat perarakan.

Mesti korang tak terlepas dari nak snap gambar melalui handphone korang kan.....

Kat sini admin nak share beberapa cara menarik dan baru teknik mengambil gambar melalui handphone dari COOP. He he he he mesti lepas ni penuh FB dan IG korang dengan gambar2 kreatif cuti hari Merdeka!

Selamat mencuba !

Laporan - Shopping Mall Berhantu


Bayangkan, inilah satu tempat idaman para pengkaji paranormal. Sebabnya anda tak susah-susah dah nak pergi dalam hutan, belukar, kuburan lama atau rumah banglo kena tinggal. Anda hanya perlu pergi ke shopping mall yang cukup selesa untuk mencari dan menangkap gambar-gambar hantu.


Thursday 28 August 2014

Kita Keluarga pulak ?

Semalam admin ada share iklan Merdeka dari Maxis bertajuk It’s ok. We’re family.
Hari ni pulak admin nak share iklan Merdeka dari Digi dengan tajuk We are Family..

Kedua iklan ini mempunyai maksud yang hampir sama dimana ia mengingatkan kita tentang perpaduan dan kekeluargaan. Kedua iklan juga disampaikan cara yang unik dan menarik.

Walaupun kedua syarikat ini kita ketahui pesaing dalam industri telekomunikasi kitadan mungkin persamaan iklan ini akan menjadi kontroversi admin rasa tak pe la.... iklan-iklan ini akan menjadikan sambutan Merdeka kita lebih meriah... lagi pun...Kita kan' Keluarga!

Iklan Digi : We're Family


Iklan Maxis : It’s ok. We’re family

Wednesday 27 August 2014

Biadap dan kurang ajar....

Korang lihat lah sendiri gambar posting berkenaan Jihad Seks yang melibatkan rakyat Malaysia di FB Page Bolehland ni... biadap dan kurang ajar sekali kan


Boleh je admin Bolehland ni nak letak gambar lain dengan berita tersebut ...  tapi kenapa gambar ni yang mesti diletak ? Mesti ada agendakan ? Siap usaha lagi guna photoshop.

Tanggal 31 #Merdeka57

Rasanya admin tak perlu cerita siapa tu Elizabeth Tan. Umum tahu kelunakkan suaranya melalui cover version lagu-lagu yang beliau upload di YouTubenya.

Terkini beliau membuat cover lagu Tanggal 31 nyanyian asal Allahyarham Sudirman.

Korang dah dengar ke belum? Kalau tak cuba korang dengar lagu ni yang diberi nafas baru oleh Elizabeth Tan. Admin rasa sangat fresh dan santai.

Keep up the good work Elizabeth!


Cerita Rebranding Produk

Yang aku faham rebranding ni nak jadikan satu benda tu ada nilai-nilai brand. Kenapa nak ada nilai-nilai brand?

Tuesday 26 August 2014

ASTRO buka semua saluran 29/8-1/9 sebagai tanda maaf...

Sabagai tanda maaf gangguan perkhidmatan yang berlaku pada pukul 6 petang, 24 Ogos 2014, yang telah menjejaskan siaran 78 saluran termasuk sistem telefon pusat panggilan ASTRO, ASTRO akan membuka semua saluran mereka (kecuali perkhidmatan Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports) di sepanjang hujung minggu ini iaitu dari Jumaat 29 Ogos, 6.00 petang sehingga Isnin 1 September 2014, 12.00 tengah malam.

Sejarah Bendera Malaysia #merdeka57


Pada 29 November 1949, Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis Perundangan Persekutuan telah mengadakan pertandingan peringkat kebangsaan untuk memilih reka bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk. Dalam pertandingan tersebut, ciptaan Encik Mohamad bin Hamzah (arkitek kerajaan Johor) dipilih sebagai pemenang.

Walau bagaimanapun reka bentuk bendera tersebut telah dibuat beberapa pindaan dan telah diperkenankan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara. Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950.

Tak mengapa.. Kita kan keluarga

Cuba korang tengok iklan Merdeka ni...simple tapi mendalam maksudnya...
Betul lah ungkapan iklan ini...keluarga kita adalah lebih besar dari kita sangkakan...
Tahniah Maxis !

Urang putih cakap nogori.


Fasih botul mat saleh ni cakap nogori. Tak ado macam mat saleh pun.
Kalau camnilah punya cakap, kalau dia telepon aku nescaya aku tak tau pun dia ni mat saleh. 
Ontah ujang mano nelipun den.
(Baca transkrip percakapan mereka di bawah)

Monday 25 August 2014

Kajian terkini! Agensi perlancongan US masih beranggap Malaysia destinasi menarik selepas MH 370 dan MH 17.

1) Agensi-agensi perlancongan Amerika Syarikat masih lagi menganggap Malaysia sebagai negara yang menarik untuk dilawati walaupun selepas kejadian MH 370 dan MH 17. Ini adalah berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh Tourism Malaysia yang mempunyai pejabat di New York.

Bulan Kemerdekaan Ke-57 : Terukkah kehidupan di Malaysia?

Benci kehidupan di Malaysia?

Disini mungkin kita dapat mendengar sendiri pandangan daripada seorang warganegara Kanada / ekspatriat yang mengikut suaminya yang bekerja di Malaysia.


Hadiah Nobel dimenangi oleh anak Melayu?

Admin nak jelaskan disini terdapat sedikit kekeliruan dimana di media sosial banyak disebar luaskan tentang Hadiah Nobel 2013 di menangi oleh seorang anak Melayu.

Sebenarnya Hadiah Nobel 2013 dianugerahkan kepada Organisation for the Prohibition of Chemical Weapons (OPCW) melalui usahanya membanteras senjata kimia.

Sekretariat OPCW ini adalah berpusat di The Hauge Belanda.

Namun begitu untuk makluman semua,  terdapat rakyat Malaysia bekerja dengan OPCW  dan admin rasa kredit perlu diberikan oleh anak Malaysia kita yang bersama OPCW memenangi anugerah ini.

Tahniah!

Sunday 24 August 2014

Bulan Kemerdekaan ke-57 : Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Banggakah kita menjadi rakyat Malaysia? Adakah kita menyedari liku sejarah bangsa dan negara. Asal usul negara Malaysia yang merdeka ini? 


Siapakah mereka yang menangkapku?


Aku berasa hairan. Sekali aku keluar  ke bandar, 
ada sahaja benda baru aku belajar.
Siapakah mereka yang menangkapku?

Saturday 23 August 2014

Satu Contoh Semangat Merdeka oleh Seorang Uncle Cina.



Bulan ini adalah bulan kemerdekaan. Namun demikian, unsur-unsur patriotik ini dilihat tidak dimanifestasikan secara bersungguhnya oleh sebilangan rakyat. Banyak faktor mempengaruhi mood ataupun fikiran massa bagi isu-isu tertentu. Fitnah dan propaganda yang tidak bertanggungjawab yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu juga berjaya sedikit sebanyak menghakis perasaan bangga terhadap negara. Sedangkan negara telah mencapai satu tahap yang tidak dicapai oleh mana-mana negara Islam yang lain.

Generasiku!

Admin terpanggil nak share video ni... walaupun video ni dah lama tapi admin rasa video ni mengimbau kenangan masa dulu... cuba korang tgk sampai habis video ni... kalau korang tersengih-sengih masa tengok sah la korang melalui benda yang sama semasa membesar.

Friday 22 August 2014

Thursday 21 August 2014

Kuasa rakyat?

Sekiranya kuasa rakyat itu boleh dimanipulasikan pihak tertentu, 
maka siapakah yang menjadi "check  and balance"nya?


Bekas CIA menceritakan teknik untuk menumbangkan 
sesebuah kerajaan melalui pergerakan demokrasi.


Cerita di sebalik Ice Bucket Challange...



YB KJ pun dah siram dirinya dengan ais... Anyway korang pernah terpikir tak apesal orang duk sibuk upload gambar / video disiram atau kena disiram dengan ais ??? Trend ke ??? Korang tak nak try ???

Siraman ais atau lebih dikenali sebagai ALS Ice Bucket Challenge adalah merupakan kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Amyotrophic lateral sclerosis (ALS) di mana peserta harus menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuhnya lalu mencalonkan 3 orang yang lain untuk melakukan perkara yang sama. Jika tidak dapat melakukannya, mereka harus menyumbangkan $100 ke yayasan ALS. Ia bertujuan untuk mengutip derma bagi membiayai pusat penyelidikan & mencari penawar utk penyakit ALS ni.

Tujuan menyimbah ais ke tubuh seseorang adalah kerana kesan yang kita rasai apabila sebaldi air berisi ais disimbah ke tubuh kita adalah sama dengan apa yang dirasai oleh pengidap penyakit ALS ini. ALS adalah sejenis penyakit yg mengganggu urat saraf di dalam otak dan saraf tunjang. Gangguan saraf ini kemudiannya akan menjadikan pesakit itu lumpuh dan akhirnya meninggal dunia

Wednesday 20 August 2014

Lahad Datu : PDRM pintas komunikasi antara 8 orang dengan "Raja Muda Aghimudin".

KOTA KINABALU 19 Ogos - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, enam anggota polis yang terbunuh dalam serangan hendap di Semporna pada 2 Mac tahun lalu ditemui dalam keadaan mengerikan.

Pegawai Penyiasat, Inspektor Jamirin Kintai, antara anggota pasukan yang bertanggungjawab mengeluarkan mayat anggota polis berkenaan dari Kampung Simunul, Semporna pada 6.45 petang pada 3 Mac tahun lalu berkata, dua daripada mangsa telah dipenggal dan dicacatkan.

Tuesday 19 August 2014

Harga sebuah integriti...

SHAH ALAM, 19 OGOS: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta maaf kepada rakyat Selangor kerana terpaksa berdepan tempias krisis jawatan Menteri Besar Syang kini hangat diperkatakan baik di kalangan pemimpin juga media.

Abdul Khalid dalam nada tenang membuat ucapan maaf berkenaan di hadapan lebih 100 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, hari ini.

Monday 18 August 2014

Tempat selfie paling strategik di KLCC @ Petronas Twin Tower

Anda ingin merakam aksi selfie di Menara Berkembar Petronas. Dengan gaya selfie tersebut anda ingin dilihat berlatarbelakangkan KLCC. Inilah caranya.


Sunday 17 August 2014

Malaysia di senarai ke-6 negara paling mesra perniagaan 2014


Sejarah kopi dan jenis-jenis kopi



Sejarah kopi

Dalam buku The Coffee Book, ditulis bahawa biji kopi pertama kalinya digunakan oleh orang-orang Afrika zaman dahulukala. Namun demikian penggunaannya bukanlah untuk minuman tetapi sebagai makanan atau yang lebih tepat sebagai suplemen. Biji kopi diadun bersama buah berry serta dicampurkan dengan lemak haiwan. Mereka mengambil suplemen ini sebelum pergi berperang dan ianya menimbulkan rasa yang hebat maka pahlawan-pahlawan afrika ini semakin bersemangat untuk menewaskan musuh.

Friday 15 August 2014

A visit to the scenic Putrajaya (1).




Putrajaya is the administration centre for Malaysia.
Let us see the beauty of the modern city.


The Prime Minister Office and Putra mosque.

Sokongan Majoriti vs Keyakinan Majoriti.


Sokongan majoriti (support of majority) adalah sokongan majoriti Adun negeri terhadap Menteri Besar negeri tersebut. Sokongan majoriti semata-mata dari jumlah Adun terhadap seseorang yang lain untuk menjadi Menteri Besar tidak menyebabkan MB itu terpecat ataupun tidak menjadi Menteri Besar.

Wednesday 13 August 2014

Tiada Apa Yang Mustahil.....


Kajian terkini 2014, kesan produk Diabegard ke atas pesakit Diabetes

Insulin tumbuhan

Kajian klinikal telah dilakukan menggunapakai produk untuk Diabetes yang telah sedia ada di pasaran negara iaitu Diabegard. Produk Diabegard adalah dalam bentuk pil. 

Diabegard adalah satu produk berasaskan peria yang terkenal dengan unsurnya (Polypeptide-K) yang mempunyai manfaat untuk menurukan kadar gula dalam darah. Kaedah ekstrak unsur ini daripada peria telah ditemui oleh Dr Pushpa Khanna daripada India berdasarkan hasil kajian beliau selama 35 tahun. Dr Pushpa Khanna telah menerima hadiah Nobel dari hasil kajian beliau tersebut.



Dr Asyraf Wajdi adalah Saksi Pakar dalam kes mahkamah Bank Islam vs Tan Sri Khalid.

ISU BANK ISLAM DENGAN TAN SRI KHALID TIADA KAITAN UMNO

Dakwaan Rafizi Ramli yg menuduh berlakunya penyelewengan Tan Sri Khalid dalam kesnya dengan Bank Islam adalah satu fitnah besar apatah lagi berniat jahat dengan mengaitkannya dengan UMNO. 


Kes Bank Islam vs Tan Sri Khalid amat dekat dengan saya kerana keterlibatan saya secara aktif dalam industri kewangan Islam. Saya sendiri pernah ditawarkan menjadi saksi pakar bagi pihak Bank Islam pada tahun 2009 sebelum Akta Bank Negara 2009 dipinda yg memberi kuasa kepada Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara selaku badan tertinggi dan pemutus dalam hal ehwah Syariah yang menyentuh institusi2 kewangan termasuk perbankan dan takaful. Di bawah Akta ini, pandangan pakar luar tidak lagi diperlukan kerana Mahkamah harus terus merujuk kepada MPS Bank Negara. 

Tuesday 12 August 2014

Petronas vs Pertamina


Karen Agusetiawan, CEO Pertamina (Syarikat Gas milik Indonesia) yang dilantik dalam tahun 2009, dan kemudiannya dlantik semula untuk penggal kedua bagi tempoh lima tahun dalam tahun 2013, telah berjaya memacu syarikat tersebut sehingga tersenarai dalam Fortune 500 di tempat ke 122 buat kali pertamanya untuk tahun 2013.

Kisah Gambar Yang Dipertuan Agung pada duit kertas negara Malaysia.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...