Saturday 30 August 2014

Serangan terhadap MAS, penafian MasterChef dari Ipoh!!

Ping Coombes, MasterChef UK 2014

Menurut beliau, memang sudah jadi kebiasaan keluarga yang mempunyai anak-anak kecil akan diminta naik dahulu ke dalam pesawat. Sebab itulah mereka naik dahulu pesawat dan gambar diambil ketika mereka duduk sebelum kedatangan penumpang-penumpang yang lain.

Menurut beliau lagi, pesawat yang dinaiki beliau sebenarnya hampir penuh. Beliau juga menyatakan kesedihan atas perbuatan pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab men-spin gambar beliau bagi menunjukkan pesawat MAS tersebuthampir tiada penumpang. 

Beliau berpandangan sepatutnya kita menunjukkan sokongan dan rasa kasihan kita kepada MAS yang sedang mengalami waktu-waktu sukar.





Ini adalah sebahagian daripada usaha pihak-pihak tertentu untuk memburukkan MAS. Dilihat usaha ini seolah-olah terancang bagi menjatuhkan syarikat penerbangan nasional Malaysia itu.

Dakwaan wanita dicabul dalam penerbangan MAS oleh pramugara.

Baru-baru ini juga seorang wanita Australia telah mendakwa beliau telah mengalami serangan seksual dilakukan oleh seorang pramugara MAS semasa di dalam penerbangan. 


Dakwaan-dakwaan beliau adalah sangat tidak masuk akal itu kemudiannya disiarkan oleh TV di Australia. Ramai yang berpandangan ianya adalah tidak munasabah melihat dakwaan itu diada-adakan.


Antara pandangan netizens yang menganggap dakwaan itu tidak munasabah.
Selepas kejadian MH 370 yang penuh misteri dan kejadian MH17 yang kontroversi, dilihat wujudnya perancangan oleh media massa tertentu di peringkat antarabangsa dengan mengambil peluang untuk menjatuhkan imej syarikat penerbangan nasional ini. Persoalannya sekiranya usaha-usaha benar untuk menjatuhkan MAS, apakah motif mereka? 

Sumber Malaysianinsider di sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...