Sunday 31 August 2014

Respon kepada Helen Ang oleh Pak Long@incikposmen

Satu artikel berkenaan nama Persekutuan Tanah Melayu digarap oleh Helen Ang, seorang blogger yang aktif bercerita tentang kenegaraan, patriotism dan isu-isu semasa, politik dan sosial.

Apa yang menariknya bagi Pak Long ialah pertanyaan yang dilontarkan oleh Helen Ang. 


Malays gave up country name ‘Tanah Melayu’ in 1963, any regrets?

Setelah artikel tersebut telah membuktikan bahawa pengisthtiharan merdeka menggunapakai nama "Persekutuan Tanah Melayu", pertanyaan di atas dilihat agak mengelirukan pembaca terutamanya orang-orang Melayu.

Ini kerana pertanyaan itu boleh memberikan kefahaman bahawa orang-orang Melayu sudah tidak menganggap Malaysia sebagai Tanah Melayu.

Dalam suasana politik yang berkecamuk sekarang ini dimana pihak tertentu dengan agenda politik mereka mempertikaikan Malaysia bukanlah Tanah Melayu, malah sehingga mendakwa bangsa Melayu sebenarnya tidak wujud, persoalan seperti ini adalah penting untuk dimuktamadkan. Ianya penting bagi tujuan kestabilan negara dari segi politik dan ekonomi.

Berikut adalah paste berkenaan pemasyhuran kemerdekaan daripada artikel tersebut;

Pemasyhuran kemerdekaan

Dengan nama Allah yang Maha Murah [Pemurah] lagi Mengasihani. Segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.
Bahawasanya oleh kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa di seluruh dunia.
Dan bahawasanya oleh kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat di antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu JohorPahangNegeri SembilanSelangorKedahPerlisKelantan,Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.
Dan bahawasanya oleh kerana telah bersetuju pula di antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.
Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula di antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala perjanjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada Baginda-Baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa-kuat kuasa dan hak-hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun ParlimenNegeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat yang tersebut itu ataupun yang berhubung dengannya atau Negeri-Negeri Melayu ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhnya adalah tamat dengan sendirinya.
Dan bahawasanya oleh kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya. [...]
Pak Long telah membuat maklumbalas terhadap artikel beliau dengan memberikan pandangan Pak Long terhadap pertanyaan Helen Ang. Ini adalah reply Pak Long dalam comments pada artikel Heleng Ang itu.
"My humble opinion on the topic of any regret? It can be equivalent to a car. A proton car. Let us take that exora car. The name is exora and its characteristic is an 1.6 mpv.
If let says Proton wants to sell it in Africa, but the name Exora is not good enough for the market and it has to change for another name. Let say Esora. Does the change of name means the automatic change of the character of the MPV?
No, it does not. It is still the Exora, the 1.6 MPV. I cannot be in Africa and saying that this is not Exora the same that I ride in Malaysia. 
The same goes to Persekutuan Tanah Melayu, does the name Malay-sia change the characteristic of the mentioned Persekutuan Tanah Melayu? For me it is just the modernised version of the previously named Tanah Melayu. Any regret? No, so long I know the name does not change the original attributes of the land.
"
Artikel penuh Helen Ang tersebut boleh dibaca disini.

Pak Long ialah salah seorang author incikposmen.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...