Bulan ini adalah bulan kemerdekaan. Namun demikian, unsur-unsur patriotik ini dilihat tidak dimanifestasikan secara bersungguhnya oleh sebilangan rakyat. Banyak faktor mempengaruhi mood ataupun fikiran massa bagi isu-isu tertentu. Fitnah dan propaganda yang tidak bertanggungjawab yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu juga berjaya sedikit sebanyak menghakis perasaan bangga terhadap negara. Sedangkan negara telah mencapai satu tahap yang tidak dicapai oleh mana-mana negara Islam yang lain.
Dalam menzahirkan semangat patriotik itulah, uncle yang berbangsa cina ini membuat inisiatif untuk membuka dua speaker berdiri seperti di gambar serta mengumandangkan lagu-lagu patriotik dan bertemakan kenegaraan untuk didengari oleh mereka yang lalu-lalang di sekitarnya.
Maka berkumandanglah lagu-lagu seperti Keranamu Malaysia, Tanah Pusaka, Jalur Gemilang, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dan lain-lain yang dinyanyikan semula oleh penyanyi-penyanyi popular negara masakini. Dengan penuh harapan bahawa lagu-lagu ni dapat mengaktifkan kembali memori indah serta semangat patriotik yang semakin hilang di kalangan rakyat Malaysia.
Usaha uncle ini yang patut menerima pujian dan incikposmen.blogspot.com menghargainya dalam posting kali ini.
No comments:
Post a Comment