Friday, 15 August 2014

Sokongan Majoriti vs Keyakinan Majoriti.


Sokongan majoriti (support of majority) adalah sokongan majoriti Adun negeri terhadap Menteri Besar negeri tersebut. Sokongan majoriti semata-mata dari jumlah Adun terhadap seseorang yang lain untuk menjadi Menteri Besar tidak menyebabkan MB itu terpecat ataupun tidak menjadi Menteri Besar.

Sokongan majoriti perlulah diterjemahkan kepada undi dalam Dewan Undangan Negeri menunjukkan sekurang-kurangnya simple majoriti dari jumlah Adun sudah tidak yakin kepada MB yang menyandang jawatan. Undian ini menunjukkan MB tersebut kehilangan keyakinan majoriti (confidence of majority). 

Seseorang MB yang telah diundi dalam DUN dan menunjukkan beliau kehilangan keyakinan majoriti Ahli DUN, HENDAKLAH meletakkan jawatan sebagai Exco kerajaan negeri, dalam erti kata lain beliau juga meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Oleh itu, hilangnya keyakinan majoriti ini perlu dibuktikan melalui Dewan Undangan Negeri.

Sementara itu, hilangnya sokongan majoriti boleh dibuktikan melalui akuan sumpah setiap Adun yang terlibat sekiranya tiada sesi DUN. Namun demikian, ianya tidak cukup untuk memaksa MB untuk meletak jawatan berdasarkan Undang-undang tubuh negeri. 

Akan tetapi, seorang MB itu memegang jawatan atas kehendak Sultan. Berdasarkan kes MB PAS Perak yang lepas, sekiranya Sultan bersetuju MB tersebut tidak lagi mendapat sokongan majoriti, baginda boleh berkenan untuk pertukaran Menteri Besar.

Oleh itu, untuk menukar MB tanpa adanya sidang DUN ialah melalui pembuktian sokongan majoriti + perkenan Sultan. Jika tidak, kena tunggu sidang DUN.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...