Thursday, 21 August 2014

Cerita di sebalik Ice Bucket Challange...



YB KJ pun dah siram dirinya dengan ais... Anyway korang pernah terpikir tak apesal orang duk sibuk upload gambar / video disiram atau kena disiram dengan ais ??? Trend ke ??? Korang tak nak try ???

Siraman ais atau lebih dikenali sebagai ALS Ice Bucket Challenge adalah merupakan kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Amyotrophic lateral sclerosis (ALS) di mana peserta harus menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuhnya lalu mencalonkan 3 orang yang lain untuk melakukan perkara yang sama. Jika tidak dapat melakukannya, mereka harus menyumbangkan $100 ke yayasan ALS. Ia bertujuan untuk mengutip derma bagi membiayai pusat penyelidikan & mencari penawar utk penyakit ALS ni.

Tujuan menyimbah ais ke tubuh seseorang adalah kerana kesan yang kita rasai apabila sebaldi air berisi ais disimbah ke tubuh kita adalah sama dengan apa yang dirasai oleh pengidap penyakit ALS ini. ALS adalah sejenis penyakit yg mengganggu urat saraf di dalam otak dan saraf tunjang. Gangguan saraf ini kemudiannya akan menjadikan pesakit itu lumpuh dan akhirnya meninggal dunia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...