Saturday 30 August 2014

TERBANG, A Malaysian story - #flyinghigh MERDEKA oleh Malaysia Airline System (MAS)


Konsep video Merdeka oleh MAS ini diketengahkan ketika MAS sedang menghadapi perit getir cabaran akibat nahas udara MH 370 dan MH 17. 

Secara ringkasnya ianya mengisahkan seorang pelajar lelaki Melayu yang diminta bercerita di dalam kelas oleh cikgunya. Pelajar lelaki tersebut bercerita mengenai keluarga beliau dan bagaimana beliau mempelajari cara-cara membuat wau bulan daripada datuknya yang berasal daripada pantai timur. Dalam proses untuk pembuatan wau tersebut datuknya memerlukan bahan-bahan asas yang diperlukan antaranya kanji dan buluh.

Mesej yang ingin disampaikan ialah walaupun kita mempunyai kelemahan sendiri itu tidak menjadi alasan untuk tidak terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang kita impikan.

Video ini sedikit sebanyak menunjukkan hasrat MAS untuk meneruskan perjuangannya sebagai sebuah national carrier walaupun sekarang menghadapi kesusahan yang amat sangat akibat kejadian tidak diingini tersebut. Ianya juga secara tidak langsung menyeru semua pihak bersatu dan tolong menolong dalam masa kesusahan ini. Sekiranya begitu sudah tentu MAS mempunyai peluang cerah bagi keluar daripada zaman susah kepada satu tahap yang gilang gemilang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...