Saturday 26 October 2019

Terjemahan Lirik Qasidah Burdah : Mesut Kurtis




Qasidah Burdah yang diambil dari karangan Imam Busiri. Yang juga mengandungi doa jenis tawasul. Disampaikan oleh Mesut Kurtis. 

Melalui qasidah atau lagu seperti ini yang dikarang atau diambil dari karangan ulama dan para arifin yang kenal dan faham sifat-sifat Nabi SAW, kita juga dapat manfaat dari memahami maksud yang disampaikan. 

Dengan mengenali Nabi SAW, kita dapat memahami apa itu hakikat akhlak yang mulia. Kerana Nabi SAW itu adalah tingkat tertinggi makhluk Allah yang menzahirkan kepada kita perihal sifat kehambaan yang sebenar. Dengan menzahirkan sifat kehambaan yang sebenar maka itulah sifat keinsanan atau kemanusiaan yang hakiki. 

Bukanlah seperti konsep yang dijajakan pihak tertentu seperti humanism dan sebagainya. Yang bersembunyi di sebalik konsep dan sebenarnya adalah membesarkan keakuan atau ego masing-masing.





مَوْلَيَ  صَلِّى وَ سَلِّمْ دَائِمًا أَبَدًا

(Berdoa) Wahai Tuhanku, berselawat dan
berikanlah salam sentiasa selamanya

ِعَلَى حَبِيْبِكَ خَيْرِ الْخَلْقِ كُلِّهِم

Ke atas kekasih-Mu, 
sebaik-baik makhluk diciptakan 
(dari) kesemua mereka

2x
---


ِمُحَمَّدٌ سَيِّدُ الْكَوْنَيْنِ وَ الثَّقَلَيْن

Muhammad (SAW), 
ketua (kepada) dua penciptaan dan 
dua yang dipertanggungjawabkan 
(Manusia dan Jin) 
(2x)

ٍوَ الْفَرِيْقَيْنِ مِنْ عُرْبٍ وَ مِنْ عَجَم

Dan ketua kepada dua golongan,
dari orang Arab dan dari yang bukan Arab
---


مَوْلَيَ  صَلِّى وَ سَلِّمْ دَائِمًا أَبَدًا

(Berdoa) Wahai Tuhanku, berselawat dan
berikanlah salam sentiasa selamanya

ِعَلَى حَبِيْبِكَ خَيْرِ الْخَلْقِ كُلِّهِم

Ke atas kekasih-Mu, 
sebaik-baik makhluk diciptakan 
(dari) kesemua mereka

---


ُهُوَ الْحَبِيْبُ الَّذِيْ تُرْجَى شَفَاعَتُه

Dia (Nabi SAW) sang kekasih yang
diharapkan syafaatnya

(2x)

ِلِكُلِّ هَوْلٍ مِّنَ الْأَهْوَالِ  الْمُقْتَحَم

Dari setiap perkara yang ditakuti 
dari perkara-perkara (ketakutan) yang melanda

---


مَوْلَيَ صَلِّيْ وَ سَلِّمْ دَائِمًا أَبَدًا

(Berdoa) Wahai Tuhanku, berselawat dan
berikanlah salam sentiasa selamanya


ِعَلَى حَبِيْبِكَ خَيْرِ الْخَلْقِ كُلِّهِم

Ke atas kekasih-Mu, 
sebaik-baik makhluk diciptakan 
(dari) kesemua mereka

---

 ْمَوْلَيَ  صَلَّي

Wahai Tuhanku, berselawatlah

دَائِمًا أَبَدًا

Sentiasa selamanya

عَلَى حَبِيْبِكْ

Ke atas kekasih-Mu

ِخَيْرِ خَلْقِ اللهِ كُلِّهِم


Sebaik-baik makhluk Allah 
(dari) kesemua mereka

***

مَوْلَيَ  صَلِّى وَ سَلِّمْ دَائِمًا أَبَدًا

(Berdoa) Wahai Tuhanku, berselawat dan
berikanlah salam sentiasa selamanya

ِعَلَى حَبِيْبِكَ خَيْرِ الْخَلْقِ كُلِّهِم

Ke atas kekasih-Mu, 
sebaik-baik makhluk diciptakan 
(dari) kesemua mereka
---

ٍثُمَّ الرِّضَى عَنْ أَبِى بَكْرٍ وَ عَنْ عُمَر

(Berdoa) Kemudian keredhaan 
akan Abu Bakar dan akan Umar
(2x)

ِوَ عَنْ عَلِيٍّ وَ عَنْ عُثْمَانَ ذِيْ الْكَرَم

Dan akan Ali dan akan Uthman,
yang mendapat anugerah kemuliaan

---

مَوْلَيَ  صَلِّى وَ سَلِّمْ دَائِمًا أَبَدًا

(Berdoa) Wahai Tuhanku, berselawat dan
berikanlah salam sentiasa selamanya

ِعَلَى حَبِيْبِكَ خَيْرِ الْخَلْقِ كُلِّهِم

Ke atas kekasih-Mu, 
sebaik-baik makhluk diciptakan 
(dari) kesemua mereka

---


يَا رَبِّيْ بِالْمُصْطَفَى بَلَّغْ مَقَاصِدَنَا

(Doa tawasul) Wahai Tuhanku, 
dengan (kemuliaan) sang terpilih (Nabi SAW),
sampaikanlah maksud hajat kami

ِوَ اغْفِرْ لَنَا مَا مَضَى يَا وَاسِعَ الْكَرَم

Dan ampuni bagi kami
 apa jua (dosa) yang telah lepas,
Wahai Yang Maha Luas Kurniaan

***

مَوْلَيَ  صَلِّى وَ سَلِّمْ دَائِمًا أَبَدًا
(Berdoa) Wahai Tuhanku, berselawat dan
berikanlah salam sentiasa selamanya

ِعَلَى حَبِيْبِكَ خَيْرِ الْخَلْقِ كُلِّهِم

Ke atas kekasih-Mu, 
sebaik-baik makhluk diciptakan 
(dari) kesemua mereka



..TAmmAT..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...