![]() |
| Mustahil, Mungkin dan Wajib |
Ini adalah sambungan dari sini.
Setelah insan yang diciptakan itu wujud dan menyedari 00, 01, 10 dan 11 kemudian ia menyedari dirinya di dalam dimensi yang merupakan ruang dan waktu.
Ada pun ruang itu diertikan mengikut bentuk insan itu sendiri. Kepala (Atas), kaki (Bawah), tangan kanan (Kanan), tangan tiri (Kiri), muka (hadapan), punggung dan bahagian belakang badan (Belakang).
Ia menyedari dan mengetahui konsep 6 penjuru (Atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang).
Kerana ia sudah mengetahui 01 dan 10 yang kemudiannya membentuk kemungkinan (probability) di dalam medan akalnya, ia mengetahui sesuatu yang wujud dalam alam itu boleh jadi tiada atau ada. Ia mendapati ada dua pilihan. Simbolik tangan kanan dan kiri.
Ia mendapati dirinya sendiri diberikan kudrat untuk melakukan pilihan itu. Memilih.
Ia perlu memilih di antara dua pilihan, sesuatu yang baik atau buruk untuk dirinya.
“Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan.” - Surah al-Balad, ayat 10
Ia perlu memilih di antara dua pilihan, sesuatu yang baik atau buruk untuk dirinya. Jika pilihan itu baik, maka dirinya mendapat manfaat dan nikmat. Jika pilihan itu buruk maka dirinya mendapat mudarat dan sengsara.
Fitrah untuk memilih ini sudah ditanam sejak bayi lagi. Bayi apabila perlukan susu ia menangis sedangkan ibu-bapanya tidak pernah mengajar bayi itu jika ia perlukan menyusu hendaklah ia menangis.
Susu itu bermanfaat untuk penumbuhan bayi dan sebaliknya jika tidak diberikan susu ia boleh mendatangkan mudarat.
Ayat -
01 dan 10 = Tiada dan Ada
Pertama ia mendapati kewujudan diri dan sesuatu yang lain di dalam alam. Sama ada itu nama, zat, sifat atau perbuatan.
01 dan 10 = Betul dan Salah
Kedua ia menyedari sesuatu itu perlu dilakukan dengan betul untuk ia menjadi ada. Contohnya untuk menyalakan api memerlukan kayu mancis yang kering dan jika basah ia tidak menyalakan api.
01 dan 10 = Baik dan Buruk
Surah al-Wāqi‘ah, ayat 27
“Dan puak kiri, alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?”
Surah al-Wāqi‘ah, ayat 41
Ketiga ia kemudiannya menjadi petunjuk kompas kepada insan itu. Sifat ini adalah fitrah atau semula jadi wujud pada diri insan.
Sang ibu akan menegur anak kecilnya yang melakukan perbuatan yang salah sebagai usaha didikan kepada anaknya.
Sesiapa melakukan kejahatan yang dalam kategori jenayah maka akan didakwa dan dibicarakan di mahkamah. Sesiapa yang melanggar peraturan syarikat akan dikenakan tindakan tatatertib.
Ada dosa jika dilakukan hanya bersifat persendirian dan tidak melibatkan hukuman mahkamah atau pun tindakan tatatertib. Tetapi jika diketahui akan dikeji oleh orang dan memalukan pelakunya.
Atas fitrah ini manusia bersetuju mengenai apa itu baik dan buruk kecuali segelintir yang telah rosak fitrahnya.
“(Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).” Surah al-Balad, ayat 18
“Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri.” Surah al-Balad, ayat 18



No comments:
Post a Comment