Tetiba kan, aku terasa nak bercerita pasal sirih @ sireh. Aku pun tak tahu kenapa sirih tiba-tiba terdetik dalam fikiran aku. Mungkin sebab aku dah lama tak makan sirih. Atau pun aku terpandang pokok sirih kat luar rumah tu secara tidak sedar.
Nenek moyang orang melayu memang pemakan sireh. Kiranya sireh ini semacam snack orang melayulah zaman dulu. Zaman sekarang ni ramai yang tak pernah makan sireh. Makanya ramailah yang tak tahu macamana rasa sireh yang unik dan semacam "pedas" itu.
Ada yang makan dan luah balik sebab tak biasa dengan rasa daun ini.
Sireh ni memang banyak khasiat sebenarnya. Ada juga kajian klinikal yang menunjukkan kelebihan daun sireh ini jika diamalkan. Menurut kajian ini sireh berpotensi menstabilkan paras gula jika diamalkan. Cara pemakanannya ialah diambil selepas makan.
Selain dimakan begitu sahaja, ada juga amalan yang memakan sirih dengan diletakkan asam jawa. Rasanya juga agak menarik jika dilakukan begini.