Pengajaran berguna dapat diambil daripada bangunan asrama Maahad Tahfiz yang terbakar baru-baru ini. Apabila terbakar, pintu utama yang menjadi satu-satunya jalan keluar masuk ke dalam dan luar asrama telah terbakar. Saksi menyatakan situasi tersebut sebagai pintu telah "dipeluk api". Kesannya saksi yang cuba menyelamatkan mangsa-mangsa gagal masuk kerana api sudah marak. Tiada pintu lain yang boleh dimasuki.
Tingkap-tingkap pula semua telah bergrill dan sudah tentu sukar dibuka kecuali dengan peralatan tertentu. Ditakdirkan seramai 13 orang pelajar tahfiz telah berjaya keluar dengan menyentap grill tingkap di bilik mereka. Selebihnya gagal menyelamatkan diri kerana terperangkap dalam keadaan api yang marak secara luar biasa.
 |
Kredit : Mynewshub
Grill tingkap pasang mati |
Sebenarnya isu ini bukanlah isu bangunan maahad tahfiz semata-mata. Grill / jeriji tingkap dipasang kerana alasan keselamatan. Ini mengelakkan orang yang tidak diingini memasuki premis melalui tingkap. Dalam kata yang lain ialah mengelakkan kejadian jenayah.
Sedangkan keselamatan itu sebenarnya ada dua kategori iaitu security and safety. Biasanya security boleh merujuk kepada keselamatan daripada perlakuan jenayah individu atau harta benda. Misalnya pemasangan grill dibuat bagi mengelakkan penjenayah masuk melalui tingkap.