Saturday 25 November 2017

Mr and Mrs Punahsihat


Kerja nasihat menasihati adalah satu perbuatan yang baik dan terpuji. Kerana dengan menasihati itu dapat membetulkan jalan yang bengkok kepada lurus, daripada mudarat kepada manfaat dan daripada salah kepada betul. 

Manakala perkataan punah itu pula membawa maksud binasa. Penasihat yang tulen bukanlah punahsihat. Punahsihat ialah orang yang suka menasihati tetapi dia tidak ada ilmu dalam bidang yang dia nasihatkan itu.

Ada yang paling teruk baru hidup setahun jagung tetapi sudah ada sifat-sifat punahsihat yang pekat dalam dirinya. Dia suka mempengaruhi orang dengan kata-kata yang dianggapnya betul. Sedangkan ilmu baru setahun jagung ini jelas tidak kematangannya. 

Saturday 18 November 2017

Kisah Bisnes : Mentaliti Yang Salah

Bagi menghasilkan produk makanan yang
sedap pada lidah pelanggan,
konsistensi dalam menyediakan
 ramuan resepi adalah
penting.
Bisnes ni kan mengenai produk samada bentuk barang atau servis. End-product yang nak dilahirkan tu seharusnya mencapai kualiti yang terbaik bagi pelanggan. Dalam usaha mencapai ke situ bermacam-macamlah teknik dan kaedah yang digunakan untuk memperbaiki mutu penyampaian atau pun servis.

Bagi memperbaiki servis, ada yang menggunakan kaedah problem-solution dari bermacam-macam pendekatan. Jadi banyaklah laboratory yang dilaksanakan bagi berbincang, memikirkan dan keluar dengan jalan penyelesaian yang jitu. 

Ada kalanya hasil daripada kaedah mencari penyelesaian ini adalah dengan mewujudkan "guidelines". Guidelines atau garis panduan inilah yang memandu tindak-tanduk pekerja supaya dapat meminimumkan kerosakan atau kesilapan dan memaksiumkan hasil yang mendatangkan produk atau servis lebih berkualiti. 

Thursday 9 November 2017

Siapakah Ekstrimis?


Perkataan Mat Saleh "ekstreme" ni digunapakai dalam bahasa Melayu kalau terjemah jadilah "melampau". 

Sebab penggunaannya sangat umum dan boleh dipakai untuk banyak konteks makanya pihak-pihak tertentu akan menggunakan untuk kepentingan pihaknya. 

Termasuklah pihak incikposmen sendiri, kerana apa yang dianggap betul oleh satu pihak tu sudah tentulah dipertahankan dan mereka berasa di pihak yang benar. 

Contohnya kumpulan ahli Parlimen India dari DAP dan PKR yang menyerang Dr Zakir Naik sudah tentu berhujah dengan mendakwa Dr Zakir Naik itu adalah pengganas dan seorang yang suka mengkritik agama-agama orang lain. Ini dinafikan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri di dalam perbahasan parlimen itu.

Dalam konteks Dr Zakir Naik, perkataan ekstrimis itu dikaitkan dengan terrorist atau pengganas.

Monday 6 November 2017

Kes Jenayah Terhadap Penuntut Universiti Tempatan


Melalui satu periwayatan yang dianggap kuat, ada maklumat mengenai kejadian jenayah telah berlaku di salah sebuah universiti tempatan. Tetapi malangnya pengurusan universiti memilih untuk tidak melaporkan kejadian tersebut atas sebab-sebab tersendiri.

Sebelum ini sudah ada desas-desus serta bukti yang menunjukkan keadaan kawalan keselamatan di kolej kediaman pelajar di universiti terbabit adalah lemah. Malah menjadi tandatanya kepada pelawat-pelawat yang sentiasa memasuki universiti berkenaan. Perkhabaran yang didapati melalui pelajar-pelajar pula mereka sentiasa tidak berpuashati dengan keadaan keselamatan mereka sendiri.

Ini kerana pada waktu-waktu tertentu, ada individu-individu yang tidak dikenali yang mirip pekerja-pekerja asing masuk dan duduk santai di kawasan kediaman pelajar-pelajar. 

Sunday 5 November 2017

Perbandingan Harga Ikan Bilis Pekpa


Jenis : Pekpa
Lokasi : Pasar Filipin, Sabah
Berat : 500 gram / 1kg
Harga : RM 23 / RM45

Jenis : Pekpa
Lokasi : Tanjung Dawai, Kedah
Berat : 500 gram / 1kg
Harga : RM 36 / RM 68

Jenis : Pekpa
Lokasi : Langkawi, Kedah
Berat : 500 gram /11kg
Harga : RM 24 / RM 48

Jenis : Pekpa
Lokasi : Supermarket Selangor
Berat : 200 gram / 1kg
Harga : RM 12.90 / RM 64.40

Pekpa / Beh pa

Saturday 4 November 2017

Apa itu Dark Matter dan Dark Energy?


Jika berlaku kes kerasukan oleh makhluk halus di sekolah, para psikologis yang berorientasikan aliran sains barat kebiasaannya akan mendakwa itu adalah fenomena disebabkan tekanan perasaan secara berjamaah kerana adanya musim peperiksaan atau pun ada juga yang menyalahkan cuaca panas menjadi sebab histeria berkenaan.

Ini kerana agak sukar bagi mereka yang telah diterap dengan fahaman sains 5 deria untuk mendefinasikan sesuatu kejadian dengan berasaskan kepada sesuatu entiti atau medium yang tidak dapat dilihat atau dikesan dengan 5 pancaindera.

Namun demikian fahaman saintis barat dengan menggunakan teknologi canggih mengamati angkasa lepas, kini dapat menerima sesuatu yang tidak dapat dilihat seperti Dark Matter (Benda gelap) dan Dark Energy (Tenaga gelap).

Maka apakah itu Dark Matter dan Dark Energy?

Friday 3 November 2017

Harga Durian Kahwin La ni.. !!




Adala durian kat utara neh..

Aritu aku cari ada kat Grik adalah tapi tempat lain tak dak. Oghang dok kata durian merajuk lah.

Tapi ni adalah walaupun taklah meriah sangat.

Harga durian Kampung la ni RM20 ringgit sekilo, kalu durian kahwin RM35 sekilo.

Hat bawah ni durian kahwin tu, aku pi beli kat Perak.

Thursday 2 November 2017

Bisnes : Zaman Globalisasi Yang Mengancam Bisnes Terkawal


Bukan setakat Uber dan Grabcar sahaja yang mengancam pendapatan pemandu-pemandu teksi tempatan yang berdaftar secara berlesen dengan pihak berkuasa tempatan serta patuh dengan undang-undang dan peraturan. Tetapi semakin lama semakin banyak pula bisnes secara maya yang melintas sempadan Malaysia tanpa tertakluk kepada kawalan ekonomi yang ditentukan kerajaan dan negara. 

Pelbagai Akta Parlimen telah diluluskan untuk mengawal serta meregulasi perkhidmatan atau servis yang diberikan oleh pengusaha-pengusaha bisnes tempatan seperti pengusaha teksi, hotel, homestay atau apa jua bisnes yang boleh dibuat ala-ala Uber.

Malah bukan setakat kereta, motorsikal pun sudah mempunyai servis serupa seperti Dego Ride. Namun demikian servis ini telah dilarang di Malaysia oleh kerajaan atas sebab-sebab keselamatan. Sebaik sahaja larangan dikeluarkan oleh Kabinet, beberapa individu yang menjalankan Dego Ride telah dikeluarkan saman oleh JPJ. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...