Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

Monday, 6 November 2017

Kes Jenayah Terhadap Penuntut Universiti Tempatan


Melalui satu periwayatan yang dianggap kuat, ada maklumat mengenai kejadian jenayah telah berlaku di salah sebuah universiti tempatan. Tetapi malangnya pengurusan universiti memilih untuk tidak melaporkan kejadian tersebut atas sebab-sebab tersendiri.

Sebelum ini sudah ada desas-desus serta bukti yang menunjukkan keadaan kawalan keselamatan di kolej kediaman pelajar di universiti terbabit adalah lemah. Malah menjadi tandatanya kepada pelawat-pelawat yang sentiasa memasuki universiti berkenaan. Perkhabaran yang didapati melalui pelajar-pelajar pula mereka sentiasa tidak berpuashati dengan keadaan keselamatan mereka sendiri.

Ini kerana pada waktu-waktu tertentu, ada individu-individu yang tidak dikenali yang mirip pekerja-pekerja asing masuk dan duduk santai di kawasan kediaman pelajar-pelajar. 

Thursday, 12 October 2017

Misteri Stephen Paddock - Suspek Kes Tembak Orang Awam di Nevada, Las Vegas


Suspek di dalam kejadian tembakan terhadap orang ramai dalam sebuah konsert penyanyi lagu country di Nevada, Las Vegas, Amerika Syarikat baru-baru ini dikenali sebagai Stephen Paddock.

Individu bernama Stephen Paddock ini menimbulkan tandatanya mengenai motifnya melakukan perbuatan yang sama sekali tidak dijangkakan oleh sesiapa pun yang mengenali dirinya. Walaupun kumpulan Daesh cuba mengambil kesempatan dengan mendakwa individu yang seorang penjudi profesional itu telah masuk Islam beberapa bulan sebelumnya dan tindakannya itu menjalankan kerja-kerja jihad Daesh tetapi pihak siasatan Amerika Syarikat sehingga kini amat sukar mempercayai dakwaan Daesh itu.

Saturday, 2 April 2016

Kena Pukau


Ketika saya membaca posting facebook daripada Malaysian Respond Team mengenai laporan seorang kena pukau semasa mengeluarkan duit di ATM, sehingga dia kerugian seluruh simpanan dalam banknya ketika itu. Ini menunjukkan betapa bahayanya pukau ini.

Tetapi isunya pula, pukau ini tidak diiktiraf dalam perundangan moden kerana undang-undang kita hanya mengiktiraf perkara-perkara yang dapat dikesan dengan pancaindera 5. Kanun Keseksaan contohnya, tidak memperuntukkan hukuman jika seekor jin membunuh manusia. Juga tidak ada hukuman jika seekor jin meragut beg tangan manusia. Tidak ada juga hukuman bagi orang yang melakukan sihir terhadap orang lain.

Pukau ni bagi saya mmg ada. Pengalaman saya pernah ada 2 org keturunan afghanistan arab @ pushtun datang jumpa saya sebaik sahaja saya selesai solat di satu masjid.

Friday, 15 January 2016

Bagaimana nak mengira bunga hutang ah long?


Bila Utusan menyiarkan laporan berita mengenai kenyataan polis yang hutang ah long kini menjadi-jadi, meningkat sehingga 8 kali ganda (sumber). Sebelum itu pula ada berita daripada Sinar Harian mengenai seorang kontraktor gagal bayar hutang ah long RM700,00.00 sehingga dia diganggu oleh ah long (sumber).

Aku terfikir sudah tentu trend ini bukanlah trend yang sihat. Manusia sekarang ini terlalu obses dengan material atau pun kebendaan sehingga sanggup melakukan sesuatu yang di luar batasan. Luar batasan di sini sebab pinjam loan dari ah long sudah tentu di luar apa yang dibenarkan oleh undang-undang. 

Pinjaman ah long ini sebenarnya jelas diluar kemampuan orang biasa untuk membayarnya tetapi kerana fikiran mereka telah tertipu dengan persepsi yang mereka boleh bayar, mereka pun pinjamlah dan akibatnya mereka sebenarnya tak boleh bayar. Ah long pun bertindak di luar batasan undang-undang untuk mendapat kembali jumlah pinjaman sekali dengan bunga yang tinggi tu.

Aku teringat apa yang terjadi kepada seorang kenalan ini. Dia telah bankrup dan tutup kedai kerana gagal melangsaikan hutang ah long. Dia dan keluarga hidup dalam ketakutan dan terpaksa hidup berpindah-randah bagi mengelakkan diburu oleh ah long. 

Melalui cerita dia barulah aku faham bagaimana bunga atau interest hutang ah long itu dikira. Selama ini aku ingatkan pinjaman ah long ini macam pinjaman bank. Ada tempoh macam 7 -10 tahun atau 20 tahun.

Friday, 1 January 2016

Hak untuk mempertahankan diri


Jika anda membunuh dengan senjata seperti pistol atau parang dalam mempertahankan diri, ia sebenarnya telah jatuh dalam kategori "homicide". Ia sejenis pembunuhan. 
Tetapi bukankah mempertahankan diri itu adalah satu hak? 
Benar, mempertahankan diri adalah hak bagi setiap individu. Mempertahankan diri daripada ancaman adalah hak yang dijamin oleh undang-undang negara (dalam konteks Malaysia, di dalam Kanun Kesiksaan).
Namun demikian, terdapat batasan kepada hak mempertahanan diri ini. Jika tidak, akan ada orang membunuh hanya dengan sebab telah berlakunya pertengkaran kecil. Juga boleh sahaja terjadi seorang pencuri kanak-kanak yang lapar dibunuh kerana dia mencuri nasi lemak untuk dimakan. 

Secara logiknya juga sudah tentulah perbuatan mempertahankan diri itu setanding dengan ancaman yang mendatang daripada penyerang. Seimbang atau setanding kadar serangan dan perbuatan membela diri. Tetapi secara realitinya pula, ia mungkin tidak seperti itu. 

Wednesday, 17 June 2015

Pandangan Dato Dr Amin Khan - Realiti vs Persepsi


SEJAUH MANA KEBENARAN INDEKS JENAYAH?Indeks jenayah di Malaysia telah kurang sebanyak 40% dalam 5 tahun yang lepas,...
Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Tuesday, 16 June 2015

Wednesday, 6 May 2015

Hati-hati dengan dua orang menaiki motor FZI ini.



Mesej yang tersebar di Whatsapp menunjukkan ianya berlaku di Jalan Pantai, Bangsar berdekatan dengan tadika. Walau apa pun tafsiran terhadap gambar ini, perbuatan pembonceng tersebut memegang hook ais dengan cara sedemikian adalah membimbangkan dan merupakan ancaman kepada orang awam yang berkeliaran.

Apatah lagi beliau mempunyai beg yang cukup memuatkan hook tersebut jika hendak menyimpannya. Cara beliau memegang hook itu seakan-akan ingin memperbuat sesuatu dengan hook berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...