Friday 1 January 2016

Hak untuk mempertahankan diri


Jika anda membunuh dengan senjata seperti pistol atau parang dalam mempertahankan diri, ia sebenarnya telah jatuh dalam kategori "homicide". Ia sejenis pembunuhan. 
Tetapi bukankah mempertahankan diri itu adalah satu hak? 
Benar, mempertahankan diri adalah hak bagi setiap individu. Mempertahankan diri daripada ancaman adalah hak yang dijamin oleh undang-undang negara (dalam konteks Malaysia, di dalam Kanun Kesiksaan).
Namun demikian, terdapat batasan kepada hak mempertahanan diri ini. Jika tidak, akan ada orang membunuh hanya dengan sebab telah berlakunya pertengkaran kecil. Juga boleh sahaja terjadi seorang pencuri kanak-kanak yang lapar dibunuh kerana dia mencuri nasi lemak untuk dimakan. 

Secara logiknya juga sudah tentulah perbuatan mempertahankan diri itu setanding dengan ancaman yang mendatang daripada penyerang. Seimbang atau setanding kadar serangan dan perbuatan membela diri. Tetapi secara realitinya pula, ia mungkin tidak seperti itu. 

Seseorang yang berhadapan dengan 7 orang perompak, sudah tentu tidak dapat memberikan pukulan yang setimpal dengan setiap serangan kerana keadaan menjadi kelam kabut dan rumit. Seorang yang kecil dan lemah pula sudah tentu tidak dapat memberikan pukulan yang setimpal dengan serangan daripada seorang yang besar seperti ahli gusti. 
Ada juga isu lain, bolehkah seorang mangsa yang telah selamat menembak mati pencuri yang telah melarikan diri?
Oleh itu sudah tentu ada pihak yang perlu memutuskan dalam keadaan begitu apakah yang sewajarnya. Sudah tentu pihak itu adalah yang melaksanakan sistem keadilan.
Apabila anda membunuh ketika mempertahankan diri, isu atau pun persoalannya ialah;
Adakah pembunuhan itu adalah pembunuhan yang mempunyai alasan yang munasabah atau pun tidak?
Adalah menjadi kebiasaan bagi seseorang yang menggunakan kekerasan dalam mempertahankan diri menjadi keliru atau pun marah bila pihak berkuasa memperlakukan dirinya seperti seorang penjenayah. Ini disebabkan dia tidak merasa melakukan apa-apa kesalahan. 
Katakan anda telah membunuh atas alasan mempertahankan diri. Pada pandangan pihak polis, apabila mereka sampai ke tempat kejadian, mereka melihat adanya mayat dan andalah yang menyebabkan perkara itu berlaku. Seterusnya mereka akan melakukan prosedur siasatan yang sememangnya termaktub di dalam undang-undang. 
Pelbagai pihak yang terlibat dalam kejadian akan mempunyai versi masing-masing tentang apa yang berlaku ketika kejadian tersebut. Adalah tugas polis bagi mendapatkan keterangan setiap pihak untuk dijadikan rujukan oleh mahkamah.
Oleh itu, jika anda mempertahankan diri dan anda terpaksa melakukan pembunuhan apa yang berlaku selepas itu adalah proses undang-undang bagi mengenalpasti samada pembunuhan yang dilakukan itu adalah munasabah dan dibenarkan di dalam ruang lingkup undang-undang. 
Istana Kehakiman
Secara munasabahnya, jika seseorang itu membunuh pencuri kanak-kanak yang lapar yang mencuri nasi lemak akan didapati bersalah kerana telah melampaui batasan. Seseorang yang lain pula mempertahankan diri dengan membunuh perompak bersenjata yang masuk ke rumahnya pada waktu malam dan mengancam diri dan keluarganya, tidak bersalah kerana termasuk dalam ruang lingkup yang dibenarkan.
Adalah tugas mahkamah pula bagi mengkaji serta memberikan keputusan samada ia adalah satu pembunuhan yang dibenarkan atau pun tidak. Mahkamahlah akan melihat fakta sebenar mengenai kejadian dan akan membuat keputusan berdasarkan tafsiran terhadap undang-undang .
Sumber
Kanun Kesiksaan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...