Sunday 26 October 2014

Pandangan Pak Long tentang ceramah Puan Zaharah Sulaiman


Apabila mendengar ceramah daripada Puan Zaharah Sulaiman, aku dapat memperlajari beberapa perkara baru mengenai sejarah orang melayu sendiri. 

Aku juga terperanjat dengan dakwaan beliau yang ada sejarah melayu yang penting dan sepatutnya diketahui tetapi tidak dimasukkan dalam mata pelajaran sejarah seperti sejarah negeri Kedah dikepung oleh British supaya tentera Siam dapat menyerang negeri itu dan membuat semacam "ethnic cleansing".

Aku juga terperanjat apabila beliau menceritakan ada pengkaji sejarah Mat Saleh mendakwa akibat pelanggaran itu tidak ada tinggal seorang melayu pun di Kedah. Tapi itu mungkin satu dakwaan yang exaggerate. Wallahua'lam.

Pokoknya banyak fakta yang memeranjatkan, termasuklah kisah agenda "Nam Tien" iaitu komplot dari wilayah China untuk menjajah ke selatan sehingga menyebabkan hilangnya berjuta-juta orang  melayu, tamadun melayu dan negara melayu Kemboja. Alam melayu itu pun menyusut sehinggalah yang dapat kita rasakan ketika ini.

Lainnya yang juga mengejutkan ialah berdasarkan kajian dna yang menunjukkan orang melayu adalah sebagai antara bangsa yang tertua dan sebenarnya berasal daripada satu benua. Sehinggalah benua itu secara alaminya berpecah kepada tanah-tanah semenanjung, borneo kalimantan, Filipina, Sulu dan Sumatera dan Jawa yang kita lihat hari ini. Bangsa melayu ini juga kemudiannya membenihkan bangsa lain seperti cina dan jepun.

Juga yang menariknya teori Puan Zaharah yang menyatakan orang-orang melayu asalnya rajin dan bertamadun hebat ketika dahulunya. Tetapi telah menjadi ketinggalan dan beransur-ansur berbudaya santai akibat sibuk melarikan diri akibat ditindas dan disiksa oleh kaum penjajah serta mengalami pemerintahan pecah dan perintah. 

Orang melayu dulu rajin dan menghasilkan tamadun hebat tetapi mereka tidak suka berperang.

Ini tidak menghairankan, kerana tamadun hebat Islam di Baghdad yang paling maju di atas muka bumi dulu pun jatuh kepada tentera monggol bukanlah disebabkan tentera monggol itu mempunyai tamadun yang lebih hebat.

Di zaman British, orang melayu hanya dibenarkan tinggal di kampung dan tidak boleh masuk bandar. Orang melayu hanya dibenarkan membuat pertanian kampung dan tidak dibenarkan menjalankan industri. Inilah yang menyebabkan orang-orang melayu menjadi agak santai. Puan Zaharah menyatakan dna ini boleh diubah kembali sekiranya orang melayu kembali sebagaimana sifatnya semasa kegemilangan tamadun dulu.

Sehingga aku berfikir sendiri betapa malangnya umat ini yang diperkotak-katikkan oleh musuh yang penuh hasad dengki. Hatta sehingga sekarang pun kita lihat ada orang-orang melayu yang dijajah pemikirannya dan melakukan agenda yang menguntungkan musuh-musuh Islam dan merugikan umat melayu itu sendiri. 

(Antara video pendek ceramah beliau)

Yang kononnya memperjuangkan Islam pula, tertipu dengan agenda musuh sehingga memperlekehkan agenda umat melayu sebagai umat yang bertanggungjawab terhadap Islam itu. Mereka seolah-olah mendakwa sebagai melayu itu sebagai asobiyah yang tidak ada dalam Islam. 

Sedangkan Nabi SAW sendiri tidak pernah merungkai identiti bangsa, kumpulan mahupun suku kaum. Muhajirin tetap digelar muhajirin dan ansar tetap digelar ansar. Aus dan Khazraj tetap mereka itu juga. Kaum Quraish yang dominan diberikan hak dalam pemerintahan sesuai dengan sifat-sifat penting mereka sebagai pemerintah. Mendakwa sebagai melayu bukanlah bererti menzalimi bangsa lain. Melayu diberikan tempat dalam alam melayu dan bertanggungjawab untuk menjaga Islam itu sendiri. 

Fitrah kita ini sebagai insan ialah kita kembali kepada fitrah hamba kepada Tuhan Pencipta sekalian alam. Maknanya kembali kepada jalan Islam. Tetapi kembali kepada Islam itu bukanlah bermakna kita menjadi alat-alat politik kepada golongan yang mempunyai agenda tertentu. Itulah yang menjadikan ustaz serta ustazah segera tanpa ilmu yang diperalatkan dan akhirnya memberikan keuntungan kepada agenda yang ingin meruntuhkan asas pembinaan agama, bangsa dan negara.

So, kalau nak memperjuangkan Islam, seharusnya kita mendalami apa ajaran Islam itu sendiri. Islam bukanlah sekadar do and donts ok.. 

Mulianya umat melayu kerana Islam sebagaimana bangsa arab dulu pun mulia kerana Islam. Tapi arab sekarang ramai sangat Wahabinya, memahami Islam itu secara literal sehingga menghilangnya konsep ilmu. Mungkin sebab itulah bangsa arab itu jatuh daripada kedudukannya. Bukankah ilmu itu yang menaikkan martabat insan?

Untuk orang-orang melayu tertentu itu, berhenti sajalah daripada jadi alat ni.. ada ke patut kalimah Allah pun sanggup diletakkannya dalam ayat-ayat penuh syirik. Faham dahulu apa itu Islam sebelum mendakwa berjuang untuk Islam. Semoga kita semua mendapat petunjuk dan hidayah.

Pak Long

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...