Saturday 18 October 2014

Kerajaan Amerika Syarikat suruh Malaysia mansuh Akta Hasutan?

Malaysia mu tunggu.. aku datang..
Kahkahakah..
Berdasarkan berita yang disebarkan oleh Malaysia Insider seperti di sini, kerajaan Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan untuk kerajaan Malaysia supaya akur dengan Bar Council dan menghapuskan Akta Hasutan demi hak asasi manusia yang tidak terbatas dan juga bagi menegakkan undang-undang secara telus dan adil. 


Persoalan sekarang adakah rakyat Malaysia bersetuju dan akur kepada arahan daripada Amerika Syarikat ini? Adakah Amerika Syarikat itu begitu adil dan saksama serta menjunjung hak asasi manusia sehingga tiada banduan yang dipenjara tanpa dibicarakan. (Guantanamo)

Adakah Amerika Syarikat itu sangat adil dan telus sehingga siasatan terhadap kejadian 9/11 itu dijalankan secara telus dan tiada yang membantah? (Link : Arkitek dan Jurutera bersatu untuk mendapatkan jawapan yang telus berkenaan kejadian 911)

Kenapakah Amerika Syarikat itu ingin masuk campur dalam urusan Malaysia?

Siapakah yang mempunyai kepentingan atau mendapat manfaat sekiranya Amerika Syarikat mencampuri urusan Malaysia?

Apa kepentingan Amerika Syarikat terhadap orang-orang yang mendapat manfaat itu?


Kalau kerajaan Amerika Syarikat sendiri menyembunyikan fakta berkenaan bagaimana WTC 7 boleh runtuh yang nampaknya macam kena demolition bombing dari dalam, bagaimana ia hendak menjadi champion dalam hal ehwal ketelusan?

Mungkin ketelusan ini yang dimaksudkan.
Kalau benar sebagaimana dakwaan ramai orang bahawa kerajaan Amerika Syarikat itu yang dikawal oleh Zionis secara proksinya telah membuat konspirasi 9/11 yang melibatkan ribuan nyawa  rakyatnya sendiri (dianggarkan kira-kira 2,606 dalam kejadian di WTC sahaja). Sekiranya ini adalah fitnah, mengapa satu siasatan atau suruhanjaya yang benar-benar telus ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian berkenaan.

Kejadian 9/11 ini kemudiannya menjadi asas kepada Amerika Syarikat dan United Kingdom untuk melancarkan peperangan terhadap Afghanistan dan Iraq sehingga beratus ribu nyawa umat Islam terkorban.

Tapi itu kan Amerika! Bagaimana pula reaksi umat Islam di negara kita?

Diperalatkan.
Yang mendapat manfaat.
Adakah ada pula nanti daripada kalangan Anwarinas yang berteriak menyatakan Amerika Syarikat berhak mencampuri urusan dalaman negara Malaysia?

Apabila membaca blog-blog di internet, didapati ramai yang rindukan satu pemerintahan yang kuat dan tegas daripada kerajaan Malaysia sendiri. Ramai yang inginkan kerajaan tidak tunduk dan akur kepada arahan daripada Amerika Syarikat supaya Akta Hasutan dihapuskan seterusnya kebebasan bersuara menjadi tidak terkawal sehingga mengancam kedudukan agama Islam, Raja-raja Melayu, kedudukan orang Melayu dan Bahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa rasmi.

Bagaimana sekarang? May the real PAS please stand up.. please stand up.. please stand up..!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...