Saturday 18 October 2014

Billboard 9/11 for truth bagi menyedarkan rakyat Amerika.


Sebab ramai lagi yang tak sedar-sedar adanya bangunan ketiga yang runtuh (WTC 7) semasa kejadian dua jetliner melanggar World Trade Center, New York pada 11 September 2001, gerakan architect and engineers for 9/11 truth (ae911truth.org) telah menyewa sebuah billboard di Times Square.

(Video Youtube di bawah)

Setiap 2 minit billboard itu akan menunjukkan bagaimana bangunan WTC 7 itu runtuh dalam tayangan yang berdurasi 15 saat. Ianya bertujuan bagi menjadi tontonan kepada pejalan-pejalan kaki dan pemandu kenderaan yang melalui simpang 42nd dan 8th Avenue.

Ianya telah ditayangkan dari 8 September 2014 hingga 5 Oktober 2014, diperkirakan 100,000 orang menontonnya dalam sehari dan jumlah kesemua penonton bagi tempoh berkenaan adalah 3 juta.

Secara umumnya kempen ini bertujuan untuk menyedarkan rakyat Amerika dan seluruh dunia bahawa bukan 2 bangunan sahaja yang runtuh pada hari malang berkenaan tetapi adanya bangunan ketiga yang turut runtuh iaitu WTC 7. Bangunan ketiga ini tidak dilanggar oleh apa juga jenis pesawat dan tidak juga terkena runtuhan kedua-dua menara yang runtuh. Ianya juga tidak mengalami kebakaran yang serius. Yang peliknya ia kemudian runtuh seolah-olah telah dipasang demolition bomb.

Sebelum ini incikposmen telah mengeluarkan satu artikel berkenaan konspirasi 9/11 dan boleh dibaca di sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...