Sunday 19 October 2014

4 ancaman utama kepada umat Melayu Islam - Presiden Isma

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdullah Zaik Abd Rahman menyatakan ada 4 agenda utama oleh kuasa-kuasa asing yang menggugat umat Melayu yang bakal memberikan kesan kepada jatidiri bangsa, peperangan sesama sendiri dan penghapusan etnik.
4 ancaman yang dimaksudkan itu ialah,
1) Liberalism dan plularisma agama

2) Agenda Chauvinist Cina "Nam Tien"
3) Agenda pemurtadan umat Melayu oleh Evangelical Kristian
4) Ancaman Ideologi Syiah
Berita sumber themalayonline di sini.

Ulasan incikposmen
Sebagaimana Tun Dr Mahathir menyatakan dunia semakin complicated, maka begitu jugalah cabaran kepada umat Islam itu sendiri, yang mana di Malaysia tanggungjawab menjaga agama itu terletak kepada umat Melayu.
Kita lihat juga lihat 4 ancaman ini semakin serius dan seharusnya orang-orang Melayu secara serius juga bermusabahah diri dan bersama-sama untuk menangani ancaman-ancaman ini.
Kita juga seharusnya bermuhasabah diri dan menimbangkan semula adakah corak politik yang kita pilih memberikan keuntungan yang hakiki kepada agama, bangsa dan tanahair tercinta. 
Gerakan kristianisasi
Seorang ahli politik itu yang hendak membodek rakan sebantalnya dalam politik sehingga sanggup menafikan wujudnya gerakan evangelisma kristian sedangkan blogger Helen Ang yang bukan Islam itu pun sibuk menyiarkan artikel-artikel yang menunjukkan meningkatnya ancaman evangelisma ini terhadap orang Melayu malah mengancam keharmonian negara Malaysia itu sendiri.
Gambar Ustaz Abdullah Zaik - dari program lain.
Gambar dari TVIsma

Usaha Isma ini sepatutnya mendapat pujian dan disokong oleh umat Melayu yang sudah tentunya Islam. Helen Ang pun sokong Isma juga. Helen memasukkan Isma sebagai salah satu pertubuhan yang ada perjuangan. Selain itu dia sebut PAS. Besar mungkin dia maksud itu adalah "the real PAS" yang sepatutnya stand up, bukan parasit yang memecahbelahkan jamaah dan mendatangkan manfaat kepada musuh Islam itu sendiri.

Kita boleh baca artikel beliau di wordpressnya.

Chauvinis Cina

Agenda chauvinis Cina pula dijuarai oleh DAP. Antara agenda halusnya ialah mendakwa Hang Tuah adalah orang Cina, kerajaan Melayu Melaka tidak wujud, bangsa Melayu itu ciptaan British, bangsa Melayu pemalas dan lembab dan baru-baru ini seorang ahli daripada parti Gerakan yang berani mendakwa orang Melayu itu sendiri adalah pendatang seperti orang Cina dan India. Dakwaan itu boleh dibaca disini.

Dakwaan itu adalah sangat dangkal dan sudah tentu ingin menyangkal fakta bahawa Malaysia ini berasal daripada perkataan Tanah Melayu. Sangat jahil sejarah dan dakwaan yang menyesatkan fikiran.

Tapi ramai juga orang-orang Melayu sendiri yang terpengaruh dan terpesong minda. Contohnya kita tengok dekat komen-komen Malaysiakini ada juga yang masih terpesong dan setuju nak meletakkan kalimah Allah dalam ayat-ayat syirik dalam bible. Tak sedar diri nanti besok mati dan di akhirat tu menghadap siapa. 

Salah satu komen menarik yang boleh didapati di Facebook Isma.
Di bawah adalah video ceramah teori asal-usul Melayu oleh Puan Zahara Sulaiman dari Ikatan Arkeologi Malaysia yang berdasarkan kajian DNA. Beliau pernah disaman oleh puak ekstremis (ektremis ni bukan militan Islam sahaja, Gay pun dikira ekstremis) kerana berani menengahkan teori beliau. Tetapi saman itu kemudiannya ditarik balik sebab Puan Zahara sanggup mempertahan segala dakwaan dengan bukti yang saintifik dan disokong dengan kajian terkini.

Pokoknya, alam Melayu itu memang merangkumi semenanjung tanah Melayu, Selatan Thailand dan Indonesia. Tak ada isu nak mendakwa orang Melayu datang daripada Indonesia. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...