Friday 14 October 2022

Terjemahan Dan Makna Qasidah Allah.. Allah.. Ma Lana Maulan Siwa Allah



Qasidah ini dilagukan oleh beberapa orang dengan lirik yang berbeza-beza. Dalam versi yang digunakan ini ada digunakan frasa “Wahai Dia”. Dalam bahasa Arabnya يا هو. Dalam versi lain digunakan pula يا رب iaitu “Wahai Tuhanku”.

Di sini kita boleh menambah ilmu pengetahuan mengenai perkara ini. Terdapat sebilangan ulama yang berpandangan kalimah “هو" sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Quran merujuk kepada Allah adalah dari salah satu nama Allah. Khususnya di dalam surah Al -Ikhlas. 

Maka Wahai Dia atau يَا هُوَ itu merujuk kepada Allah juga. Bila fathah pada wau itu disenyapkan jadilah ia berbunyi Ya Hu.

Qasidah ini adalah genre kesufian. Maka untuk memahaminya perlulah juga dengan cara yang betul dengan tidak menyamakan Sang Pencipta dengan makhluk.

Kerana penulisan atau syair yang bersifat kesufian itu berdasarkan rasa yang mendalam dirasai oleh ahlinya. Kedalaman rasa dan makna sukar digambarkan dengan lafaz perkataan manusiawi yang terhad. Kerana alam dan akal manusia itu juga ada had batasnya.

Qasidah ini dalam dengan makna yang menyentuh, siapa menangis bolehlah bagitau ye.



  الله الله الله الله
Allah.. Allah.. Allah.. Allah..

مَا لَنَا مَوْلًى سِوَى الله
Tiadalah bagi kami satu pelindung pun selain Allah

كُلَّمَا نَادَيْتُ يَا هُو
Setiap kali aku menyeru Wahai Dia (Allah)


قَالَ يَا عَبْدِيْ اَنَا الله
Dia berkata wahai hambaku Akulah Allah

………..

زَحْزِحِ الحُجْبَ فَقَلْبِيْ
Alihkanlah hijab ini kerana hatiku..

غَابَ فِيْ ظُلْمَةِ ذَنْبِيْ
..telah hilang dalam kegelapan dosaku

نَظْرَةٌ فِيْ العُمْرِ حَسْبِيْ
Satu pandangan dalam seumur hidup, cukup bagiku..

تَجْعَلُ المَيِّتَ حَيَّا
..Engkau jadikan yang mati hidup kembali

……….

كُلَّمَا نَادَيْتُ يَا هُو
Setiap kali aku menyeru Wahai Dia (Allah)


قَالَ يَا عَبْدِيْ اَنَا الله
Dia berkata wahai hambaku Akulah Allah

………..

كُنْتُ فِيْ الْبَابِ وَحِيْدَا
Aku berada di pintu itu seorang diri

حَاشَا تَرْمِيْنِيْ طَرِيْدَا
Semoga tidak Engkau membuangku terusir

مَنْ يَلُذْ كَانَ سَعِيْدَا 
Barangsiapa masuk (ke pintu) dia berbahagia

فِيْكَ مَا كَانَ شَقِيَّا
Bersama Engkau tiadalah dia sengsara 

…………..

  الله الله الله الله
Allah.. Allah.. Allah.. Allah..

مَا لَنَا مَوْلًى سِوَى الله
Tiadalah bagi kami satu pelindung pun selain Allah

كُلَّمَا نَادَيْتُ يَا هُو
Setiap kali aku menyeru Wahai Dia (Allah)


قَالَ يَا عَبْدِيْ اَنَا الله
Dia berkata wahai hambaku Akulah Allah

……….

TammaT

سُبْحَانَ الله
 
Wqfktsbkuhanhbhrdn


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...