Saturday 5 June 2021

Makna dan terjemahan : Nasyid Hayya Bil Jihad - Brothers

Credit : Brothers - Topic

Jihad merupakan perjuangan. Perkataan jihad tidak terhad kepada menentang musuh di waktu perang semata-mata. Sebab itu ada yang dinamakan jihad ekonomi. Perjuangan membangunkan ekonomi. 

Tetapi apabila musuh menyerang ingin memusnahkan umat Islam, negaranya atau harta benda mereka, maka wajiblah umat Islam melaksanakan jihad. Secara rasminya, berdasarkan pandangan para ulama, jihad perang ini dimulakan apabila adanya pengumuman rasmi daripada pemerintah. 

Dalam pada itu, pelbagai kaedah boleh dilakukan oleh umat Islam untuk membantu saudara muslimin mereka yang menghadapi peperangan atau ditindas di negara umat Islam yang lainnya. Seperti umat Islam di Palestin yang sentiasa dalam fikiran dan tumpuan umat Islam khususnya mereka di Malaysia ini. 

Antara usaha yang boleh dilakukan ialah dengan bantuan kemanusiaan melalui derma, bantuan fizikal, harta-benda melalui pertubuhan-pertubuhan yang sah dapat menyalurkan bantuan tersebut di sana. 

Selain itu, umat Islam semuanya walau di mana jua, haruslah bersedia dan bersiap diri dengan segalanya untuk menghadapi cabaran akhir zaman ini.

ْأِلَى  الْأَمَامْ   يَا   أُمَّةَ   الْأِسْلَام

Ke hadapanlah wahai umat Islam


ْيَا  رَبِّيْ   أُنْصُرْ   دِيْنَ   اْلاِسْلاَم

Wahai  Tuhanku  Bantulah  Agama  Islam


ْعَلَى  الْأَعَادِ   جُمْلَى  بِاكْمَاَل 

Ke  atas  pihak  musuh  secara keseluruhannya  dengan  sempurna


ْيَا  أِخْوَانَ  الْمُسْلِمِيْنَ  هَيَّا  لِلْقِتَال

Wahai  persaudaraan  muslimin  ayuhlah  berperang


ُأُذْكُرُ  الرَّحْمَانُ  أُذْكُرُ  الرَّحِيْم

Sebutlah/Ingatlah  Al-Rahman  Sebutlah/Ingatlah  Al-Rahim


ْعَلَى  الْأَعَادِ   جُمْلَى  بِاكْمَاَل 

Ke  atas  pihak  lawan  secara keseluruhannya  dengan  sempurna

°°°°°°°°°°°°°°°°°


ْهَيَّا  هَيَّا  يَا  رِجَالْ  هَيَّا  بِالْجِهَاد 

Ayuhlah  Ayuhlah  wahai  kaum lelaki  ayuhlah  berjihad


ْهَيَّا  هَيَّا  يَا  رِجَالْ  هَيَّا  بِالْكِفَاح

Ayuhlah  Ayuhlah  wahai  kaum lelaki  ayuhlah  menentang (musuh)

°°°°°°°°°°°°°°°°°


عِشْ  عَزِيْزًا  أَوْ  مُتْ  شَهِيْدًا  

Hiduplah  dengan  hebat  atau  matilah  dengan  keadaan  syahid


ِّوَ  لَا  تُبَالِيْ  لِلْعَدُو

Dan  janganlah  engkau  peduli  akan  musuh


 ُاَللهُ  أَكْبَرُ اَللهُ  أَكْبَرُ اَللهُ  أَكْبَر 

ْهَيَّا  بِالْجِهَاد

Allah Maha Besar

Ayuhlah Berjuang

°°°°°°°°°°°°°°°°°

___*********___

ْاَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيْدِنَا مُحَمَّدْ وَ عَلَى آلِهِ وَ صَحْبِهِ وَ سَلَّم
____________****************____________

Terjemahan Lirik Hayya Bil Jihad Nasyid Brothers Makna Maksud Harfiah Lagu Bahasa Melayu Malaysia Indonesia

1 comment:

  1. Jaga-jaga, lagu ini berkemungkinan digam di stesen-stesen radio dan TV atas alasan mencetuskan kegusaran awam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...