Showing posts with label Nasyid. Show all posts
Showing posts with label Nasyid. Show all posts

Saturday, 5 November 2022

Terjemahan Qasidah Khairul Bariyyah - Abdul Salam Al-Hasani


Zaman sekarang ni lagu atau qasidah yang masyhur dikaitkan dengan Nabi SAW ialah macam Lau Kana Bainanal Habib sehingga melodinya pun digunakan untuk tema yang berkaitan Nabi SAW. Zaman dulu, mungkin zaman P Ramlee dah ada, datuk moyang kita dulu masyhur dengan qasidah Khairul bariyyah ini. Ramai orang waktu tu suka mengqasidahkannya atau memperdengarkannya di radio-radio.

Versi yang dilagukan oleh Abdul Salam Al-Hassani ini mengekalkan rentak melodi dengan variasi lirik yang hampir-hampir sama. Cuma versi ini ada lain dari yang lain kerana alunannya ada menimbulkan rasa “mesmerized” gitu.

Qasidah ini dikarang oleh seseorang yang berharap untuk mendapatkan syafaat Nabi SAW dengan berjumpa dengan Nabi SAW sebelum ajal tiba. Bertemu ini boleh terjadi melalui mimpi.

Qasidah ini juga menggunapakai konsep Nabi SAW sebagai sebaik-baik makhluk, sebagaimana jelas pada perkataan atau tajuk yang digunakan. Juga ungkapan kasih dan ingin berada dekat dengan yang dikasihi.

Antara ikhtiar yang digunakan untuk pertemuan adalah membanyakkan solawat dan salam kepada Nabi SAW selagimana hati teringat kepada baginda.

Friday, 21 October 2022

Terjemahan Qasidah Allahu Allahu Assubhu bada

 



Qasidah As-Subhu bada ini paling kurang ada dua melodi. Liriknya pula berbagai-bagai. Versi yang digunapakai ini pernah berkumandang di radio IKIM pada ketika dahulu tetapi tidak dikenalpasti siapa yang melagukannya. Versi Mohamed Tarek ini menggunapakai melodi yang sama dan hampir sama cara penyampaiannya.

Qasidah ini menceritakan kelebihan Nabi SAW yang sememangnya telah Allah taqdirkan sejak dari azali lagi dan penzahirannya pada dunia ini sebagai sebaik-baik makhluk atau hamba yang diciptakan pada tafsiran kebanyakan ulama. 

Mengenai baginda SAW sebagai ketua para rasul itu telah dinyatakan sendiri oleh Nabi SAW secara haq dan bukanlah bagi tujuan berbangga-bangga ke atas rasul dan nabi yang lain. Kemuncak kemuliaan ini dizahirkan dengan peristiwa mikraj yang mana Nabi SAW telah dijemput naik ke atas langit melepasi tahap yang tidak dibenarkan kepada mana-mana malaikat sekali pun.

Kemuliaan nasab keturunan itu sememangnya telah disusun oleh Allah SWT yang mana Nabi SAW dizahirkan dari keturunan yang baik-baik, keturunan Nabi Ibrahim A.S.

Mengenali diri Nabi SAW dengan sebenar-benarnya adalah dari kesempurnaan iman sebagaimana dinyatakan dalam hadis tidaklah sempurna iman itu kecuali diri Nabi SAW itu lebih dicintai melebihi dari dia mencintai dirinya sendiri.

Maka bagaimanakah kita boleh mencintai orang yang kita tidak kenali melebihi dari diri kita sendiri? Bukankah wujud diri kita ini lebih mengenali diri kita sendiri?

Di situlah ada perjalanan ilmu.

Friday, 14 October 2022

Terjemahan Dan Makna Qasidah Allah.. Allah.. Ma Lana Maulan Siwa Allah



Qasidah ini dilagukan oleh beberapa orang dengan lirik yang berbeza-beza. Dalam versi yang digunakan ini ada digunakan frasa “Wahai Dia”. Dalam bahasa Arabnya يا هو. Dalam versi lain digunakan pula يا رب iaitu “Wahai Tuhanku”.

Di sini kita boleh menambah ilmu pengetahuan mengenai perkara ini. Terdapat sebilangan ulama yang berpandangan kalimah “هو" sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Quran merujuk kepada Allah adalah dari salah satu nama Allah. Khususnya di dalam surah Al -Ikhlas. 

Maka Wahai Dia atau يَا هُوَ itu merujuk kepada Allah juga. Bila fathah pada wau itu disenyapkan jadilah ia berbunyi Ya Hu.

Qasidah ini adalah genre kesufian. Maka untuk memahaminya perlulah juga dengan cara yang betul dengan tidak menyamakan Sang Pencipta dengan makhluk.

Kerana penulisan atau syair yang bersifat kesufian itu berdasarkan rasa yang mendalam dirasai oleh ahlinya. Kedalaman rasa dan makna sukar digambarkan dengan lafaz perkataan manusiawi yang terhad. Kerana alam dan akal manusia itu juga ada had batasnya.

Qasidah ini dalam dengan makna yang menyentuh, siapa menangis bolehlah bagitau ye.

Thursday, 13 October 2022

Nasyid Ya Imamal Rusli يَا إِمَامَ الْرُسْلِ lirik dan terjemahan


Nasyid ini dialunkan mengikut versi nyanyian Mohamed Tarek. Ianya juga ada yang dinyanyikan oleh beliau dengan lirik yang sedikit berbeza kemudiannya. Walaupun nasyid ini masyhur tetapi ianya tidak dinyanyikan dengan lirik-lirik yang sama. Mungkin ada sedikit penambahan atau pengurangan di sana-sini.

Saturday, 26 June 2021

Lirik dan Makna Lagu Deen Assalam : Mohamad Tarek



Kami sediakan teks asas kepada nasyid atau lagu ini tanpa ulangan. Silalah buat ulangan pada tempatnya. Dan satu lagi perkataan Arab yang disebut banyak jenis slang, oleh itu sila adjust sekiranya berbeza dengan perkataan yang ditulis.

Versi Mohamac Tarek ini ada penambahan satu para kepada versi asal sebagaimana di sini.

Friday, 11 June 2021

Lirik dan makna nasyid Bada’na بَدَأْنَا - Nadamurni Rabbani


Susah nak cari nasyid ni. Terima kasih kepada youtuber yang menaikkan nasyid, supaya dapat dirujuk liriknya.

Link ke satu youtube nasyid ini di sini.

Monday, 7 June 2021

Ya Taiba - Lirik dan Makna

 


Nasyid yang menyedihkan. Tengok orang lain pergi haji, tapi kita belum dapat pergi haji. Begitulah jiwa seorang beriman. Kerinduan yang tidak dapat dibendung untuk berziarah ke Baitullah dan kota Nabi SAW.

Adapun Taiba atau Taibah ini adalah nama lain bagi Madinah Munawwarah.

Semoga kita semua yang berkeinginan dipermudahkan Allah untuk melaksanakan ibadah Haji dan Umrah.

Nota : Sebutan penyanyi dan cara menggunakan perkataan ada sedikit lain daripada bahasa Arab standard yang digunakan sebagai lirik di bawah.

Lirik Talaal Badru Alaina - Yusuf Islam


 Klasik.

Saturday, 5 June 2021

Makna dan terjemahan : Nasyid Hayya Bil Jihad - Brothers

Credit : Brothers - Topic

Jihad merupakan perjuangan. Perkataan jihad tidak terhad kepada menentang musuh di waktu perang semata-mata. Sebab itu ada yang dinamakan jihad ekonomi. Perjuangan membangunkan ekonomi. 

Tetapi apabila musuh menyerang ingin memusnahkan umat Islam, negaranya atau harta benda mereka, maka wajiblah umat Islam melaksanakan jihad. Secara rasminya, berdasarkan pandangan para ulama, jihad perang ini dimulakan apabila adanya pengumuman rasmi daripada pemerintah. 

Dalam pada itu, pelbagai kaedah boleh dilakukan oleh umat Islam untuk membantu saudara muslimin mereka yang menghadapi peperangan atau ditindas di negara umat Islam yang lainnya. Seperti umat Islam di Palestin yang sentiasa dalam fikiran dan tumpuan umat Islam khususnya mereka di Malaysia ini. 

Antara usaha yang boleh dilakukan ialah dengan bantuan kemanusiaan melalui derma, bantuan fizikal, harta-benda melalui pertubuhan-pertubuhan yang sah dapat menyalurkan bantuan tersebut di sana. 

Selain itu, umat Islam semuanya walau di mana jua, haruslah bersedia dan bersiap diri dengan segalanya untuk menghadapi cabaran akhir zaman ini.

Thursday, 3 June 2021

Lirik Nasyid Imad - Qalbi Yunadi (Album Munaya)



Ada pembaca itu hari request nasyid ni. Kami sediakan teks asas kepada kandungan nasyid yang disampaikan oleh Imad ini. 

Imad melagukan nasyid ini secara berulang-ulang pada rangkap-rangkap tertentu. Bagi mengelakkan teks menjadi berulang-ulang dan panjang susah nak scroll, kami hanya menyediakan asas teks yang mengandungi semua kalimah.

Silalah semak dan ulangi sendiri bait sebagaimana nyanyian oleh Imad. 

Wednesday, 2 June 2021

Terjemahan Lirik Nasyid Man Ana - Brothers


  أَنَا إنْ سَأَلْتَ الْقَوْمَ عَنِّيْ مَنْ أَنَا

Aku, jika engkau bertanya satu kaum tentang aku, siapakah aku

أَنَا مُؤْمِنٌ سَأَعِيْشُ دَوْمًا مُؤْمِنَا

Akulah orang beriman

maka aku hidup sentiasa sebagai orang yang beriman

2x

---------------------------------------------------------

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...