Saturday, 8 August 2026

Sifat Binari - Dari Tiada kepada Ada dan 3 Hukum Akal

 


Sejak kita menyedari kita wujud (ada) di dalam dunia ini, minda kita mengiktiraf bahawa sebelum itu kita tidak wujud di alam ini (tiada).

Tiada siapa pun dapat membuktikan dia bukanlah tiada sebelumnya kerana setiap orang itu mempunyai sijil beranak dan kad pengenalan yang menunjukkan tarikh lahirnya. Sebelum tarikh itu dia belum dilahirkan maknanya dia belum ada.

Paling mudah dan asas sekali ialah apabila sesuatu yang diadakan itu selepas ketiadaan (ciptaan/makhluk) ia menyedari yang ia wujud selepas tiada. Ia boleh diwakili dengan nombor 0 sebagai tiada dan nombor 1 sebagai ada.

Bermulalah proses kehidupan ia dengan mengetahui dengan ilmunya adanya 0 dan 1.

Sunday, 2 August 2026

Kit Bacaan Doa Menempuhi Perjalanan, Menaiki Kenderaan

Apabila kita membaca berita mengenai kemalangan di jalan raya sudah tentu ia menyedihkan dan tragik. Apatah lagi yang melibatkan kehilangan ibu-bapa, anak kecil menjadi yatim piatu, kehilangan adik beradik akibat kemalangan. 

Bermacamlah pula punca kemalangan yang berlaku. Samada kecuaian diri sendiri atau orang lain. Mungkin juga kerosakan teknikal kepada kereta atau keadaan jalan. 

Sudah tentu kita tidak mahu ia berlaku kepada diri kita dan keluarga. Kita hanya boleh berikhtiar mencari asbab selamat. Membaca doa adalah ikhtiar yang paling utama diiringi dengan bertawakal. 

Bagaimana pun kemampuan kita mengawal kenderaan ia tidak terlepas daripada berlaku kemudaratan jika takdir menghendakinya. 

Sebaliknya bagaimana buruk pun keadaan yang berlaku ia tidak mendatangkan kemudaratan jika tidak diizinkan oleh olehNya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...