Thursday 1 October 2015

Banduan Teragung Indonesia.. Gayus Tambunan.


Huhuhu.. Nonton Tennis..
Pernah dengar cerita orang dipenjara tetapi bebas keluar masuk penjara? Serupa cerita mengenai wali-wali Allah zaman dahulu kan?

Tapi ini walaupun bukan wali Allah pun dia ada kemampuan yang istimewa itu. Walaupun dia dikenakan hukuman penjara selama 30 tahun tetapi dia tetap meloloskan diri dengan selambanya menikmati kehidupan di luar penjara. 
Selfie dulu yuk sebelum kembali ke penjara
Setelah bermacam-macam "karamah" yang dilakukannya, baru-baru ini dia buat lagi satu "karamah". Bermula heboh dengan pergi keluar penjara sambil menonton perlawanan tennis. Malah beliau dikatakan bukan sahaja boleh membolos diri daripada penjara tetapi juga pergi berwisata di Macau, Singapura, Thailand dan Malaysia!!

Dalam kiraan rekod, dikatakan Gayus telah melolos keluar penjara sebanyak 68 kali!


Passport yang dikatakan digunakan oleh Gayus dengan nama Sony Laksono.
Dikatakan foto Gayus ketika di Thailand

Kemudian baru-baru ini, dengan selambanya dia makan di restoran di luar penjara bersama dua orang perempuan. Sambil mengambil gambar, macam biasa dia lakukan.


Gue makan sebentar aja.. Nanti gue kembali..
Semua penguatkuasa penjara di Indonesia menjadi buntu. Menteri Hukum Indonesia begitu berang selepas berjumpa Bapak Presiden Jokowi. Pada zaman Bapak Presiden Jokowi yang kuat memerangi rasuah itu pun kes seperti ini bisa terjadi. 

Akhirnya, Gayus Tambunan dipindahkan ke penjara yang sangat terpencil. Dengan niat untuk mengelakkan di keluar penjara sewenang-wenangnya. Gayus dihantar ke Penjara Gunung Sinyur. Nama pun gunung. Terpencillah sangat. 

Kekebalan penjara di Gunung Sinyur ini dikatakan dikelilingi mempunyai 3 lapis tembok dan setiap tembok ada dipasang kawat berduri.

Kita lihat adakah tempat ini akan berjaya menyekat pergerakan Gayus Tambunan?

Nikmati juga lagu "Andai Aku Gayus Tambunan".



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...