Tuesday 20 October 2015

Pengajaran Daripada Parahnya Kabut Asap @ Jerebu Di Indonesia.


Ketika ini dikatakan ada 1,000 lebih titik api yang mengakibatkan kabut asap atau jerebu di Indonesia. Ketika pasukan Malaysia dan Australia tiba bagi menjalankan operasi pengeboman air ke atas api yang membakar, dikatakan jumlah titik panas adalah sekitar 800. Walaupun operasi gabungan 3 negara, Malaysia, Australia dan Singapura kejadian kebakaran hutan semakin menjadi-jadi. 

Jika di Malaysia indeks pencemaran udara menunjukkan keadaan jerebu semakin parah ini bermaksud keadaan kabut asap (jerebu) di Indonesia lebih parah. Malah sudah terdapat banyak kes-kes kematian yang melibatkan kanak-kanak di Indonesia akibat komplikasi bernafas dengan udara yang tercemar.

Kabut asap yang menyelubungi kawasan Sumatera dan Kalimantan Indonesia sudah boleh dianggap sebagai satu bencana alam. Ia juga sudah sampai ke peringkat darurat nasional cuma terpulanglah kepada negara itu untuk mengumumkan darurat atau tidak kerana darurat menimbulkan kesan lain pula. Pengishtiharan darurat dikatakan akan menyukarkan pendakwaan undang-undang @ hukum dibuat kepada pesalah laku yang memulakan pembakaran hutan-hutan.

Apabila ia bencana alam, seharusnya ditangani oleh satu agensi khusus yang ditubuh dan diberi peranan untuk mendepani bencana-bencana. Agensi ini adalah perlu bagi sesebuah negara dan ia perlu berdedikasi untuk operasi penyelamatan semasa bencana serta mengambil langkah-langkah mengurangi kesan bencana. Bencana ini ada bermacam-macam jenis dan bukanlah kabut asap semata-mata. Gempa bumi, banjir, letupan gunung berapi, tsunami dan lain-lain kecelakaan yang besar adalah bencana. 


Harus adanya pewujudan agensi seperti ini dan ia dedikasi untuk peranannya. Bukan hanya satu badan atau kumpulan yang ditubuhkan secara "ad hoc" ketika bencana telah berlaku dan semakin parah. Ketika ini banyak persoalan dan kelemahan akan timbul dari soal operasi, aset-aset yang diperlukan, personel, koordinasi antara agensi-agensi lain yang membantu, soal keselamatan publik dan banyak lagi persoalan akan timbul ketika ini. Publik yang terdedah kepada bahaya kabut asap yang memekat juga perlukan kepada instruction yang jelas daripada pemerintah bagaimana menghadapi kabut asap dalam kehidupan seharian. 

Dikala negara Indonesia berlumba-lumba untuk membesarkan kekuatan dan aset tenteranya, ia tidak seharusnya melupakan keperluan untuk menangani bencana yang berlaku dalam kehidupan sivil. Kehidupan sivil yang hidup sehari-hari ketika negara aman dan tidak berperang. Kerana pentingnya aset-aset tertentu dibeli seperti keperluan kepada membeli pesawat bombardier yang efektif bagi membuat water bombing ke atas titik-titik api. Selain itu boleh juga pertimbangan diberikan kepada sistem padam api yang khusus seperti aliran air ke dalam tanah gambut bagi mengelakkan api daripada merebak.

Kejadian Karhutla (Kebakaran Hutan Lahan) / kebakaran hutan tanah gambut perlu ditangani dari seawal peringkatnya dan tidak dibiarkan ia menjadi parah sehingga sukar bagi usaha pemadaman api. Permainan politik yang merugikan juga perlulah dijauhi dan pertimbangan wajar diberikan kepada  menyelesaikan masalah. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...