Wednesday 6 September 2017

Sains Berasaskan Pemikiran Manusia & Kisah Telur Ayam


Ilmu sains moden adalah berdasarkan kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara. Kefahaman manusia yang melalui proses fikiran akal boleh jadi betul boleh jadi tidak.

Pernah beberapa tahun yang lepas, para saintis khususnya yang mengkaji hal-ehwal pemakanan mengesyorkan agar tidak mengambil telur kecuali beberapa butir sahaja seminggu. Alasannya ialah telur mengandungi kolestrol dan kolestrol adalah tidak baik untuk kesihatan.

Kefahaman saintifik manusia pada ketika itu ialah kandungan kolestrol yang tinggi di dalam badan manusia adalah disebabkan pengambilan makanan yang mengandungi kolestrol tinggi. 

Kini kefahaman saintifik tersebut telah berubah. Dikatakan kolestrol yang terhasil di dalam badan manusia adalah kerana kolestrol yang dihasilkan oleh hati manusia kerana memakan banyak lemak tepu (saturated-fat).

Kandungan lemak tepu adalah didapati banyak pada makanan seperti daging lembu, daging kambing, daging ayam dengan kulitnya, mentega dan keju.

Kajian saintifik terkini menunjukkan pengambilan telur walaupun agak tinggi tidak ada kaitan dengan risiko sakit koronari atau serangan jantung. 

Telur adalah kaya dengan protein, pelbagai vitamin dan mineral sememangnya satu makanan yang berkhasiat kepada manusia. 

Oleh itu apa lagi yang kita anggap betul tetapi sebenarnya salah, apa yang kita anggap salah tetapi sebenarnya betul. 

Adakah satu jalan dalam kehidupan kita ini supaya kita mendapat satu ilmu dan kefahaman yang muktamad atau pun sekurang-kurangnya mendekati kebenaran? 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...