Saturday, 16 September 2017

Kes Kebakaran Maahad Tahfiz Datuk Keramat Selesai

Kredit : Berita Harian
Alhamdulillah.

Dengan kecekapan pihak polis serta kerjasama dari orang ramai, kes kebakaran Maahad Tahfiz Al-Ittifaqiah di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur yang berlaku pada awal pagi 14 September 2017 telah berjaya diselesaikan dengan tangkapan 7 orang suspek remaja berumur dari 11 ke 18 tahun. 

Satu sidang media telah diadakan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkenaan hasil siasatan tersebut pada 8.20 malam 16 September di IPK Kuala Lumpur.

Fakta-fakta 

Suspek-suspek
  1. 6 daripada 7 orang suspek berkenaan positif dadah Ganja. 
  2. Ketujuh-tujuh telah dibawa ke mahkamah untuk perintah reman selama 7 hari. 
  3. Ketujuh-tujuh suspek bukanlah dari kalangan pelajar tahfiz berkenaan. 
  4. 2 daripada 7 orang tersebut mempunyai rekod jenayah lampau (mencuri dan merusuh).
  5. Kesemua suspek tinggal berdekatan pusat tahfiz berkenaan. 

Motif perbuatan - Membakar Pusat Tahfiz
  1. Siasatan mendapati perbuatan mereka adalah untuk membakar maahad tahfiz berkenaan adalah dengan motif balas dendam selepas berlakunya kejadian ejek mengejek di antara kumpulan berkenaan dengan beberapa pelajar tahfiz. Pihak polis masih lagi dalam siasatan punca terjadinya ejek mengejek diantara kumpulan itu dan pelajar-pelajar tahfiz. 
  2. Satu bahan pembakar (jenis hidro-carbon) digunakan menyemarakkan api.
  3. Suspek-suspek membawa dua tong gas ke atas tingkat 3 bangunan pusat tahfiz.
  4. Polis telah merampas pakaian, topi keledar serta motorsikal yang digunakan semasa kejadian tersebut untuk dianalisa. 
CCTV PPIM
  1. Rakaman daripada CCTV di premis PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) telah dapat mengecam salah seorang daripada 7 suspek yang kemudiannya membawa penangkapan semua suspek. 
  2. Rakaman CCTV itu juga telah tersebar di media sosial. 
Dimaklumkan juga sidang media itu juga dibuat awal oleh Ketua Polis Kuala Lumpur kerana tersebarnya (viral) mesej-mesej yang mungkin membuatkan publik membuat pelbagai andaian yang mengganggu siasatan polis serta perbicaraan di mahkamah kelak. 

Tugas polis adalah membuat siasatan dan hasil siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tujuan pendakwaan. 



Sumber Youtube : Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...