Wednesday, 6 September 2017

Gayus Dapat Remitan Hari Kemerdekaan 6 Bulan Penjara



Nak ucap tahniah kepada Gayus Tambunan kerana mendapat remitan penjara 6 bulan pada bulan lepas sempena hari kemerdekaan Indonesia tahun ini. Tahun 2016 Gayus mendapat 4 bulan remitan hukuman penjaranya atas sabitan korupsi. Remitan diberikan kerana Gayus telah berkelakuan baik selama di penjara. 

Dalam bahasa Indonesia remitan penjara ini dipanggil remisi. 

Remitan atau remisi ini adalah dari perkataan Inggeris remission. Remitan ini adalah pengurangan bagi tempoh penjara kerana seseorang banduan itu telah berkelakuan baik dan mengikut peraturan penjara. 

Kes Gayus Tambunan mendapat liputan media Indonesia sebelum ini kerana kemampuan anehnya keluar dan masuk dari tahanan penjara sesuka hati. 

AKA Sony Laksono
Selfie dulu yuk sebelum kembali ke penjara
Tetapi sebelum itu di dalam mahkamah, Gayus menafikan ada memberi rasuah kepada pegawai atau staf penjara untuk mendapat keistimewaan seperti itu. Gayus menyatakan dia hanya mengikut kebiasaan banduan-banduan lainnya yang ramai keluar masuk penjara seperti itu. 

Juga dengan tegas Gayus memberitahu mahkamah bahawa dia hanya keluar dari penjara bagi tujuan bertemu dengan keluarganya sahaja. Ujarnya tidak ada tujuan lain dari itu, sambil menangis teresak-esak di hadapan hakim mahkamah, hadirin dan para wartawan yang membuat liputan.

Gayus diwawancara selepas perbicaraan mahkamah dan
sebelum kembali ke tahanan penjara.

Apabila ditanya wartawan mengenai seorang individu memakai wig, berkaca mata dan memakai jaket gelap yang menonton perlawanan tennis di Bali sebelumnya itu pada 5 November 2010, Gayus menjawab "Untuk tidak berpolemik panjang, bahawa yang di Bali itu betul (adalah) saya".

Sebelum mendapat remitan pun Gayus telah menunjukkan contoh yang baik apabila menjawab soalan-soalan yang ditanyakan oleh para wartawan. Gayus tidak mengelak-ngelak dan berpolemik panjang dengan soalan yang diberikan wartawan. Ini boleh menjadi contoh seorang banduan yang baik ketika menjawab soalan-soalan daripada wartawan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...