Sunday, 3 September 2017

Manfaat Hartanah Malaysia Terlebih Supply


Ketika saya melalui satu kawasan di zon tengah Malaysia, saya mendapati satu iklan kain rentang yang menawarkan sewaan kedai percuma untuk 3 bulan pertama. Jelas ini adalah petunjuk kepada keadaan market hartanah bagi kategori "retails" atau pun sewaan lot kedai, studio perniagaan atau rumah kedai. 

Malah sudah ada laporan kewangan bagi suku kedua tahun 2017 melaporkan kelembapan ekonomi dari kategori ini sebagai fakta yang diterimapakai. 

Beberapa artikel dari pakar-pakar hartanah juga menyatakan kelembapan pasaran dari kategori ini. Ini berlaku atas beberapa faktor mengikut pakar-pakar ini. Ada yang menyatakan ia dijangka berlanjutan sehingga 3 tahun sebelum pulih. 

In the context of Malaysia, we take the definition given by Yin, Chuyan and Hoong (2016), housing bubble represent when the housing prices are over and above the fundamental housing prices.  An Empirical Study

Sementara dari segi hartanah jenis perniagaan sudah jelas diperkatakan, hartanah dari kategori lain pula turut terkesan walaupun belum lagi dilihat secara terang-terangan kemerosotan pasarannya.

Property Bubble / Gelembung Hartanah

Ia sudah diperkatakan sejak beberapa tahun lepas. Jika ia berlaku harga hartanah akan menjunam jatuh tetapi kebiasaannya, para pembeli pula tidak berkemampuan atau tidak mempunyai kuasa membeli hartanah ketika itu akibat keadaan ekonomi. 

D Pulze di Cyberjaya menawarkan Mall yang digabungkan dengan
Residential Condo atau Service Apartmen. Konsep seperti ini sedang mendapat
tempat di kalangan professional, expatriat dan juga penduduk tempatan yang berkemampuan. 
 "Figures from the National Property Information Centre (Napic) have indicated that as of the first quarter of 2017, some RM10.08 billion worth of residential units are unsold in Malaysia."Source

Manfaat Oversupply kepada rakyat

Sewa Bulanan atau Tempoh Panjang

Jangan ingat situasi seperti ini tidak ada manfaat langsung kepada rakyat jelata. Oversupply seperti ini menjadikan sewa rumah tidak dapat dinaikkan kepada lebih tinggi disebabkan banyaknya persaingan. Sedikit sebanyak memberikan kelegaan kepada mereka seperti professional atau pekerja-pekerja yang berhijrah ke bandar-bandar untuk bekerja. Manfaat ini adalah untuk sewaan tempoh bulanan atau tahunan. 

Sebagai contoh jika tiada persaingan satu rumah flat atau apartmen dengan 3 bilik di kawasan bandar yang membangun mungkin ditekan sehingga melebih RM1,500 tetapi kerana adanya persaingan, ia mungkin hanya setinggi RM1,000 atau kurang dari itu. 

Sewa Harian

Persaingan juga memberikan harga yang rendah kepada sewaan harian. Apatah lagi dengan adanya applikasi online seperti AirBnB yang memudahkan para pengembara menempah bilik, homestay atau rumah sewa yang murah, selesa dan mempunyai kelengkapan yang mencukupi. Dengan applikasi seperti ini, pengunjung satu dunia boleh melihat iklan homestay yang dipaparkan di dalam apps. Mereka boleh menempah terus dari negara masing-masing dan berkomunikasi dengan tuan rumah melalui apps itu juga. Apps AirBnB ini bolehlah dikatakan seperti applikasi UBER atau Grabcar bagi rumah-rumah sewa. 

Kadar sewa di Cyberjaya contohnya, adalah dalam kadar RM100 bagi studio satu bilik dan satu bilik air. Ia boleh kurang atau lebih sedikit dari itu bergantung kepada furnishing atau kelengkapan dan hiasan yang disediakan. Jika ia berjumlah dua bilik dan dua bilik air pula ia boleh naik melebihi RM100 atau RM200. Tetapi jika 3 bilik dan 2 bilik air ia juga akan sama seperti ini. Ia sukar melebihi RM250. 

Kecuali jika rumah itu melebihi 4 bilik atau sebuah banglo. Tetapi range penyewa seperti ini akan berkurangan. 

Di Lembah Klang dilaporkan secara rasmi
telah berlaku hartanah perniagaan terlebih bekal. 
Sewa Shop Outlet yang Murah

Manfaat Property Bubble

Ada pakar yang mengatakan jika berlaku gelembung hartanah, dijangka berlaku penurunan ketara terhadap harga hartanah kategori medium kepada high end. Mungkin untuk memahami kategori ini kita boleh merujuk kepada Bajet 2016 dimana Kerajaan telah memberikan insentif bagi pembeli rumah pertama yang mana mendapat pengecualian duti setem sebanyak 50% jika membeli rumah di dalam kategori RM300 ribu ke RM500 ribu. 

Bagi yang membeli rumah dengan harga RM300,000 ke bawah pula pengecualian duti setem ke atas surat pindah milik tersebut adalah sebanyak 100%.

Secara keseluruhannya, mungkin juga hartanah jenis lain akan mendapat kesan daripada meletupnya gelembung hartanah itu. 

Walaupun ia belum berlaku, tetapi ketika ini sudah ada rumah, apartmen atau hartanah yang dijual di bawah harga pasaran.

Beberapa faktor untuk dirisaukan

Ada juga penganalisis yang memberikan amaran mengenai kemasukan pelabur-pelabur hartanah dari China yang membeli hartanah di dalam negara dan boleh menyebabkan nilai hartanah menjadi tinggi dan tidak munasabah. Ianya boleh menjadi satu kemungkinan walaupun perkara ini belum dilihat berlaku.

Apabila terlalu banyak kompleks membeli belah maka mungkin ada yang terpaksa ditutup akibat masalah persaingan dan kurangnya permintaan tempatan. Adalah malang sekiranya ia berlaku kepada pengusaha shopping mall tempatan.


Antara sebahagian Sumber rujukan

https://mpra.ub.uni-muenchen.de/79721/1/MPRA_paper_79721.pdf
http://malaysiaproperty.site/2017/05/16/global-property-bubble-about-to-pop-pop-means-kaboom/
http://malaysiaproperty.site/2017/08/22/ideas-property-bubble-malaysia-set-to-burst/
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/08/20/property-market-bubble-set-to-burst-says-think-tank/


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...