Wednesday 25 December 2019

Kekejaman Komunis : Saksi dan Mangsa Kekejaman di Kem Tahanan Uighur di Xinjiang, China



Credit : DW News

Seorang bekas tahanan wanita di Kem Tahanan di Xinjiang, China memberikan deskripsi bagaimana keadaan ketika dalam tahanan. Nama beliau adalah Gulbahar Jalilova.

"Ini (dokumen) adalah sejak hari saya ditahan. Ia menyatakan nama saya, tarikh lahir saya dan menyatakan yang saya seorang pengganas (terrorist)" katanya dengan menambah pihak berkuasa China tidak pernah menjelaskan mengapa beliau dinyatakan sebagai pengganas. 

"Jika anda dikesan bercakap Bahasa Uighur, anda akan dimasukkan ke dalam bilik yang gelap".

Tuesday 24 December 2019

As-Subhu Bada - Owais Qadri ( Lirik dan Terjemahan )


Credit : Remedy Ark

Bertenang dan dengarkan alunan qasidah As-subhu bada oleh Owais Qadri. Diselangi zikir nama Allah. Ikuti terjemahannya di bawah. 

Sunday 22 December 2019

Kekejaman Rejim Komunis Pada Masa Kini


Kita biasa mendengar mengenai kekejaman komunis pada masa lampau. Tetapi mungkin tertanya-tanya itu sudah pun menjadi sejarah, dan komunis khususnya di China sekarang sudah pun berubah. Malah banyak negara termasuklah Malaysia sendiri mempunyai hubungan dagangan dengan negara China. 

Pada hari ini kita mendengar pelbagai berita dari sosial media berkenaan penindasan terhadap etnik Uighur. Berbagai perlakuan terhadap etnik ini oleh Parti Komunis di China atas alasan menentang terrorism. Antara yang tersebar ialah mereka ini ditahan beramai-ramai di kem-kem tahanan, disiksa, dirogol, dibunuh, dipotong anggota tubuh dan ramai yang hilang begitu sahaja. 

Hakikatnya etnik Uighur telah ditindas dan dinafikan hak-hak asasi manusia samada hak untuk nyawa, hak bersuara, kebebasan bergerak, hak untuk mengamalkan ajaran agama dan banyak lagi. 

Sekiranya hak-hak seperti ini ditindas dan dicabuli oleh kerajaan Malaysia sedikit pun, sudah tentu rakyat berasa marah dan Malaysia sendiri akan dikecam oleh masyarakat antarabangsa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...