Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Wednesday, 23 August 2017

Edisi Siasat : SEBAB Kenapa Bendera Indonesia Diletakkan Terbalik !!

Bendera Variasi 1
Siapakah yang membuat angkara yang memasang bendera Indonesia secara terbalik? 

Adakah ia satu kesengajaan atau provokasi terhadap satu bangsa yang mudah terusik emosinya. Sedangkan kes lumpia Cina yang berasal dari China pun ada rakyat Indonesia bernafsu amarah kepada Malaysia sehingga meletakkan tahi atas bendera Malaysia seperti di sini. Inikan pula kesilapan menggambarkan bendera mereka sendiri di dalam pamplet Sukan SEA. Apatah lagi adanya pula kalangan mereka yang mengambil kesempatan membuat bisnes atas amarah dan mengapi-apikan kebencian pihak tertentu dengan melakukan demonstrasi dengan perbuatan yang begitu buruk. 

Mungkin ada yang menyangka Incikposmen sengaja menerbalikkan bendera Indonesia di atas.  Itu sangkaan yang buruk ye. Sebenarnya itu adalah bendera negara Poland. Kalau tak percaya bolehlah tengok di Wiki sini. 

Bendera negara Poland ini mempunyai warna putih di atas dan warna merah di bawah. Sementara itu bendera Poland ni ada dua variasi. Satu lagi variasi rupanya begini. 

Saturday, 25 February 2017

Rakyat Indonesia marah KLIA 2 !!!



Selepas Myanmar dan Korea Utara marah kepada Malaysia kini giliran Indonesia pula. Sebahagian rakyat Indonesia terkejut dan amat marah melihat nama negara Indonesia ditukar kepada INDOCHINA !! 


Ia bermula apabila seorang facebooker Indonesia membuat postingan mempertikaikan nama negara Indonesia ditukarkan kepada Indochina oleh KLIA 2. 



Apabila disemak di Facebook, ramai facebooker membuat sharing kandungan posting berkenaan dan mengundang kemarahan serta maki hamun ramai facebookers Indonesia yang lain kerana KLIA 2 terlibat dalam konspirasi meng"indochina"kan Indonesia.

Saturday, 9 January 2016

3 pakar silat Indonesia berlakon dalam Filem Star Wars - The Force Awakens.


Rupa-rupanya ada 3 orang pelakon Indonesia yang terkenal dengan filem "The Raid" dipanggil untuk berlakon dalam filem Star Wars terbaru iaitu " The Force Awakens ". Puncanya ialah pengarah filem Star Wars tersebut iaitu JJ Abrams adalah peminat mereka yang muncul dalam menunjukkan aksi silat berkualiti dalam filem "The Raid".

Mereka ialah Yayan Ruhian, Iko Uwais dan Cecep Arif Rahman. Walaupun tidak diberikan watak utama, tetapi watak yang diberikan kepada mereka adalah layak untuk diabadikan dalam bentuk Lego.


Yayan Ruhian, Iko Uwais dan Cecep.
Gambar - Detik.com
Yayan Ruhian ketika menceritakan pengalaman berlakon di set pengambaran, mereka telah dikenakan satu disiplin yang ketat supaya para pelakon fokus kepada matlamat kerja yang ingin dicapai. Telefon bimbit atau handphone mereka akan dikunci dan digantikan dengan telefon bimbit khas hanya untuk berkomunikasi sesama pelakon. 

Thursday, 1 October 2015

Banduan Teragung Indonesia.. Gayus Tambunan.


Huhuhu.. Nonton Tennis..
Pernah dengar cerita orang dipenjara tetapi bebas keluar masuk penjara? Serupa cerita mengenai wali-wali Allah zaman dahulu kan?

Tapi ini walaupun bukan wali Allah pun dia ada kemampuan yang istimewa itu. Walaupun dia dikenakan hukuman penjara selama 30 tahun tetapi dia tetap meloloskan diri dengan selambanya menikmati kehidupan di luar penjara. 
Selfie dulu yuk sebelum kembali ke penjara

Monday, 8 September 2014

Apa itu “nisbah”? Tanya Mata Najwa. (Bahasa Indonesia vs Bahasa Malaysia)



(Update video penuh program Sayed dan Najwa di bawah)

Hahaha.. Malam ini aku aku duduk depan TV lagi lepas seharian berurusan bisnes dengan klien-klien.

Kali ni aku menonton program Sayed dan Najwa. Sayed Munawar merupakan pengacara senior RTM manakala Najwa Shihab atau nama sebenarnya Sharifah Najwa adalah pengacara terkenal yang mengacara rancangan Mata Najwa di Indonesia.


Aku tergelak dalam hati bila Najwa bertanya maksud perkataan “nisbah” yang digunapakai Sayed Munawar ketika menyoal pengalamannya sebagai pengacara yang masyhur. Sayed kemudiannya menggantikan dengan perkataan inggeris “ratio”. Barulah Najwa faham dan menjawab soalan Sayed.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...