Nak ucap tahniah kepada Gayus Tambunan kerana mendapat remitan penjara 6 bulan pada bulan lepas sempena hari kemerdekaan Indonesia tahun ini. Tahun 2016 Gayus mendapat 4 bulan remitan hukuman penjaranya atas sabitan korupsi. Remitan diberikan kerana Gayus telah berkelakuan baik selama di penjara.
Dalam bahasa Indonesia remitan penjara ini dipanggil remisi.
Remitan atau remisi ini adalah dari perkataan Inggeris remission. Remitan ini adalah pengurangan bagi tempoh penjara kerana seseorang banduan itu telah berkelakuan baik dan mengikut peraturan penjara.
Kes Gayus Tambunan mendapat liputan media Indonesia sebelum ini kerana kemampuan anehnya keluar dan masuk dari tahanan penjara sesuka hati.

