(Update video penuh program Sayed dan Najwa di bawah)
Hahaha.. Malam ini aku aku duduk depan TV lagi lepas seharian
berurusan bisnes dengan klien-klien.
Kali ni aku menonton program Sayed dan Najwa. Sayed Munawar merupakan
pengacara senior RTM manakala Najwa Shihab atau nama sebenarnya Sharifah Najwa
adalah pengacara terkenal yang mengacara rancangan Mata Najwa di Indonesia.
Aku tergelak dalam hati bila Najwa bertanya maksud perkataan “nisbah”
yang digunapakai Sayed Munawar ketika menyoal pengalamannya sebagai pengacara yang masyhur. Sayed kemudiannya menggantikan dengan perkataan inggeris “ratio”.
Barulah Najwa faham dan menjawab soalan Sayed.
Najwa Shihab mengacara bual bicara yang melibatkan tokoh-tokoh politik terkenal di Indonesia. |
Perkataan “nisbah”
Ini disebabkan adanya perkataan yang berbeza, unik dan hanya
digunakan oleh rakyat Malaysia tetapi tidak digunapakai rakyat Indonesia dan
begitu juga sebaliknya. Perkataan “nisbah” adalah contoh tersebut. Walaupun
ianya perkataan yang berasal daripada bahasa Arab dan secara logiknya kita akan
beranggapan bangsa Indonesia yang serumpun dan beragama Islam akan memahaminya,
tetapi sudah dibuktikan kita silap.
Perkataan “dasar”
Ini satu lagi perkataan yang biasa kita gunakan dan sudah tentu kita
fikir orang Indonesia menggunapakai dalam konteks yang sama. Aku sendiri pernah
buat kesilapan macam ni. Aku pernah guna perkataan “dasar” ketika dalam satu
bisnes negotiation dengan team dari
Indonesia dan ketua team tak faham.
Keadaan lebih memerangkap sebab lepas tu aku cuba guna bahasa
Inggeris “policy”. Sebaik sahaja aku sebut “policy” aku terus teringat yang
mereka ni gunakan perkataan polisi untuk pasukan polis. Ianya kemudian terbukti
yang mereka juga tak faham apa yang aku nak sampaikan. Negotiation itu berakhir dengan mereka langsung tak faham apa itu
perkataan “dasar”.
Mobil polisi. Kalau disebut kereta bisa faham gak? |
Tak lama selepas itu, hasil aku membaca beberapa artikel dari media
massa Indonesia, akhirnya aku jumpa perkataan “dasar” bagi Indonesia.
Kebijakan.
Kemudian itu juga aku menyaksikan satu team negotiation daripada
Malaysia dengan selambanya menggunapakai perkataan “dasar” dan aku lihat
ahli-ahli pasukan negotiation Indonesia hanya diam terkelip-kelip mata mungkin
cuba memikirkan apa maknanya.
Beza perkataan dan
konteks.
Banyak lagi perkataan yang berbeza, unik mahupun serupa tetapi tidak
sama maksud di antara Malaysia dan Indonesia. Tidak semua orang Indonesia itu
pernah berkomunikasi dengan orang Malaysia atau menonton filem, rancangan
Malaysia seperti kartun Upin dan Ipin misalnya.
Orang Malaysia pula yang biasa mendengar orang berbicara bahasa
Indonesia mungkin tidak tahu perkataan yang digunakannya tidak digunakan dalam vocabulary bahasa Indonesia.
Kelebihan Bahasa Melayu
Malaysia dan Indonesia
Asalnya perkataan Melayu dalam bahasa Jawi |
Bahasa Melayu Malaysia banyak mengimport perkataan bahasa Arab
sehinggakan orang Melayu itu ketika remajanya telah pun menguasai beratus-ratus
dan mungkin beribu perkataan Arab tanpa dia sedari. Contohnya seperti selamat,
mudarat, manfat, sedekah, syukur, nafi, sabit, faham, fikir, alam, kalbu,
nisbah, adil, zalim, mungkar, jahanam, usrah, kariah dan banyak lagi.
Dari segi percakapan pula, orang Melayu Malaysia mungkin lebih
pantas berkata-kata, ayat yang dibinanya lebih ringkas dan padat bagi
menyampaikan maksud. Berbanding dengan penyampaian orang Indonesia yang lebih
naratif dan agak panjang. Ini mungkin kesan daripada orang Malaysia yang
terlebih dahulu membudayakan teknologi dan hidup dalam suasana lebih global
berbanding dengan orang Indonesia. Suasana dimana segala urusan menjadi lebih
pelbagai, kompleks dan segalanya lebih pantas.
Ini satu kelebihan. Bandingkan dengan melihat bagaimana Mata Najwa berbicara dengan Jokowi di bawah.
Ini satu kelebihan. Bandingkan dengan melihat bagaimana Mata Najwa berbicara dengan Jokowi di bawah.
Rancangan Mata Najwa bersama Jokowi.
Namun demikian, aku melihat orang Melayu Malaysia mula kehilangan kekayaan vocabulary. Tu sebab aku banyak pakai
perkataan Inggeris. Satu lagi cuba dengar orang-orang sekarang ni bercakap macamana.
Berbanding dengan Bahasa Indonesia yang lebih kaya dengan perkataan
dan istilah. Mungkin sebab suku kaum rumpun Melayunya yang lebih meriah disana dengan
penduduk yang sangat ramai. Dalam masa jangka panjang ini tidak baik untuk
perkembangan bahasa Melayu Malaysia, maka sesuatu perlu dilakukan oleh pihak
yang bertanggungjawab.
Ini kerana dalam dunia yang semakin maju, perkataan ataupun istilah
yang tepat adalah penting bagi membawa maksud.
Mungkin Malaysia dan Indonesia perlu duduk bersama bagi tujuan
pembinaan bahasa. Mungkin kita boleh guna satu bahasa Melayu sama atau
sekurang-kurang merapatkan jurang di antara dua bahasa Melayu tersebut.
Saksikan rancangan pada malam tersebut.
Sayed dan Najwa.
Sayed dan Najwa.
setuju. saya pun terkadang kurang "terkelip-kelip" jika mendengar berita dari televisi Malaysia. Kita perlu forum untuk menyatukan dan menyamakan istilah-istilah modern/moden. Untuk istilah arab diatas:
ReplyDeleteselamat, mudarat, manfat, sedekah, syukur, sabit, faham, fikir, alam, kalbu, adil, zalim, mungkar, jahanam.
kebanyak orang Indonesia pun paham. Namun untuk kata selamat berbeda sedikit artinya.