Di sini Pak Long nak ucap tahniah kepada satu Parti Politik ni. Sebab pimpinan ulamanya berjaya menjawab soalan Matematik yang ANEH haritu. Memang aneh soalan itu, sebab yang boleh menjawabnya hanya budak-budak sekolah. Kalau dah jadi orang dewasa susah pulak nak jawab soalan matematik tu.
Bagi yang belum tahu apa soalan matematik yang ANEH tu bolehlah skroll ke bawah, lihat ada satu posting tentang itu.
Hikmah soalan matematik yang ANEH itu
Hikmah 1.
Mungkin itulah hikmahnya, supaya kita sedar, semakin kita tua ni semakin kita banyak berkepentingan. Berkepentingan itu pentinglah juga, kalau tidak kita membuat kerja-kerja yang tak penting pulak kan? Isunya sekarang bagaimana kita mempertimbangkan dan menguruskan kepentingan-kepentingan kita itu?
Perkara simple je kan. Kalau dah lebih daripada dua itu maksudnya 3 dan lebih kan?
Apa? Tak setuju jugak? Lantak engkorang la. Dah memang ramai otai-otai yang fail jawab soalan tu.
Hikmah 2
Kita dapat lihat satu jamaah ni sebenarnya, actually, confirm, terzahir sudah, gazetted sudah yang ia memang terbahagi kepada dua pihak. Satu pihak memandang ke kiri, satu pihak memandang ke kanan. Dua-dua tak mahu mengalah, dua-dua sangat kuat political willnya. Pendek kata, dua pihak dalam satu jamaah yang mempunyai modus operandi yang berbeza. Matlamat mereka? Kalau tanya dengan Pak Long, Pak Long kata berbeza.
Hikmah 3
Soalan matematik simple je, tetapi macamana boleh menggugat institusi raja berperlembagaan pulak? Itulah. Bila dah berkepentingan, macam-macam pulak spinnya. Kita nampaklah kan. Ke mana mereka nak pergi sebenarnya. Kalau kata tak nampak tu ada dua sajalah.
1. Memang dah jadi makanan. Kira tidak sampailah di akalmu itu.
2. Memang orang yang nak pergi ke sana.
Mungkin sebab itulah juga mereka masukkan piket anti-Akta Hasutan. Sebab Akta Hasutan ni antaranya melindungi;
1. Artikel 153 (kedudukan ummat Melayu),
2. Perkara 152 (bahasa Melayu bahasa Kebangsaan),
3. Perkara 181 (kuasa Raja-raja Melayu) dan
4. Bahagian ketiga (Kewarganegaraan)
semuanya dari Perlembagaan Persekutuan.
Beranikah rosakkan ini setting feng shui?
Lawan titah Raja + minta mansuh Akta Hasutan! Satu kombinasi yang licik. Satu "tarbiyah"!
Hikmah 4
Kita dapat lihat jugalah orang ni sokong puak tu, orang yang situ sokong puak ni. Masing-masing sekarang ini menunjukkan warna kulit sebenar yang selama ini disembunyikan bagi tujuan menjayakan agenda masing-masing.
Sebab berkepentingan sangat, tak kira kronisma ke, buang duit rakyat ke, lawan titah raja ke. Semua ada justifikasi (baca : spin).
Hikmah 5
Soalan yang paling tak disukai ramai, apa pilihan anda pulak. Apa pilihan aku? Apa yang anda lihat? Mungkin anda orang yang sudah set pemikiran anda seperti di Hikmah 3. Ataupun anda sehingga sekarang tak nampak-nampak lagi.
Tapi kalau dah nampak itulah isunya sekarang. Anda juga akan nampak yang kestabilan Malaysia ini berkait rapat dengan kestabilan politiknya. Mungkin ada yang berbeza pendapat, tetapi majoriti yang teguh mempertahankan asas-asas yang kukuh pembinaan bangsa dan negaralah yang menjadi formula berjayanya Malaysia sehingga ke tahap ini. Apa yang membinasakannya ialah penipuan-penipuan yang kontra kepada asas-asas tersebut.
Senang cerita, nilai-nilai sejagat ialah fitrah asal manusiawi, maka lelaki tak kahwin dengan lelaki, itu bukan hak asasi manusia pun.
Nilai-nilai sejagat ialah percaya kepada Tuhan. Dah tentu ada yang mencipta alam. Yang selain itu bukan nilai sejagat, tak percaya adanya Pencipta itu bukan fitrah kejadian pun. So janganlah terpengaruh dengan mereka yang meng-hijack perkataan nilai-nilai sejagat dan hak asasi manusia ni.
Ok, setakat ini sahajalah Pak Long berceloteh malam ni. Salam.
Pak Long adalah salah seorang Author incikposmen
Artikel Berkaitan
Pak Long adalah salah seorang Author incikposmen
Artikel Berkaitan
No comments:
Post a Comment