Wednesday, 17 September 2014

Apa salah dia?

Azmi Sharom, Lawyer dan Pensyarah
Universiti Malaya, juga seorang kolumnis The Star.
Aku baca artikel daripada kolumnis The Star ni hari ni. Aku tak kenal sangat dia ni. Kalau aku baca The Star pun, artikel dia jarang aku baca. Cuma kadangkala aku ada terbaca juga.

Seperasan aku mengenai pendekatan penulisan dia, memang menunjukkan yang dia seorang berani. Berani dalam memberikan pandangan. Sebab aku tak baca banyak maka aku tak tahulah sangat hala tuju penulisan dia.

Tapi baru-baru ini, kecoh sebab dia kena dakwa. Kena dakwa pulak di bawah Akta Hasutan 1948. Dah tu pulak, artikel dia keluar The Star hari ni. Kali ni aku tumpukan pembacaan aku tentang apa yang nak dia perkatakan. Aku cuba memahami apa yang berlaku. Mungkin dalam artikel kali ini dia bersifat defensive terhadap pendakwaan yang dikenakan terhadapnya.

Tidak!


Tidak! Dia tak mahu memperkatakan tentang pendakwaannya di mahkamah. Kerana ia masih berjalan dan dia tidak mahu bersifat prejudis. Aku pun dalam tulisan aku ni tak bolehlah nak cerita tentang perjalanan pendakwaan dia kan. Nanti aku pulak kena dituduh hina mahkamah.

Tapi dia nak bercerita tentang sifat dirinya yang memegang satu kepercayaan. Kalau ikut kefahaman aku, dia ni memilih untuk pegangan itu. Pegangannya ialah dia mempercayai adanya KEBEBASAN MUTLAK.

Dia percaya kebebasan mutlak itu ada. Dia percaya yang kebebasan mutlak itulah sebenarnya lebih baik buat umat manusia ini. Walaupun kemudian dia buat pengecualian.
Naturally I can’t speak for anyone else, so this is a purely personal take. I think that the ideal is absolute freedom.
In other words, absolute freedom of expression is the best thing to have. Unfortunately, we all know that in this world, reason and ­honesty are sometimes in short supply.
Therefore, there is clearly a need for some sort of laws and controls over people who would defame others or call for unacceptable things, like genocide.
Azmi Sharom. "Freedom with the right limitation". Artikel penuh di sini. 
Lepas tu aku pun tanyalah diri sendiri, betul ke kebebasan mutlak ni ada. Aku fikir pulak, kat sini kan ada dua perkataan asalnya. “BEBAS” dan “MUTLAK”. Ni apa yang aku fahamlah, mungkin je aku ni tersilap juga, aku ni manusia biasa.

Bebas ni yang aku faham bebas untuk memilih.

Apa nak buat? Makan? Makanlah apa saja tiada sekatan untuk memilih. Nak melihat? Lihatlah dengan mata apa jua pun tanpa selindung atau disekat penglihatan anda oleh pihak lain. Nak bergerak, bergeraklah ikut kehendak anda. Itu pun dah bunyi bebas kan?

Kalau bebas mutlak macamana ya? Tanpa batasanlah jawabnya. Tanpa ada had. Tanpa sekatan. Dah bebas, mutlak pulak tu.

Bebas tak mutlak? Ada tak? Anda bebas untuk makan kecuali jangan makan benda yang beracun. Anda bebas bergerak kecuali jangan bergerak ke tempat yang membahayakan anda. Anda bebas untuk keluar rumah kemana anda mahu pergi tapi malam kena balik kalau tidak isteri anda marah. Hmm.. nampak munasabah pulak kenyataan-kenyataan ni kan.

Banyak lagi pengecualian. Bukan genocide je kan tuan lawyer?

Takat ni macam logik fikiran aku tak sama macam fikiran dia ni.

Kat Penang aritu, eww..
bayangkan your child tanya is that you papa?
Why you were not wearing any clothes mama?
Well. Our boat was capsized and
suddenly everyone has no clothes on.
Kalau difikirkan mendalam lagi pun, ada ke kebebasan mutlak sebenarnya. Tak ada!!! Kalau ada mestilah pencuri itu berkata yang dia berhak mencuri dan perogol itu berkata dia berhak merogol. Kan dah tunggang terbalik tu. Oleh tu, kebebasan mutlak tu memang tak adalah.

Ok.. sebenar tak adalah kann?? Tak setuju jugak? Ok.. Ok.. Tapi Encik Azmi pun percaya kepada pengecualian jugak, tengok artikel dia.

Kalau orang lelaki berkata dia berhak berhak berkahwin sesama lelaki? Mesti puak LGBT dari DAP dan sebahagiannya dari PKR menyokong kebebasan ini bukan? (Anda tak perlu tanya Anwarinas dalam PAS ke..)

Bogel tak malu. Tapi bila kena dakwa tutup muka.
Eleh.. yang depan tu pun pakai spek hitam.
Itu kira paling macho lah.
Itulah fitrah insan.
Papa, why you cover your face?
Kalau ada orang lelaki berkata dia berhak berkahwin dengan binatang yang menjadi kekasihnya? Katakan lembu betina, atau lebih teruk, lembu jantan! Eww.. teruknya fantasi ini.. Tapi perenggan kat atas tu pun teruk juga, cuma sekarang orang dah biasa dengar dan lihat di media massa kes-kes macam tu. Akhirnya biasa dah dengar.

Lepas tu ada pulak orang lelaki yang berkata nak berkahwin dengan pokok. Cukup.. cukup..

Nauzubillahhh.. kata encik pokok.
Kenapa tak sanggup dengar? 

Sebab itulah fitrah keinsanan yang ada dalam diri insan yang murni. Kecualilah ia tidak murni lagi sebab dah tercemar. Tu sebab ada dosa dan pahala. Makna yang juga menjadi fitrah kepada insan untuk memahaminya. Tak gitu?

Bayangkan syaitan kerjanya menghasut. Menghasut kepada kejahatan. Kejahatan ni pulak berakhir dengan keburukan, kemusnahan dan kerugian. Syaitan tu bersifat dengan sifat syaitanlah.  Jahat. Adakah sesiapa dengan itu boleh memilih untuk bersifat dengan sifat-sifat syaitan? Ini kebebasan mutlak.

Yang mengagungkan
syaitan pun dah ada.

Sedangkan syaitan juga tidak adil. Sebab dia tak bagi kebebasan mutlak pun, dia tak bagi orang buat baik, buat kerja kebajikan, dia nak orang buat benda-benda jahat dan maksiat sahaja. Hasut menghasut. Fitnah memfitnah. Benci membenci.

Encik Vendetta memang
tak puas hati dengan aku kan?
Maka, apa pilihan kita? Sanggup menghasut kepada kejahatan? Atau menyeru kepada perpaduan dan kesejahteraan?

Oleh kawan incikposmen.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...