Cerita Petronas lawan Pertamina ini sememangnya menjadi favorit saya
dan saya sentiasa mengikuti perkembangan artikel-artikel berkaitan subjek ini
yang diterbitkan media Indonesia. Tidak hairanlah sekiranya banyak artikel
berkenaan bermula dengan kisah seorang murid yang belajar daripada guru dan
kemudiannya murid tersebut mendahului gurunya.
Indonesia mempunyai 141 apa yang dinamakannya BUMN (Badan usaha
milik negara). Jumlah keuntungan kesemua 141 BUMN pada saat ini adalah sebanyak
13 juta USD sedangkan Petronas sahaja mampu memperolehi 20 juta USD. Ini
mencetuskan dialog hangat oleh media-media sejak bertahun-tahun lamanya di
Indonesia bagi mencari punca kenapa syarikat yang dimiliki negara mereka tidak
seperti Petronas.
Oleh itu juga mereka dari semasa ke semasa
membandingkan pencapaian Pertamina dengan Petronas.
Kalau Taiwan pernah membina bangunan
tertinggi di dunia iaitu Taipei 101 dan kemudiannya Dubai mengalahkannya dengan
Burj Khalifa. Indonesia tidak kisah sekiranya bangunan pencakar langit yang bakal
dibina mereka tidak menjadi bangunan paling tinggi di dunia. Paling penting
ialah ianya mesti lebih tinggi daripada menara berkembar Petronas!
Media massa di Indonesia sering mengungkit
masalah politik dan birokrasi yang menghalang pertumbuhan Pertamina. Dari satu
sudut, walaupun Indonesia dilihat lebih liberal, bebas dan mesra nilai-nilai international human right, ianya tidak
bermakna negara itu telah mencapai tahap kemajuan atas dasar kebebasan
tersebut. Sekiranya begitu sudah tentu Indonesia itu sudah lebih maju daripada
Malaysia kerana Malaysia dilihat lebih mengongkong kebebasan mutlak.
Mengongkong kebebasan mutlak bermakna memberikan
had kepada apa-apa perbuatan yang sebenarnya bersifat negatif dan tidak
mendatangkan manfaat. Contohnya kebebasan untuk berbogel di khayalak ramai.
Mengongkong dalam ertikata sedemikian tidak bermakna menghalang kemajuan.
Sekiranya kemajuan bisnes itu terhambat dan
dikenakan pelbagai halangan secara politik dan birokrasi, sudah tentu kemajuan
ekonomi sesebuah negara itu juga terkesan dan gagal berkembang.
Malaysia setakat ini telah berjaya mencapai
tahap ekonomi yang membanggakan dan juga dalam tahun ini tersenarai di tempat
ke-6 negara yang paling mesra perniagaan dari 189 buah negara oleh Bank Dunia.
Pencapaian ini perlulah kita syukuri dan terus melangkah ke hadapan.
Oleh seorang lagi kawan incikposmen
No comments:
Post a Comment