Connection semata-mata bukan faktor memudahkan urusan bisnes. Maksudnya
terlalu bergantung kepada networking. Kadangkala kita explore kemungkinan yang
ada.
Aku nak berkongsi pengalaman la sikit, sikit je la pengalaman bisnes
aku ni. Maklumlah aku bukannya “terer”rist. Aku pulak takleh nak cerita detail
sebab ini membabitkan client confidentiality. Ada seorang Ustaz aku tu ajar aku
yang “pengajaran diambil daripada umumnya lafaz”. So, aku cerita umum saja la k…
Aku ada kali tu dapat la assignment, untuk dapatkan client aku ni
sesuatu yang menjadi hak dia pun. Benda ni sangat-sangat penting untuk bisnes
dia. Sebenarnya lebih daripada itu. Benda ni menentukan identiti brand untuk
client ni. Kalau ada maknanya naiklah martabat brand dia. Kalau takde, boleh
juga buat bisnes tapi taklah dalam kategori branded.
Masalahnya client aku ni dah
berpuluh tahun beroperasi tapi tak dapat-dapat jugak benda ni. Benda yang
sepatutnya dia ada. Camana nak bagi dapat setelah berpuluh tahun tak
dapat-dapat?
Bila aku semak betul-betul, ada satu negotiation perlu dibuat untuk
melepasi satu tahap tu. Tahap ni memang tinggi lah bagi negara Islam Raja
berperlembagaan kita ni. Aku pun buatlah apa yang sepatutnya untuk negotiation
tu. Alhamdulillah, berkat usaha, doa dan tawakal Allah kurniakan hasil yang
positif. So, client aku dapatlah apa yang sepatutnya dia dapat. Suka sangatlah
dia tu.
Lepas tu macam-macamlah orang cakap, aku ni ada connection itulah..
inilah. Walaupun berbentuk macam pujian, tapi sebenarnya aku tak suka
cerita-cerita macam ni. Sebab sebenarnya apa yang berlaku tak macam tu.
Dokumentasi dan penerangan yang menjustifikasi
Pada aku, aku hanya ikut apa yang sepatutnya. Aku tunjukkan kepada
pihak yang dalam negotiation itu dokumen-dokumen rasmi yang menunjukkan benda
ni sepatutnya ada. Aku ceritakan apa akibat buruk kalau benda tu tak ada dan
manfaat pihak dia dapat jika benda ni
ada. Dan dah memang orang akan berfikir ikut rasional. Kalau dah rasionalnya
dia lihat patut setuju dia bersetujulah kan. So, pihak yang aku negotiate tu
pun setujulah.
Aku dapat “agreement” tu bukanlah sebab aku ada connection dengan
pihak tu macam orang-orang cakap. Itulah pertama kali aku jumpa dia. Cuma bila
ada negotiation kita kena ada skill lah kan. Kena adalah dokumen-dokumen yang
sah dan betul menyokong dakwaan-dakwaan kita. Persediaan documentation ni sangat penting.
Memanglah aku tak nafikan pulak networking ni penting untuk bisnes.
Tapi dalam buat networking ada faktor lain yang juga penting bila nak dapatkan
sesuatu tu. Itu kita kena belajar dan mengalaminya dalam urusan bisnes kita.
Advice aku untuk client
aku tu.
Bila you claim you boleh bagi satu servis atau produk, customer
mesti dapat merasa kebenaran dakwaan you terhadap service dan produk tu.
Barulah customer puas hati. Barulah branded produk tu memang branded betul
iaitu sebab kualitinya terjaga.
Macam aku baca aritu Tun Mahathir cakap, “when you say a number,
they want the number to be on their body”. Kira maksudnya bukannya saja ada
outcome tapi ada touchpoint lagi. Itulah yang kita nak customer kita rasa.
Ok, setakat nilah perkongsian pengalaman aku. Semoga memberikan
manfaat. K bye..
Kita tambah ilmu melalui video ini. 3 tips sahaja.
1. Take the perspective of the other person negotiated.
2. Ask for more than you really wants.. why? Watch the video!
3. Blame the boss (cool..)
1. Take the perspective of the other person negotiated.
2. Ask for more than you really wants.. why? Watch the video!
3. Blame the boss (cool..)
No comments:
Post a Comment