Aku nak tunjukkan satu benda ja, Macbook Apple. Aku memang pakai
Macbook Apple dan aku dapati “laptop” Apple ni sangat praktikal.
Sampai ketika aku bawak Macbook ni dalam satu worksyop dulu, ada
seorang rakan business aku menyindir aku dengan perkataan “Apple Fanboy”.
Selama memakai Macbook Apple ni itulah pertama kali aku mendengar perkataan
“Apple Fanboy”. Sebabnya aku pakai Macbook bukan sebab aku taksub kepada Apple.
Aku tak pernah memiliki Iphone pun. Betul.. tak ada. Kalau brand, aku lebih
cenderung kepada Toshiba. Laptop aku dulu Toshiba. Water boiler, hardisk dan
mesin basuh aku Toshiba.
Tapi kenapa aku pakai Macbook sekarang? Inilah beberapa kelebihannya.
Sebelum tu aku nak share something. Sehingga suku tahun ke-3 ekonomi 2014, penjualan Macbook mencatatkan peningkatan sebanyak 18% bagi tempoh satu tahun. Macbook berjaya mengambil 32 daripada 33 share market dunia dengan pada masa yang sama penjualan PC yang menjadi saingannya telah merudum sedikit.
"No, I'm not surprised," countered Carolina Milanesi, chief of research and head of U.S. business for Kantar WorldPanel Comtech, when asked for her reaction.
"The PC business is almost all mid- and low-end, and that's not where Apple plays, so they'll continue to outperform."
Apple's Mac sales came in significantly higher than the forecasts of every Wall Street analyst polled last week by Fortune. The company beat the 3.9 million average of nearly three-dozen analysts by 12%; none of the 34 financial experts surveyed by Fortune had placed a bet higher than what Apple recorded.
computerworld.comSebab apa? Sebabnya semua orang nak Macbook Air!!!
Macbook Air 11.6 inci bro.. Nak besar lagi ada 13". |
Van Baker of Gartner attributed the increase in sales to the MacBook Air, Apple's lightest-weight and thinnest notebook.
"The MacBook Air is still a very strong product and people like it a lot," said Baker. "It puts them in a good position for continued growth.
computerworld.comAda apa dengan Macbook?
Sini mungkin aku pukul sama rata semua jenis Macbook. Nanti aku
sentuh sikit kenapa Macbook Air yang terbaik.
Soalan. Kenapa kau pakai
Macbook sedangkan sekarang orang suka sentuh skrin. Touch screen lagi, Macbook
semua takde touchscreen. Macam outdated je bro?
Huhuhu.. Kenapa anda sentuh skrin laptop sedangkan anda tak
perlu menyusah-nyusahkan jari untuk pergi sejauh itu?
Ya. Kelebihan pertama. Trackpad Macbook Apple ni dah sebaik
touchscreen bro! Buat apa nak mengotorkan kaca monitor tu? Kesian skrin monitor
ditujah-tujah dengan jari jemari anda. Lagi pun kan relax jari-jari kalau
maintain dekat dengan keyboard dan trackpad sahaja? Hahaha..
Apa yang anda perlukan ialah sedikit masa untuk membiasakan diri
menggunakannya. Hasilnya nanti ialah praktikaliti dan keberkesanan dalam
membuat kerja. Ada member ni tanya aku, aku jawab seminggu dualah untuk
membiasakan diri kalau tak pernah guna Apple Macbook.
Nak kena off komputer?
Kelebihan kedua, pernahkah anda switch off hand phone anda untuk
menjimatkan bateri semata-mata anda sedang tidak menggunakannya? Buat apa kan.
Dia kan dah ada mode sleep.
Macam tulah juga kelebihan Macbook. Aku sendiri kadang-kadang sampai
sebulan lebih tak pernah switch off Macbook aku. Nak berhenti, lipat tutup
saja, dia akan sleep mode sendiri. Buka balik, semua program yang anda buka
tadi akan tersedia menanti anda dengan cepat dan cergasnya. Tak perlu tutup
Microsoft word yang anda buka pun! Anda boleh terus sambung kerja bila-bila
masa ikut suka anda. Meningkatkan produktiviti!
Penggunaan Bateri
Macbook Air 13”- 12 jam
Macbook Air 11” – 9 jam
Aku ni suka buka banyak program tapi tak tutup-tutup. Apple telah membangunkan
satu sistem penjimatan tenaga dimana ketika seseorang itu menggunakan satu
program, program lain akan ditinggalkannya dan direhatkan tanpa ditutup tetapi
masih boleh diakses dengan pantas selepas itu tanpa kompromi dengan penggunaan
bateri.
Kalau ikutkan 3 benda ni,
1. Touchpad,
2. Sleep mode,
3. Tempoh penggunaan bateri.
..dah cukup menjadi sebab kenapa aku memilih Macbook berbanding
laptop lain di pasaran.
Pada aku pun, aku tertarik pada mulanya sebab orang tunjukkan
macamana guna trackpadnya. Ada jugak yang kata sebab trackpad saja dah cukup
untuk Macbook jadi lebih menarik dan praktikal berbanding dengan laptop lain.
Tapi tak justified pulak untuk nak menggambarkan kelebihan Macbook tu
yang banyak lagi. Lain orang mungkin lainlah pula keperluannya kan? Kalau
Gamers dan kerja-kerja grafik mungkin faktor kekuatan dan kelajuan processor
menjadi sebab utama.
Harga
The cheapest MacBook Air is $999, and that price is more competitive than many people realize. The Lenovo ThinkPad X1 Carbon, which I absolutely loved when testing it, is hundreds of dollars more expensive than the MacBook Air. Yes, the ThinkPad is bigger and has a slightly higher resolution screen, but that’s actually a hit on the portability criteria. As in being heavier and thicker.
Look around laptop shops online and chances are any of the models that approach the size and weight of the MacBook Air will be a lot more expensive. That’s if you can find any that are similarly equipped.
zdnet.com
So.. harga di Malaysia ni RM2,899.00 la paling murah.
Bandingkan dengan laptop lain dalam kelasnya lagi mahal.
Bandingkan dengan laptop lain dalam kelasnya lagi mahal.
Kenapa Macbook Air terbaik?
Portability! Senang je nak bawak ke mana-mana! Ini merujuk kepada
Macbook Air 11”, yang paling kecik dan yang 13" yang bateri boleh sampai 13 jam!
Seperasan aku ada satu je laptop cuba lawan Macbook 11” ni. Sony Vaio Pro 11”, sebuah ultraportable. Artikel theverge dalam tahun 2013, mengenai Sony Vaio pro nak berperang dengan Macbook Air. Artikel di sini.
Seperasan aku ada satu je laptop cuba lawan Macbook 11” ni. Sony Vaio Pro 11”, sebuah ultraportable. Artikel theverge dalam tahun 2013, mengenai Sony Vaio pro nak berperang dengan Macbook Air. Artikel di sini.
Bangga tunjuk Macbook Air. Yang tu 13" besar sikit banding 11". |
Produk hasil kajian penuh penilitian.
Bab ni yang aku respek kat Apple, yang membuatkannya outstanding berbanding dengan pesaing-pesaingnya. Kita orang bisnes pun bolehlah mencontohi budaya kerja yang hebat ini. Walaupun bisnes kita SME je ataupun jual jagung rebus pun, kenalah juga ada budaya bisnes untuk keluarkan produk berkualiti.
Sturdy atau kukuh. Badan aluminium. Ini bukan dibuat tangkap muat bro.. Kalau hentak kat kepala orang boleh retak tengkorak. |
Pembuatan yang teliti sehinggalah charger pun dibuatnya magnetik. Supaya mudah dicabut bila perlu, tak ada isu patah sebab kena himpit, tersepit dan sebagainya.
Untuk berlaku adil, aku cerita juga beberapa benda penting untuk
dipertimbangkan untuk mereka yang nak beli Macbook ni, khususnya untuk situasi
bekerja di Malaysia;
- Apple berikan software percuma iaitu Pages (Microsoft Word), Numbers (Excel) dan keynote (Powerpoint) bagi pembeli notebook. Bagi siapa yang beli dia dah ada semua perisian yang boleh digunakan untuk buat kerja. Tapi bagi sesiapa yang mementingkan format, perisian Microsoft masih lagi dominan di Malaysia. Khususnya bagi kakitangan kerajaan.
- Majoriti komputer di negara ini menggunakan Microsoft Windows sedangkan Apple menggunakan OSX. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
- Bagi sesiapa yang memerlukan perisian Microsoft sebenarnya masih boleh install yang versi Mac kepada Macbook dia. Tapi kenalah belanja dalam hampir RM1,000.00 untuk satu perisian yang original! Macam aku, aku beli original, Ustaz aku kat universiti dulu dah warning.
- Bab Microsoft Excel, setakat ni Number memang tak leh celen Excel. So untuk perisian bisnes yang mantap masih lagi Microsoft Excel!
- Macbook pakai Solid State Drive (SDD) drive dan bukan Hard disk. SSD berkali-kali ganda lebih laju daripada Hard Disk tapi lagi mahal, maka jumlah GB yang ditawarkan mungkin lebih rendah. Anda mungkin hendak upgrade kepada SSD yang lebih besar mengikut keperluan anda.
- Osx Apple tak ada Internet Explorer. Banyak portal di Malaysia dibina untuk Internet Explorer. Ini satu kekurangan yang signifikan jugalah, nak pulak anda kakitangan kerajaan atau syarikat yang perlu akses kepada portal kerajaan dalam urusan seharian.
Aku ingat cukuplah setakat ini je perkongsian maklumat berkenaan
Macbook ni.. Untuk mengetahui lebih terperinci bolehlah pergi ke Portal Apple
sendiri seperti di bawah. K, Bye.
https://www.apple.com/my/
Oleh kawan incikposmen
https://www.apple.com/my/
Oleh kawan incikposmen
wishlist :) thanks for sharing :)
ReplyDelete