Thursday, 11 September 2014

Tarikh 11 September, Konspirasi 911.

KONSPIRASI 911
Siri 1


1) Majalah antarabangsa The Time meletakkan isu penyembunyian fakta mengenai kejadian menara berkembar World Trade Center, New York dirempuh 2 pesawat pada 11 September 2001 sebagai termasuk sebagai 10 konspirasi terhebat dunia bersama-sama yang lainnya seperti pembunuhan presiden Kennedy, kawasan 51 serta alien di US dan pertubuhan rahsia dunia (Freemason).


2) Ramai yang tidak sedar, malah termasuklah kebanyakan rakyat Amerika Syarikat sendiri mengenai runtuhnya bangunan ketiga yang dinamakan WTC 7. Ada yang mengambil tempoh setahun selepas kejadian ini berlaku untuk menyedari isu bangunan ketiga ini. Bangunan ini tidak dirempuh oleh mana-mana kapal terbang. Ianya juga tidak dihempap oleh mana-mana runtuhan menara berkembar WTC tetapi ianya telah runtuh. Keruntuhan tersebut berlaku dengan begitu rapi sekali dan sangat mirip kepada proses pemusnahan bangunan terkawal ataupun control demolition yang dilakukan secara komersial. Dalam ertikata yang lain ia runtuh dengan sendirinya.



WTC 7 roboh - Lihat ia runtuh dengan sendirinya bermula pada minit 7.25.


Didakwa ianya diberitakan dahulu sebelum roboh.

3) Keruntuhan kedua-dua menara WTC tersebut juga yang mirip kepada control demolition adalah memeningkan kepala para arkitek dan jurutera. Ini kerana sebuah bangunan moden dibina atas perkiraan oleh para arkitek dengan sangat teliti. Bangunan moden juga sememangnya dibina supaya dapat menahan rempuhan beberapa kapal terbang. Apatah lagi bagi menara berkembar World Trade Center yang dibina untuk standard negara maju seperti Amerika Syarikat.

4) Keruntuhan kedua-dua menara WTC itu juga seolah-olah mencabar logik asas dalam bidang arkitek itu sendiri. Bagaimana sebuah bangunan yang diasaskan dengan struktur besi yang kukuh boleh runtuh hanya disebabkan kebakaran yang kemudiannya hampir padam di bahagian bangunan yang dirempuh kapal terbang.

5) Laporan rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat ialah besi-besi jerujuk yang menjadi asas kepada bangunan tersebut telah cair akibat kebakaran hasil daripada tumpahan minyak kapal terbang. Ianya menyebabkan terjadinya runtuhan bertingkat-tingkat ke bawah (dipanggil roboh pan-cake) Ini sekali lagi memeningkan kepala para arkitek, jurutera dan pakar-pakar akademik.



6) Ini kerana fakta sains menyatakan besi hanya boleh cair pada suhu 1500 darjah celcious. Secara teorinya, kebakaran dalam udara biasa yang disebabkan minyak hanya boleh mencapai maksimum 1000 darjah celcious. Pemerhatian pakar terhadap kebakaran yang berlaku juga di bahagian bangunan yang dirempuh mendapati suhu api tidak mencapai tahap tersebut. Malah ianya hampir padam.

7) Para arkitek juga sedar bahawa dalam sejarah kebakaran bangunan dan dalam keadaan yang terburuk sekalipun, struktur besi bangunan tidak pernah cair dan runtuh. Mereka membandingkan dengan kes-kes kebakaran bangunan yang teruk dan didapati api yang sangat marak tidak menyebabkan besi cair.

8) Ketiga-tiga bangunan juga telah runtuh menjadi debu. Debu-debu ini telah berterbangan untuk satu jarak radius yang jauh sehingga ianya terkena bangunan-bangunan yang berhampiran tempat kejadian. Sample debu telah diambil pada tingkap sebuah apartmen. Hasil analisa lab mendapati ianya mengandungi nano-thermite. Apakah itu nano-thermite?






Ada bom dalam bangunan! Kata ahli Bomba


Ramai kata berlaku letupan dalam bangunan!


9) Melihat fakta-fakta yang bertentangan dengan hukum fizik dan menyanggah teori-teori umum yang diterima dan diamalkan dalam bidang arkitektur dan kejuruteraan, para arkitek, jurutera dan pakar-pakar akademik telah memulakan gerakan jurutera dan arkitek untuk 911. Gerakan ini bertujuan untuk mendesak kerajaan Amerika Syarikat untuk menubuhkan suruhanjaya yang bebas bagi melakukan siasatan semula ke atas kejadian September 11 itu.



Portal Architect and Engineers for 911 truth.

Visi dan misi mereka ialah,
Our organization is devoted to:
 Dispelling misinformation and disinformation with scientific facts and forensic evidence
■ Educating and motivating thousands of architects and engineers as well as the public at large
■ Obtaining a truly independent WTC investigation with subpoena power
■ Achieving mainstream media coverage for our cause

Mission Statement
Our mission is to research, compile, and disseminate scientific 
evidence relative to the destruction of the three World Trade 
Center skyscrapers, calling for a truly open and independent
 investigation and supporting others in the pursuit of justice.

10) Gerakan yang diasaskan oleh Richard Gage ini mewakili lebih 2,000 arkitek dan jurutera berdaftar yang menyeru kerajaan Amerika Syarikat untuk membuat suruhanjaya siasatan baru yang bebas bagi menyiasat kejadian pada 11 September 2011 tersebut.


Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...