Monday, 15 September 2014

Ada apa dengan buku novel Fixi?



Aku aritu tangkap sorang adik ni.. dan ugut dia. Aku paksa dia ceritakan rahsia kenapa generasi muda sekarang baca buku novel Fixi.

Inilah jawapannya.

"Macam cikgu-cikgu, dia orang ni suka baca buku novel dari Alaf Baru. Bukan nak kata novel tu tak bagus, tapi orang zaman (orang muda) sekarang ni tak suka cerita cerita macam tu.
Adik pun tak suka baca novel, tapi kawan yang introduce buku Fixi tu. Yang tu tajuknya “Gantung”. Malam tu adik boleh baca separuh dari novel tu. Memang best gile. Fixi ni nama production. Macam novel “Gantung” tu yang tulis novel nama dia Nadia Khan.
Bila baca adik ingat yang tulis novel tu remaja atau orang muda. Adik google, rupanya orang yang dah berumur, ada anak dah. Tapi dia memang ada degree dalam penulisan. Dia best sebab, dia tulis tak ikut bahasa macam biasa novel.
Alaa.. macam novel biasa kan bahasanya macam sastera gitu. Novel-novel Fixi ni pakai bahasa orang cakap sekarang ni. Cerita dia pun banyak pasal isu-isu orang sekarang ni (generasi muda). Memang ada production novel lain tak puas hati dengan Fixi ni. Sebab bahasa dia dan kadang-kadang tentang cerita (isu) yang dia bawak"
Novel "Gantung" oleh Nadia Khan ini
dikategorikan sebagai genre Cinta.

Harga RM19.90 di MPH. Tapi
kalau beli di portalnya dapatlah RM16.90.


Sedutan daripada Novel "Gantung".


“Mintak maaf. Saya tak nak.”
Cikgu Anum tenung anak teruna tu dalam-dalam. Teruna ke? Dah terlalu banyak gosip liar aku dengar pasal budak ni. Haih, budak-budak zaman sekarang, keluh Cikgu Anum dalam hati. Tapi kalau aku 10 tahun lagi muda pun, aku sanggup jadi orang yang menghilangkan teruna budak ni.
Cikgu Roslan pulak mendengus marah. Langsung tak terlintas di kepalanya tentang status teruna budak tu. Kalau tak memikirkan aku boleh hilang kerja, dah lama aku terajang budak kurang ajar ni, getus Cikgu Roslan dalam hati. 
Itulah reaksi yang berbeza-beza terhadap Gibran Mohd. Zahim, pelajar 16 tahun yang bakal masuk tahun akhirnya di sekolah asrama elit ini — Sekolah Menengah Cemerlang Gemilang Terbilang (SMCGT). Kacak, bijak — juga anak usahawan ternama, Tan Sri Mohd. Zahim Tarmizi yang punya banyak kenalan di kalangan ahli politik berpengaruh. Dek kerana itu, Gibran satu-satunya pelajar yang dibenarkan membawa motornya sendiri ke sekolah asrama. Dan lazimnya motor Cagiva Mito SP525 miliknya itu sengaja diletakkan di sebelah kereta Kancil Cikgu Roslan, cikgu disiplin ‘kegemarannya’ tu. 
Memang budak ni wujud semata-mata nak menguji kesabaran aku agaknya, getus Cikgu Roslan dalam hati. 

Nampak macam agak liberal juga cara pemikiran penulis ni kan. Ke aku yang terlalu konservatif dalam zaman ni. Macam ni lah pemikiran budak-budak sekolah zaman sekarang. Zaman letusan teknologi maklumat ni tiada sempadan untuk capaian kepada apa jua maklumat pun. Tapi inilah konsep novel yang ngetop di Malaysia ni di kalangan remaja kita.


Fixi ni ada portalnya sendiri. fixi.com.my dimana anda boleh membeli buku-buku yang diterbitkan secara online.
Antara lain novel-novel yang diterbitkan.
Selain daripada genre Cinta, ada juga genre lain seperti agama, cerpen, fantasi, aksi, jenayah, komedi, gender, penyiasatan, persahabatan, politik, psikotik, mindfuck (apa ni?) dan beberapa yang lain.

Di Facebooknya sahaja sudah ada 16,257 likes ketika ini. Di situ ada komen-komen dari facebookers dan twitter.


Antara Komen twitter
Malam ni tak terasa nak tidur. So, pekena lak dengan buku fixi. Layan sampai aku nyenyak x night
geram je tengok buku fixi ni hmmm 
nak kumpul duit beli buku fixi banyak banyak hm tak sabar lepas pt3 nih yeay gelek siket taknak gelek pun takpe 
Skang ni buku novel aku kurang baca.fixi jer aku banyak baca 
Antara posting dalam facebooknya.

Macam-macam zaman sekarang ni kan. Apa pandangan anda?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...